Monday, 18 July 2011

Adakah PAKATAN RAKYAT, BARISAN ALTERNATIF ?

Persoalan ini haruslah dijawab dengan jujur dan ikhlas. Persoalan kepimpinan negara bukanlah satu persoalan yang boleh dibincangkan dengan sambil lewa sahaja sambil mengopi secawan dua. Ini persoalan serius dan memerlukan pemikiran yang dalam dan bernas. Formula Pakatan Rakyat menggabungkan PKR , DAP dan PAS.

 PKR adalah sebuah parti pelbagai kaum ber-ideologi Keadilan Sosial dan Demokrasi Liberal yang Progressif. Tapi pada masa yang sama ia hanya memperjuangkan secara konsisten nasib Ketua Umumnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ideologi Sosialis Keadilan adalah satu konsep politik yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman sebenarnya. Ideologi sosialis ini memperjuangkan konsep sama-rata. PKR adalah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu kerana memperjuangkan supaya hak-hak majority Melayu dan Bumiputera diketepikan dan diberikan bahagian sama rata dengan kumpulan minority Cina dan India. Sudah tentu DAP akan menjadi amat senang dengan ideologi ini. PKR menolak bulat-bulat Hak Istimewa Melayu, Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru. Bercita-cita mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara republic dengan sistem dua parti. Sistem dua parti ini jika tidak mendapat mandat rakyat sepenuhnya akan menyebabkan urusan  pentadbiran kerajaan menjadi terbantut kerana sistem undian tidak mengira parti kerajaan atau pembangkang.  Difahamkan PKR mendapat perhatian dan sokongan daripada negara luar seperti Amerika Syarikat. PKR sebenarnya berjuang atas niat dendam kesumat terhadap kepimpinan UMNO. Kisah Anwar Ibrahim samalah seperti kisah Iblis tatkala diseru menyembah Nabi Adam a.s lantas melenting dan takbur dengan kedudukan dirinya. Anwar Ibrahim sanggup memperjudikan bangsa dan agama demi kepentingan sempit peribadi. PKR telah menolak cirri-ciri penting budaya politik Melayu seperti Ketuanan Melayu , menyeru orang-orang Melayu  menderhaka kepada kepimpinan Melayu dan tidak taat setia kepada pemimpin dan parti Melayu terbesar. PKR tidak menganggap UMNO sebagai mewakili budaya politik Melayu dan wadah perjuangan bangsa sebaliknya menganggap UMNO sebagai alat perkakas orang-orang politik Melayu kelas atasan. PKR sangat bergantung harap kepada karisma Anwar Ibrahim dan jika Anwar terkubur maka PKR akan turut terkubur sama. Tidak ada barisan pemimpin yang berwibawa dalam PKR yang mampu menjadi pemimpin alternatif kepada kepimpinan Barisan Nasional. Barisan pemimpin muda PKR juga tidak matang dalam menguruskan isu-isu perkauman kerana tidak ada pengalaman Public Relations dalam menguruskan hal ehwal keadaan rakyat. Pendek kata, PKR merupakan parti jelmaan PRM atau PRSM yang memperjuangkan ideology sosialis yang menganggap bahwa Malaysia adalah kepunyaan semua kaum tanpa mengira bahawa orang Melayu adalah teras politik negara ini. PKR cuba sedaya upaya menjual konsep ini kepada orang-orang Melayu.

PAS pulak adalah sebuah parti yang ideologinya adalah memperjuangkan Islam semata-mata. Konsep Hudud PAS yang tidak mampu dijelaskan kepada orang-orang bukan Islam yang mencapur aduk-kan sistem perundangan Arab lama dengan din-nul Islam yang terkandung dalam Al-Quran serta dalam himpunan hadis-hadis sahih telah mengelirukan umat islam di Malaysia. Kod-kod perundangan hudud ciptaan PAS tidak sealiran dengan kehendak piawai perundangan zaman moden. Ini perlu kepada penelitian dan kemas-kini kepada satu sistem perundangan yang tidak lagi berkembang semenjak Perang Dunia Pertama jelas menampak-kan bahwa PAS tidak mempunyai pendekatan ilmiah kepada isu hudud tetapi menggunakan hudud sebagai alasan politik untuk menjatuhkan UMNO. Apabila DAP menolak perlaksanaan Hudud PAS, maka pemimpin PAS menjadi dayus lalu Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahwa Hudud boleh ditangguh hingga satu masa kelak yang dijangka sesuai. Inilah dakyah PAS selaku parti politik yang menipu rakyat bulat-bulat kerana bukan takut kepada Allah , tetapi takut kepada pemimpin-pemimpin DAP. PAS sebenarnya beriman kepada Lim Kit Siang , Karpal Singh dan Lim Guan Eng. Pemimpin-pemimpin PAS seperti hilang taring apabila berhadapan dengan barisan kepimpinan DAP. Kalau dengan lantang PAS boleh mengkritik UMNO tetapi apabila DAP menyelar Islam, PAS jadi seperti tikus tengok besi , menjadi kaku dan tidak mampu membuat satu pegangan yang kejap disebabkan hasutan Anwar Ibrahim. PAS adalah barua DAP dan semua keputusan PAS adalah mencerminkan kepentingan DAP. Maka benarlah jika dikatakan jika kita mengundi PAS samalah seperti memangkah DAP. PAS sebenarnya bercita-cita mewujudkan sistem politik Islam ala khalifah atau cara politik Iran. Malangnya, orang-orang bukan Islam masih ramai lagi di Malaysia ini. PAS sepatutnya meninggalkan arena politik dan fokus pada kerja-kerja dakwah Islamiah bagi mengIslamkan Malaysia seluruhnya. Jika PAS berkata ini adalah mustahil maka PAS telah menolak Sunnah Nabi iaitu Tabligh yang bermakna menyampaikan ajaran Islam. Pada suatu tahap permulaan perjuanngan PAS ia menolak untuk bekerjasama dengan bukan Melayu dalam soal pemerintahan negara. Namun selepas tahun 1999 prinsip PAS sudah mula moderat dan lembut lalu dibawah pengaruh PKR, PAS bersetuju bekerjasama dengan DAP malah lebih dari itu PAS sanggup bekerjasama dengan Syaitan sekalipun.

DAP adalah sebuah parti politik yang seakan-akan PKR yang berideologi Sosialis yang memperjuangkan Malaysian Malaysia namun hakikatnya DAP adalah sebuah parti Ultra Cina tidak lebih dari itu. DAP menolak hak istimewa orang-orang Melayu, Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Melayu. DAP juga menolak bahwa orang-orang Melayu adalah Bumiputera di negara ini.

Berdasarkan kepada kupasan diatas, jelas sekali gabungan rapuh Pakatan Rakyat tidak mampu menjadi Barisan Alternatif kepada Barisan Nasional.    

No comments:

Post a Comment