Monday, 6 June 2011

Kerajaan Negeri DAP - Nak Ambil Alih Pentadbiran Masjid P.Pinang

Posting blog ini di tujukan khas kepada orang-orang Melayu Islam yang masih menyokong kerajaan negeri DAP atas tiket PAS dan PKR.

Kerajaan Negeri DAP telah mengeluarkan arahan kepada Yang DiPertua Majlis Agama Islam P.Pinang supaya semua masjid-masjid di dalam Negeri P.Pinang membuat pilihanraya pemilihan jawatan-kuasa Qariah masjid. Di sebalik tindakan tersebut terselit motif politik.

Kerajaan Negeri DAP mahu meletak wakil-wakil mereka di dalam jawatankuasa tersebut melalui pilihanraya yang akan diadakan di masjid-masjid tersebut. Mereka mahu menggunakan masjid-masjid untuk kepentingan politik mereka dan dengan ini telah mencemarkan institusi masjid-masjid sebagai tempat dan pusat Ibadah.

Al-Quran - Surah At-Taubah ayat [107]


Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.

Tujuan kerajaan negeri DAP adalah untuk membuat intipan dengan meletak wakil-wakil mereka di dalam masjid-masjid tersebut. Jawatankuasa pemilihan masjid telah beroperasi sejak bertahun lamanya tanpa campur-tangan mana-mana puak-puak politik. Masjid adalah institusi suci yang mesti dihormati dan tidaklah wajar masjid dijadikan tempat berpolitik.

Disebabkan terlampau ghairah berpolitik maka puak PAS dan PKR telah menghalal-kan Kerajaan Negeri DAP untuk mengambil alih pentadbiran masjid-masjid di P.Pinang. Inilah akibat daripada tidak berani bersuara untuk kepentingan bangsa dan agama maka PAS dan PKR telah menyebabkan urusan agama Islam di negeri P.Pinang menjadi bahan politik dan tidak berupaya bersuara walaupun perkara tersebut mencemarkan imej masjid-masjid di P.Pinang.

PAS dan PKR, menang sorak , kampung tergadai. 

Harap-harap orang-orang Melayu Islam buka mata !

Nota Kaki

Orang Orang PAS dan PKR , semayang kiblat ikut lokasi opis DAP di KL...Islam PAS ada rukun Iman Baru...Salah satu...Beriman Kepada Karpal, Guan Eng dan Kit Siang,,

PAS and PKR are  emasculated group...atau dalam bahasa Melayu...dah kena kerat teloq....


No comments:

Post a Comment