Friday, 18 March 2011

Masanya Sudah Sampai

Rakyat menentang Pembangkang versi Bahasa Malaysia.

Salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia. Kami mewakili "silent majority" yang telah berdiam diri dengan dakyah pembangkang.

Dakyah parti-parti pembangkang telah membawa kekeliruan yang amat ketara kepada golongan muda di Malaysia kerana sentiment “populist” yang digunapakai oleh parti-parti pembangkang ini sedikit sebanyak telah menarik minat golongan muda.

Kita sebut ini sebagai Kolestrol Minda. Kolestrol di bahagikan kepada dua. Satu kolestrol baik dan yang satu lagi kolestrol tidak baik. Maka kita simpulkan, parti-parti pembangkang dengan dakyah "incorrect politics" telah meracuni pemikiran anak-anak muda dan dipenuhi dengan kolestrol-kolestrol penipuan dan penyelewengan.

Rakyat Malaysia, rata-rata tidak terlatih dengan cara pemikiran kritikal atau sistematik. Kita mudah dipengaruhi lebih-lebih lagi orang-orang Melayu kerana budaya cakap dengar. Cakap dengar atau hearsay adalah satu perbuatan yang diminati oleh orang-orang Melayu kerana ia tidak memerlukan usaha untuk berfikir. Seseorang itu hanya perlu dengar dan jikalau apa yang didengar itu sedap didengar, maka segala hal yang diucapkan itu akan dipercayai bulat-bulat. Siapa yang berucap adalah lebih penting daripada apa yang diucapkan. Apa yang diucapkan akan diterima bulat-bulat hanya semata-mata si pendengar suka kepada calon yang bercakap atas pelbagai sebab.

Cakap dengar adalah maklumat yang dikumpul oleh seseorang dan disampaikan kepada orang lain berkenaan sesuatu keadaan, tempat , isu atau permasaalahan dimana orang yang mengucapkan hal tersebut, tidak mempunyai pengalaman sebenar tentang hal yang dibincangkan dan ucapan tidak disusuli dengan bukti. Cakap dengar jika digunakan sebagai bahan bukti di dalam mahkamah, maka kenyataan tersebut tidak akan diguna pakai. Adalah menjadi satu budaya di Malaysia, di mana pemimpin parti-parti pembangkang menggunakan cakap dengar sebagai hujah bagi membenarkan kenyataan mereka. Rakyat, rata-rata terus mempercayai cakap-cakap dengar ini yang mana pada akhirnya hanya akan menghancurkan Negara Malaysia kita ini.

Di sini ingai saya sampaikan pesanan kepada pembangkang....Lawan..Tetap Lawan.

Kita jumpa di PRU 13 - 1 Malaysia. Rakyat Bangun Menentang Pembangkang.

Sekian. PAO.

No comments:

Post a Comment