Monday, 20 June 2011

PAS BARUA DAP ! PAS kena tukar nama jadi PKS.



Takrifan BARUA di dalam Kamus Dewan - orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, alku, ketolol, pinang muda, jaruman; dll.

Jadi jika kita kaji takrifan ini maka PAS bukanlah sebuah Parti Islam Se-Malaysia lagi. PAS telah menjadi parti perantaraan antara PKR dan DAP. DAP dan PKR tidak perlu mengubah prinsip perjuangan mereka. Kerana impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri , kekuatan Pakatan Rakyat perlu dipertingkatkan. Oleh kerana DAP perlu kepada sokongan orang-orang Cina ekstremis maka PAS perlu membuang asas perjuangan ISLAM demi untuk mengambil hati orang-orang Cina ekstremis yang menjadi penyokong DAP.

Maka sekarang ini , apa bezanya UMNO dengan PAS kepada orang-orang Melayu yang menyokong PAS ? Bezanya PAS dengan UMNO lahir daripada falsafah PAS untuk memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud. UMNO berhujah kepada PAS , jika diteruskan agenda negara Islam, maka orang-orang bukan Islam di Malaysia ini akan menentang. PAS telah tidak bersetuju dengan UMNO tetapi sekarang, demi mendapat sokongan DAP maka PAS telah menjadi BARUA No 1 dalam Pakatan Rakyat dengan membuang agenda Negara Islam dan Hukum Hudud.

Mari kita kaji bertapa PAS telah menyeleweng dari asas-asas penubuhan parti tersebut ;


Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.


Maka sekarang ini , apa jawapan PAS terhadap pengikut-pengikutnya yang mempersoalkan keputusan PAS menggugurkan konsep Negara Islam dan diganti dengan Negara Kebajikan. Malahan, konsep ini telah diketengahkan dalam MANIFESTO PAS PUSAT - dalam pilihanraya 2008 - yang bertajuk - " Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih, Menuju Negara Kebajikan.


Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang).

Tetapi bagi tahun 2008 hingga sekarang terdapat satu jenis lagi kepimpinan yang telah mengambil alih kepimpinan ulama haraki iaitu kepimpinan CENDIAKAWAN LIBERAL BERHALUAN ANWARIYUN. Kepimpinan inilah yang telah berjaya mentalkinkan Negara Islam dan Hukum Hudud PAS kerana telah menjadi BARUA DAP !

Sekarang PAS perlu memohon kepada ROS - Registrar of Society untuk menukar nama kepada Parti Kebajikan Semalaysia - PKS...



1 comment:

  1. Pas dah jadi Parti Parialah...Saya ni penyokong PAS tegar lebih 20 tahun. Hancur hati saya bila PAS buang perjuangan Negara Islam dan di ganti dengan Kerajaan Kebajikan....Ulama-ulama haram jadah PAS dah jadi sama dengan kerajaan Komunis China yang perjuangankan negara Kebajikan..Ini semua angkara AL JUBURI...Kali ini kita akan pastikan Pakatan Rakyat dijatuhkan sama sekali....Tak sabar nak tunggu PRU 13..Kita pangkah BN balik ...sekurang-kurannya UMNO tak munafik macam PAS...

    Apa punya sial....kena tipu bulat-bulat !

    ReplyDelete