Friday, 18 March 2011

Siapa Itu Wakil Rakyat ?

Mengikut definasi, wakil-wakil rakyat sama-ada untuk kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri di pilih oleh rakyat dalam satu latihan demokrasi menjelang pilihanraya umum yang diadakan 5 tahun sekali.

Bila kita memilih wakil rakyat, kita sebenarnya memilih seorang pemimpin yang dapat mewakili kita di dalam menyuarakan keperluan kita kepada kerajaan yang merupakan suara kita di dalam pentadbiran politik. Wakil rakyat perlu mempunyai kebolehan serta keterampilan yang boleh menjalankan tugasan pentabiran masaalah kita untuk diketengahkan kepada Dewan Negeri atau Parlimen. Kita memilih wakil rakyat bukan memilih parti politik. Tetapi wakil rakyat perlukan sokongan parti, yang dapat membantu wakil rakyat dari segi sokongan jentera sumber manusia serta “networking” yang membolehkan wakil rakyat berkhidmat kepada rakyat dengan berkesan.

Antara ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada kepada wakil rakyat adalah ?

·         Wakil rakyat perlu memahami keperluan asas penduduk setempat.
·         Perlu faham kaedah analisa SWOT...dalam menilai kawasan DUN atau Parlimen masing-masing. SWOT Analysis mengambil pendekatan memahami setiapa S – Strgenth / Kekuatan / W – weakness / kelemahan / O- Oppurtunity  / Peluang dan T-Threat – Ancaman di kawasan masing-masing.
·         Wakil rakyat perlu menpunyai sistem maklum balas yang cekap di dalam menguruskan kawasan masing-masing.
·         Wakil rakyat haruslah mempunyai PR – Public Relations dengan seluruh penduduk yang berbilang bangsa dan harus ada EMPHATY iaitu sifat dapat menjiwai hasrat rakyat yang mereka wakili.
·         Wakil rakyat sepatutnya kurang berpidato tetapi harus cekap dalam urusan pentadbiran di dalam menyelesaikan semua masaalah rakyat dengan cara yang sistematik dan pragmatic.
·         Wakil rakyat perlu arif di dalam menstrukturkan suasana serta perlu jelas dengan segala perancangan yang bakal ditunaikan bagai membawa pembahruan kepada kawasan-kawasan yang mereka wakili.
·         Wakil rakyat bertindak sebagai peace maker di dalam menyatukan rakyat dan mengawasi keseluruhan kelakuan rakyat di kawasan yang diwakili dengan sering member maklumat-maklumat yang membantu rakyat memahami segala perancangan kerajaan untuk mereka.
·         Wakil rakyat harus menerangkan segala dasar-dasar serta polisi-polisi kerajaan kepada rakyat di kawasan yang diwakili bagi mengelakkan segala salah faham yang mungkin berlaku hasil daripada ketiadaan maklumat yang mencukupi atau maklumat tidak sampai kepada rakyat disebabkan jaluran perhubungan terputus antara rakyat dan pentadbiran kerajaan.
·         Wakil rakyat yang dipilih haruslah disokong oleh kerajaan yang memerintah bagi memudahkan wakil rakyat mendapatkan bantuan kerajaan memerintah untuk perkara-perkara yang melibatkan pembangunan bagi kebaikan rakyat di kawasan yang diwakili.
·         Wakil rakyat perlu ada tanggapan social yang jelas di mana beliau amat memahami segala kehendak serta aspirasi rakyat di kawasan yang diwakilinya.
·         Wakil rakyat perlu mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi di mana kelulusan akademik yang bersesuaian perlu ada bagi tujuan memudahkan wakil rakyat menjalankan tugas memahami tanggung jawap sebagai seorang pemimpin, mengeluarkan idea-idea yang bernas di dalam menangani masaalah-masaalah rakyat serta berkebolehan mencetuskan satu revolusi pemikiran rakyat yang mampu mendidik rakyat memahami segala kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan bagi kebaikan rakyat di kawasan yang diwakili.
·         Wakil rakyat perlu mempunyai emosional yang stabil serta tidak boleh mempunyai kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat. Perjuangan wakil rakyat adalah perjuangan rakyat bukan perjuangan peribadi atau perjuangan kekeluargaan.
·         Wakil rakyat perlu berwawasan. Wawasan tersebut perlu kepada tenaga untuk direalisasikan dan dari tenaga dating keupayaan untuk melaksanakan apa sahaja yang dijanjikan.
·         Wakil rakyat juga perlu memainkan peranan di dalam melaksanakan lima peranan utama seorang wakil rakyat iaitu :

1.       Peranan dalam aspek politik
2.       Peranan dalam aspek pembangunan
3.       Peranan dalam aspek sosio-ekonomi
4.       Peranan dalam aspek pentadbiran dan pengurusan organisasi
5.       Peranan dalam aspek kemasyarakatan dan agama

1 comment:

  1. Kalau lagu tu, kebanyakan wakil rakyat yang ada sekarang ini sebenarnya adalah mereka yang tidak layak atau mungkin parapengundi sebenarnya harus dipersalahkan.

    ReplyDelete