Monday, 18 July 2011

Antara PAS dan Islam / Islam dan UMNO ?


Perbalahan PAS dan UMNO sebenarnya berteraskan ISLAM. Kenapa UMNO mengambil pendekatan nasionalis , tidak seperti PAS yang mengambil pendekatan ISLAM. Apakah masalah-maaalah yang dihadapi PAS apabila ia kekal sebagai sebuah Parti Islam dan kenapa PAS menentang UMNO yang telah menengahkan Islam secara dalaman dan Islam sebagai agama rasmi bagi menjamin kesejahteraan Negara. ? Disebabkan PAS tidak menyangkal pencapaian UMNO , maka PAS terpaksa menggunakan taktik kotor mengkafirkan UMNO hanya bagi tujuan mendapatkan undi orang-orang Melayu. Disini kita bincangkan bagaimana PAS menggunakan ISLAM sebagai alat politik dan pada masa yang sama menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang suci lagi murni.

Jika dikaji PAS , Islam dan UMNO maka persoalan-nya adalah definasi ketiga-tiga entiti ini mempunyai pengertian yang berlainan sama sekali antara satu sama lain.
UMNO adalah sebuah pertubuhan politik yang digagaskan oleh orang-orang Melayu dibawah kepimpinan Dato Onn  Jaafar pada tahun 40an bertujuan memperjuangkan hak-hak serta kepentingan orang-orang Melayu serta memartabatkan Islam sebagai ajaran yang dipegang oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Disebabkan perjuangan UMNO maka Islam telah diterima sebagai agama rasmi Malaya dan kemudiannya Malaysia.

PAS adalah sebagai sebuah parti politik yang mempunyai ideologi Islam sebagai  teras perjuangan tetapi itu tidaklah secara automatis menyamakan PAS dan Islam. PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin Islam UMNO yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan. Pada tahun 1951, setelah gagal dipilih menjadi Yang DiPertua UMNO setelah dikalahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ini adalah permulaan PAS tetapi disebabkan PAS perlu kepada asbab yang munasabah maka dituduh UMNO menghalalkan loteri  yang menjadi sebab PAS ditubuhkan bagi memastikan UMNO tidak menyimpang daripada Islam. Jadi jelas PAS adalah sebuah parti politik yang memilih Islam sebagai agenda perjuangan. Pada permulaan-nya PAS dapat membezakan antara politik dan Islam yang diperjuangkan tetapi akibat daripada kesedaran bahwa dengan merapatkan jurang antara PAS dan Islam maka PAS dapat meraih sokongan rakyat apabila rakyat mula mengaitkan Islam dengan PAS. Taktik PAS berjaya dan rakyat mula melihat PAS sama seperti mereka melihat Islam. Rakyat mula yakin dan percaya jika mereka menolak PAS ber-erti samalah mereka menolak Islam. Ini adalah satu ajaran politik agama yang sesat. Kemudian pada itu, jika PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS , maka apa pulak yang perlu diperkatakan tentang UMNO. Maka bermulalah strategi serangan terhadap UMNO yang dikatakan parti nasionalis kebangsaan dan parti sekular. Persoalan sekarang , adakah Al-Quran mengharamkan perjuangan berteraskan kebangsaan ?  

Kita rujuk Al-Quran surah Al-Hujurat 49 : 13 ;

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).   

Ayat diatas menerangkan dengan terang dan jelas bahwa (wa-ja-al-na-kum) – telah dijadikan kamu, (syu-uu-ban-) – berbangsa-bangsa , wa-qaba-ilah (dan ber suku-suku), (li-ta-araf-fu) , supaya mengenali antara satu sama lain.

Ayat Al-Quran di atas dengan jelas menerangkan bahwa manusia dikenali melalui tradisi , budaya bangsa serta berkaum puak. Maka mengekalkan identity bangsa adalah merupakan satu lumrah kehidupan manusia yang diperakui oleh Allah s.w.t sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Maka dapatlah ditafsirkan , memperjuangkan hak-hak sebuah bangsa di tanah tumpah darah tidak menjadi kesalahan jika manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah s.w.t berbangsa-bangsa dan mengekalkan jati diri ini adalah satu asas kehidupan yang perlu dijaga dan dikekalkan.

Islam adalah cara hidup – AD Din yang merupakan jalan kehidupan yang telah diwahyukan Allah kepada semua Nabi-Nabi, Rasul-Rasul Allah dari permulaan dengan Nabi Adam a.s hinggalah kepada Utusan Allah yang terakhir Junjungan Besar Nabi Muhamad s.a.w, Nabi terakhir diutus untuk umat manusia lebih daripada 1400 tahun dahulu. Jadi Islam tidak perlu kepada PAS dan Islam itu adalah ajaran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan telah dikekalkan ajaran tersebut di dalam sebuah kitab – AL-QURAN. Jadi adalah amat tidak wajar jika kita menyamakan Islam dengan PAS dan sebagai seorang Muslim atau Muslimah, menerima PAS tidak pernah menjadi syarat untuk sah seorang penganut ajaran Islam.

Namun, sekarang PAS bukan sahaja telah tercicir sebagai pejuang kepentingan Melayu di Malaysia malah PAS sudah tidak menjadi sebuah parti berasaskan Islam kerana imej tersebut telah dibuang atas desakan kepimpinan DAP. PAS sebenarnya takutkan DAP lebih daripada Allah kerana terlampau kemaruk akan undi dunia , orang-orang Cina DAP. Maka PAS telah menggadai maruah bangsa dan agama kerana tidak berani menyuarakan kepentingan hak-hak orang-orang Islam di Malaysia. Isu penggunaan nama Allah oleh kafir Kristian, Perubahan dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan, DAP P.Pinang campur tangan urusan pentadbiran masjid serta Bantahan DAP terhadap larangan pusat-pusat hiburan semasa Ramadhan di Kedah dengan jelas menunjukkan kedudukan PAS sebagai BARUA DAP sahaja. Inilah yang berlaku kepada PAS kerana telah tersilap langkah mengikut telunjuk Dajjal Al-Masih , Kroni Zionis No 1 - Anwar Ibrahim.

PAS sebenarnya meniti jalan kehancuran apabila tiba PRU 13 kelak. Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment