Saturday, 26 March 2011

Ezam Dedahkan Anwar - Isu APCO / APCC , Wolforvitz, Saiful dan Rasuah



Ini adalah kebenaran pendedahan Ezam terhadap isu APCO yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim. Malaysia membayar APCO untuk lobby bagi mendapat hak kemasukan kedalam pentadbiran Amerika Syarikat dan ianya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Namun ceramah-ceramah Anwar Ibrahim tentang APCO memberi tanggapan bahwa kerajaan Malaysia me-rencanakan 1Malaysia ala 1Israel.

Anwar menentang 1Malaysia habis-habisan adalah kerana 1Malaysia adalah formula bernas Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kekuatan membawa kesatuan pada rakyat Malaysia seluruhnya. Jadi ini menjadi satu halangan besar buat Pakatan Rakyat maka dari permulaan, 1Malaysia harus diserang habis-habisan.

Isu rasuah bukan isu parti atau pentadbiran kerajaan. Anwar Ibrahim dibuang dari kerajaan salah satu kerana isu rasuah. Banyak lagi pemimpin-pemimpin kerajaan yang dibuang, dipecat , dihadapkan ke mahkamah atas isu rasuah. Rasuah adalah isu individu. Sebagai contoh jika ada orang Islam mencuri, adakah kita salahkan Islam atau individu yang berbuat salah ?

Sama-samalah kita mengambil pelajaran.

No comments:

Post a Comment