Monday, 11 August 2014

AJARAN SESAT MILLAH ABRAHAM yang MENGANGKAT AHMAD MUSADEQ JADI RASUL PALSU


AJARAN SESAT   MILLAH IBRAHIM  atau  MILAH ABRAHAM


Dakyah  Ajaran  SESAT – MILLAH  ABRAHAM  - Bahagian  Pertama
oleh  Saudara  Noor  Mohamed.

Dengan     Menyebut  Nama  Allah  Yang  Maha  Pemurah  Lagi  Maha  Mengasihani.
Selawat   kepada  Junjungan  Besar Penghulu Segala Nabi. Khusus kepada Nabi dan Rasul Allah, Muhammad (s.a.w).

JAIS  serbu  program MILLAH  ABRAHAM
pada tahun 2009.
Telah  timbul  ditengah-tengah  masyarakat Islam  di  Malaysia  dan  Indonesia dewasa  ini, ajaran  sesat  yang  dinamakan  KOMUNITAS  MILAH  ABRAHAM  atau  singkatan KOMAR. Di Malaysia, kumpulan kultus  sesat  ini  dikenali  dengan nama  MILLAH  ABRAHAM.  Mereka  membuat  pelbagai  dakwaan  yang  bertujuan  memberi  gambaran  bahawa ISLAM  yang  diamalkan  oleh lebih  daripada  2 billion  MUSLIM  seluruh  dunia  adalah  tidak  betul  dan  ISLAM  sebagai  DEEN  telah  di-cemarkan  setelah  puak-puak  MONGGOL  menawan  Baghdad  dalam  abad  ke  12.   Bermula  daripada  premis  ini  maka  golongan  ini  telah  menyusun  satu  set  ajaran  yang  memang  sesat  lagi  meyesatkan  dengan  menyelewengkan  ayat-ayat  AL-Quran. Tujuan  mereka  sebenarnya  adalah  bagi  mengistiharkan  seorang warga  Indonesia  yang  telah  diangkat  menjadi  RASUL  dan  NABI  AKHIR  zaman.  Ayat-ayat  disalah tafsir  dan  diselewengkan  semata-mata  untuk  menjadikan  AHMAD MUSADEQ  sebagai  NABI  dan  RASUL  akhir  zaman.

MILAH  ABRAHAM  di selewengkan daripada AL-QURAN



Para  sarjana  Islam  dari  zaman  lampau  hingga  sekarang  memahami  akan adanya  perkataan  MILAH  IBRAHIM  di dalam  AL-Quran.  Tafsiran  yang  difahami  bahawa  Nabi  Muhammad  s.a.w  telah  diwahyukan  dengan  satu  ajaran  yang  bakal  disempurnakan  dan  dikitabkan  untuk  diwarisi  oleh  manusia  dan  jin  sekelian  alam.  Ajaran  ini  diberi  nama  AL-ISLAM.  Asas  kepada  AL-ISLAM  adalah  TAUHID  yakni  TIADA  TUHAN  MELAINKAN  ALLAH  yang  telah  dianuti  manusia  pertama  ADAM  a.s  hingga  kepada  Muhammad  s.a.w.

Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.
AL-QURAN – Surah  AN-NISA  ayat  163

Ayat  diatas  menerangkan  bahawa sebelum  Nabi Muhammad s.a.w, telah ada nabi-nabi  dan  rasul-rasul  yang  diutus  kepada  kaum-kaum  sebelum  zaman  Nabi Muhammad  s.a.w. Ayat ini terang lagi jelas  tentang  kedudukan  Nabi Muhammad s.a.w  sebagai  nabi  dan rasul  zaman  ini  dan   sebelum  zaman  Nabi  Muhammad  s.a.w  , mereka  diutuskan  untuk  kaum-kaum  dan  bani-bani  manusia  yang  tertentu.

Allah  menerangkan  kepada  kita  di dalam  AL-Quran, bahwa penganut  agama  Yahudi  dan Nasrani  mengakui  bahawa anutan  mereka  adalah  ajaran  yang  benar  mengatasi  agama Islam  yang  dibawa  oleh  Nabi  Muhammad s.a.w. Bagi menyangkal  dakwaan  ini, ayat  surah  Al-Baqarah 2 ; 135  menerangkan, bahawa  Nabi  Muhammad  s.a.w  diberikan  asas  anutan  Ibrahim  yang  bermula  sebelum  datangnya  ajaran  Yahudi  atau  Nasrani  yang  telah  diselewengkan. 

Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk ugama Yahudi atau pemeluk ugama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah kami mengikut anutan Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik".
AL-Quran : Surah Al Baqarah 2: 135

Ayat  ini  jelas  memberi  penerangan  bahwa  MILAT IBRAHIM  adalah  pegangan  HANIF  yang  tidak  mepersekutukan  ALLAH  dengan  sesiapa-pun. Setiap  kali  MILAT  IBRAHIM  disebut  dalam  AL-QURAN, maka ianya  di-ikuti  wama-kana  minal  musyrikin yang bermakna  dia  bukanlah  dari kalangan  yang  mempersekutukan  ALLAH. 

Nabi  Ibrahim a.s  adalah  seorang  pemuda  yang  pada  usia  yang  muda mempertikaikan  ajaran  yang  dianuti  ayah  serta  kaumnya  yang  menyembah  berhala.  Dengan tulus  ikhlas,  Ibrahim a.s  mencari-cari  keTuhanan  dan  dalam  pengamatan  bulan, bintang  dan matahari, maka  Ibrahim  a.s  telah  menemui hakikat  keTuhanan  yang sebenarnya  yakni, tiada  Tuhan, melainkan  Allah.  Inilah  yang  dinamakan  MILAH  IBRAHIM  yang  diseru  kepada Nabi  Muhammad  s.a.w  untuk  diikuti  dan  dirakamkan  di dalam  Al-Quran  perincian  tentang  perjalanan kembalinya   Ibrahim  a.s  kepada MILAH yang HANIF , berdiri teguh  di atas  dasar  tauhid  hingga  Ibrahim  a.s  menjadi  satu ummat  walaupun  beliau  bersendirian. Inilah kekuatan  anutan  HANIF  pegangan  IBRAHIM.  Inilah  asas  ajaran AL-ISLAM  yang  disempurnakan  pada  zaman  Nabi  Muhammad  s.a.w.

Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan "satu umat" (walaupun Ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.
AL-Quran : Surah An-Nahl – 16 : 120

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".  Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat". Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya). "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
AL-Quran : Surah Al-An-aam 6 ayat 75 - 79

Inilah  penerangan  sebenar  MILAH  IBRAHIM  yang  telah  diselewengkan.  Surah  Al-An-aam 6 ayat 75-79, menerangkan  dengan jelas  dan terperinci  pengertian MILAH  IBRAHIM  HANIF  dan  bukan  satu  ajaran  baru  yang  diwar-warkan  oleh  golongan  MILAH  ABRAHAM.

Jika  kita  rujuk  anutan  Yahudi,  MILAH  dalam  bahasa  HEBREW  membawa  makna  simbolik  tentang  perjanjian  ALLAH  dengan IBRAHIM  a.s  yang  di gambarkan  di dalam  KITAB  PERJANJIAN LAMA  di mana  sebagai  symbol  IBRAHIM  a.s  menerima  ajaran  TAUHID  HANIF  yang menerima  bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, maka  semua pengikut  MILAH  IBRAHIM  diwajibkan  BERKHATAN  dan dalam  bahasa HEBREW dinamakan BRIT MILAH yakni  bukti  janji  IBRAHIM a.s  kepada ALLAH  dengan berkhatan. Inilah antara sebab semua orang-orang MUSLIM berkhatan  kerana ini  adalah  antara intipati anutan  MILAH  IBRAHIM  yang diwariskan  hingga ke  zaman  Nabi  Muhammad  s.a.w. dan dikitabkan dalam Al-Quran, surah An Nahl 16 ayat 123.


Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik. - Al-Quran, surah An Nahl 16 ayat 123.

Diantara perkara-perkara yang diikuti selain  dari  pegangan  TAUHID  dari MILAH  IBRAHIM  HANIF adalah  dengan  menyarankan  golongan  lelaki  untuk  berkhatan. Ini  adalah  simbolik  perjanjian  ALLAH  dengan  IBRAHIM  a.s  yang  diikuti  Nabi  Muhammad  s.a.w. 

Di dalam - Kitab Perjanjian Lama (AL-KITAB) – Buku KEJADIAN – 17: ayat 9 - 11
17:9       Lagi firman Allah kepada Abraham: "Dari pihakmu, engkau harus memegang perjanjian-Ku, engkau dan keturunanmu turun-temurun.
17:10     Inilah perjanjian-Ku, yang harus kamu pegang, perjanjian antara Aku dan kamu serta keturunanmu, yaitu setiap laki-laki di antara kamu harus disunat;
17:11       haruslah dikerat kulit khatanmu dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara Aku dan kamu.

Sila rujuk juga : http://www.hebrew4christians.com/Blessings/Special_Events/Brit_Milah/brit_milah.html

PENGIKUT  MILAH  ABRAHAM  TIDAK  BERSOLAT.

Di antara  syariat ajaran MILAH ABRAHAM  yang sesat  ini  dalah  dengan  meruntuhkan  rukun  Islam  yakni  SOLAT. Ajaran  MILAH  ABRAHAM  antara  lain  telah  guna  pakai  ajaran  ANTI  HADIS  atau  INGKAR  SUNNAH  yang  tidak  bersolat.  Pada  mulanya, mangsa  yang  bakal  dibrain wash  oleh  habr-habr atau pendita-pendita agama MILAH  ABRAHAM  tidak  membuka  rahsia  tiada  solat  dalam ajaran  mereka  kerana bimbang akan  membawa kejutan kepada mangsa mereka. Persoalan  ini  diterapkan  beransur-ansur dengan  membuat andaian  kenapa  negara-negara Islam lemah sekarang walhal islam  adalah  agama yang  agung.  Kemudian mangsa didedahkan  dengan ajaran bahawa Islam  sekarang  tidak  sama  dengan Islam  yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Kemudian mereka diterapkan ajaran MILAH ABRAHAM. Disebabkan kita bukan hidup dalam ajaran HUDUD ALLAH, maka tidak  wajib solat diamalkan. Inilah antara taktik licik MILAH ABRAHAM. Mereka juga  berpendapat, SOLAT  adalah  simbolik  dan ianya  cukup  dengan  sekadar  membuat  kebaikkan  kepada manusia.

Kita rujuk AL-QURAN – Surah Al-Maidah 5 ayat 6

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak berdiri mengerjakan solat, maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Satu ayat  diatas  sudah  jelas  untuk  meruntuhkan  ajaran MILAH  ABRAHAM  yang  tidak  bersolat. Kenapa wudhu jika  tiada  solat ?  Perkataan “iza qumtum illa solat”……jika diterjemah literal – “jika kamu berdiri  untuk  bersolat” menunjukkan  solat  bukan  simbolik  tetapi  fizikal.

Lagi satu ayat  kita  rujuk  sudah  cukup  untuk  mematahkan  hujah MILAH  ABRAHAM ;
Rujuk Quran : Surah Al Jumu’ah ayat 10

Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Ayat  di atas jelas  menerangkan  solat  ada permulaan  dan  ada penghujungnya. “Qudiati solah”  bermakna  apabila SELESAI  SOLAT…….ini jelas  menunjukkan  bahawa  solat  ini  ada, diamalkan  dalam bentuk  fizikal  dan  termaktub  dan  diterangkan  dalam  AL-QURAN  secara jelas.

Dua ayat  ini  sudah  cukup  untuk  mematahkan  hujah-hujah  MILAH  ABRAHAM  yang  batil  dan  jahil.

NABI  IBRAHIM  a.s  ADALAH  MUSLIM.

Pengikut-pengikut MILAH  ABRAHAM menerangkan bahawa mereka menganut agama NABI IBRAHIM. Jika bersoal balas  jika benar mereka menganut ajaran IBRAHIM, apakah agama Nabi ALLAH IBRAHIM a.s ? Persoalan mudah  ini  tidak  perlu  banyak kajian  dan  syarahan kerana  yang  benar  tetap  benar  bila berhadapan  dengan  kebatilan.

Kita rujuk Quran – Surah  Ali  Imran  3 : ayat 67
Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

Ayat  di  atas  merujuk  Ibrahim  sebagai  MUSLIM !

NAMA  AGAMA  DI  DALAM  AL-QURAN

Takrifan sebenar makna AGAMA  di dalam AL-QURAN tidak sama dengan makna KAMUS tentang AGAMA. Apatah lagi di dalam Bahasa Melayu, perkataan AGAMA tidak dapat menepati takrifan AGAMA di dalam AL-QURAN. AL-QURAN menggunakan istilah DEEN bagi menerangkan maksud AGAMA. MILAH pula adalah bagi ANUTAN atau asas kepercayaan. Tidak ada satu ayat AL-QURAN yang menerangkan bahwasanya MILAH IBRAHIM adalah DEEN. DEEN adalah satu istilah yang luas yang merangkumi MILAH (anutan-asas kepercayaan) yang merujuk kepada TAUHID kemudian di dalamnya terkandung SYARIAH – (HUKUM-HAKAM dan PERUNDANGAN), MANASIK – (AMALAN PERBUATAN), MINHAJ, IMAN, PENGABDIAN KEPADA PENCIPTA dan IHSAN. Semua ini  adalah  DEEN  yang  lebih  tepat  maknanya  adalah  TATACARA  KEHIDUPAN  yang  diwahyukan  dari  Nabi  pertama  ADAM a.s  dan  terus  diturunkan  dan  akhirnya  disempurnakan  dalam  zaman  Nabi  Terakhir  -  Muhammad  s.a.w.

Jika kita lihat surah Yusuf ayat 76 yang diterjemah seperti berikut ;

……..begitulah Kami  membuat muslihat  untuk  Yusuf; dia tidak boleh mengambil saudaranya, menurut AGAMA  RAJA (DEENI MALIK) , kecuali apa yang Allah kehendaki….
AL-QURAN – Surah  Yusuf (12)  ayat 76

Di sini kita dapati  penggunaan istilah DEENI  MALIK  dan jika diterjemah secara literal ia membawa makna AGAMA RAJA.  Jika  dilihat  dari  segi  makna  apa  yang  dimaksudkan  dari segi  konteks  ayat  ia  membawa  makna  TATACARA  PERUNDANGAN  RAJA.  Kita  boleh  membuat  kesimpulan  jika  ada  istilah  DEEN  yang  dipunyai  oleh  RAJA  manusia  sudah  tentu  DEEN  milik  ALLAH  juga  adalah  sesuatu  yang  menjadi  milik  ALLAH  tetapi  di-kuat-kuasa  ke atas  manusia  yang  menjadi  hamba-hamba  ALLAH.
Sekarang  kita  sampai  kepada  persoalan  apakah  NAMA  kepada  DEEN  ALLAH  ini  ?  Jawapan  kepada  persoalan  ini  ada  disampaikan  dalam  AL-QURAN.

Agama  yang benar  di  sisi  ALLAH  ialah  ISLAM. 
(INA AL-DEEN-NA-AIN-DALLAH-HIL-AL-ISLAM)
Al-Quran – Surah Ali-Imran 3 ayat 19

Deen Ain Da-Allah – AGAMA yang merangkumi PERUNDANGAN dan TATACARA KEHIDUPAN  MANUSIA  yang SEBENARNYA  DI SISI  ALLAH adalah AL-ISLAM.
Perbahasan  ini  jelas  bahawa  DEEN  ALLAH  adalah  AL-ISLAM  yang  tidak  ada  istilah  lain  yang  boleh  diguna pakai  bagai  mengubah makna  ayat  3:19  kerana  diperjelaskan  lagi  dalam  surah  Ali Imran  yang sama  dalam  ayat  85  pula  bahawa AL-ISLAM  adalah  DEENAN. 

Sesiapa  mencari  AGAMA  selain  daripada  ISLAM, ia  tidak  akan  diterima  daripadanya  dan  di  akhirat,  dia  antara  orang-orang  yang  rugi.
Al-Quran – Surah Ali Imran 3 ayat 85

NABI  RASUL  KEBANGSAAN  dan  NABI  RASUL  ANTARABANGSA /ANTARA-DUNIA

Konsep  NABI  dan  RASUL  telah  ALLAH  terangkan  dengan  jelas  di dalam  AL-QURAN.  Allah  telah  memberi  satu   piawai  bahawa  setiap  umat  atau  bangsa  ada  mempunyai  RASUL  dan  NABI  mereka  yang  khusus. Ini  jelas  dari  firman  ALLAH  dalam  surah  YUNUS  10  ayat  47 ;

Tiap-tiap  umat  ada  rasulnya….. 

Al-Quran – Surah  Yunus  10 ayat  47
Persoalan  sekarang,  siapa  RASUL  dan  NABI  kita ? 
Jika  kita  kaji  isi  kandungan  Al-Quran, maka  kita  akan  dapati  dengan  bahawa  dengan  jelas  NABI  RASUL  dibahagikan  kepada  dua  kategori  iaitu ;
1    
             NABI  RASUL  KEBANGSAAN
2       NABI  RASUL  ANTARABANGSA / ANTARA  DUNIA

Jika  kita  ikuti  perincian  di dalam  Al-Quran  tentang  nabi-nabi  dan  rasul-rasul  maka  kita  akan  dapati  semua  nabi-nabi  dan  rasul-rasul  dihantar  untuk  kaumnya  dan  terbatas  dalam  zaman-nya  sahaja.  Daripada  Adam  hingga  Isa  (a.s ajmain) kesemua  mereka  adalah  nabi-nabi  dan  rasul-rasul  kebangsaan  sahaja iaitu  diutuskan  kepada  kaumnya  dan  dalam  zaman-nya  sahaja.

Q29:16                  Ibrahim  dihantar  kepada  kaumnya
Q7:59 -                  Nuh  dihantar kepada kaumnya
Q7:73                    Salih  dihantar kepada kaumnya
Q7:76                    Hud  dihantar  kepada kaumnya
Q7:85                    Shuib  dihantar  kepada  kaumnya
Q10:84                  Musa dan Harun dihantar kepada kaumnya (Q10:75/Q14:5)
Q10:98                  Yunus  dihantar  kepada  kaumnya
Q3:48                    Isa  dihantar  kepada  kaumnya

Melainkan  Nabi  Muhammad  s.a.w, semua  hanya  memberi  dakwah  dengan  menyebut  “YA  QAUMI”  dan  Allah  menyebut  AHLUL  IBRAHIM, AHLUL NOAH,  AHLUL  MUSA, QAUMUN LUT  dan  sebagainya.  Hanya  apabila  merujuk  kepada  Nabi  Muhammad  s.a.w , Allah  mengizinkan  Nabi  Muhammad  s.a.w  membuat  seruan  “ WAHAI  MANUSIA – YA AYYUHAL  NASS”.

Dalam  surah  Saba – 34 : 28, Allah  menerangkan  bahawa  Nabi  Muhammad  s.a.w  diutus  kepada  seluruh  manusia  dengan  menggunakan  istilah kaffat-an-AL-NAS  yang  membawa maksud  SELURUH  KEMANUSIAAN  dan  TIDAK  TERBATAS  KEPADA  MANA-MANA  KAUM  ATAU  BANGSA  dan  ia  tidak  terhad  pada  satu zaman  tetapi  merangkumi  seluruh zaman  dan  makhluk  ALLAH  antara ALAM  SEMESTA  ini  termasuk  bangsa-bangsa  JIN (rujuk Quran – surah 72 – AL-JINN)

NABI  MUHAMMAD (s.a.w)  adalah  RAHMATAN  LIL  ALAMIN – RAHMAT  sekelian  alam. Sila rujuk 7:158  dan  21:107.


ISRAK  MI”RAJ  DIPERTIKAIKAN


Golongan MILAH  ABRAHAM  mempertikaikan  cerita  ISRA MI’RAJ  kerana mereka  tidak  mempercayai  bahawa  Nabi  Muhammad s.a.w  tawar  menawar  dengan ALLAH  dalam  soal  solat  setelah  mendapat  nasihat  Nabi  Musa a.s.  Tujuan  mereka  pertikaikan  kisah  ini  adalah  kerana  golongan  ini  tidak  bersolat.  Mereka  bersandarkan  ayat  Quran  surah Al-Ahzab 33 ayat 38 ;

Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlakunya.
Quran  surah Al-Ahzab 33 ayat 37

Golongan  MILAH  ABRAHAM  merujuk  ayat  ini  dan  mengatakan  tidak  mungkin  Nabi  Muhammad s.a.w  tawar  menawar  dengan  ALLAH  tentang  solat.  Hujah  balas  kepada persoalan  ini  adalah, ISRA  MIRAJ  adalah satu kejadian  khusus  bagi  NABI  MUHAMMAD s.a.w  yang  terjadi  di dalam GHAIB. Hukum alam ghaib  bukanlah  untuk dipertikai. Tentang alam GHAIB ALLAH berfirman dalam AL-Quran bahwasanya – Surah Al Baqarah 2 ayat 3 ;
Iaitu orang-orang yang BERIMAN kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Apa sahaja  perkara  GHAIB  yang  dikhabarkan  kepada  orang-orang beriman bukanlah  untuk  dipertikaikan  kerana kita  tidak  mempunyai  ilmu  untuk  mempertikaikan  tentang perkara-perkara GHAIB. Jika kita persoalkan  ISRA  MIRAJ  maka  samalah  seperti  kita  mempersolakan  tentang ;

·         Kisah  Adam  dan  Hawa  dan  pohon  khuldi
·         Iblis  disuruh  sujud  kepada  Adam
·         Kisah banjir  Nabi Nuh  a.s  dan bahtera besarnya
·         Kisah Ibrahim a.s tidak  dibakar api
·         Kisah Kerajaan Sulaiman dengan jin membina istananya
·         Kisah Ashabul Kafi yang tidur lebih 300 tahun
·         Kisah Maryam mengandung Nabi Isa a.s
·         Kisah Nabi Isa a.s

Semua  kisah-kisah  ini  adalah  sebagai satu kenyataan bahwa ALLAH MAHA BERKUASA ke atas tiap sesuatu perkara. Berbalik kepada persoalan surah Al-Ahzab : 33 ayat 38 yang dirujuk golongan MILAH ABRAHAM. Ayat ini telah diselewengkan  dan  dirujuk  diluar konteks ; 

Konteks ayat ini, kita rujuk surah Al-Ahzab : 33 ayat 37 ; 9ayat sebelumnya)
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

Ayat di atas  sangat  jelas  tentang  amalan  menikahi  bekas  isteri  anak  angkat.  Konteks  ayat  tersebut  tidak  ada kena  mengena  dengan  Isra  Mi’raj.  Berkenaan Isra Mi’raj, ALLAH  sebut  dalam  Al-Quran dalam surah Al-Isra 17 ayat 1 –

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Sebagai orang-orang beriman, cukuplah ayat  diatas  bagi  kita beriman  tentang kejadian  ISRA MIRAJ  yang ternyata  termaktub  di dalam  rahsia-rahsia  ALLAH  yang tidak  layak  kita pertikaikan  menggunakan  akal kita  yang terhad ini. Ianya  juga  merupakan  perkara-perkara  MUTASYABIHAT. Ayat Al-Quran – Surah Ali Imran 3 ayat 7 menjadi  rujukan dan  nasihat  di dalam  persoalan  ini ;

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

posting  atas  ehsan  blog : anti millah abraham..