Thursday, 8 September 2011

Dasar-Dasar Dalam Negara (Kerajaan Barisan Nasional) - Mesti Baca !

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu faham Dasar Dasar Dalam Negara yang telah direncanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ada sebilangan rakyat Malaysia yang anti Kerajaan Barisan Nasional tetapi apabila ditanya apakah Dasar-Dasar Dalam Negara Kerajaan Barisan Nasional, mereka tidak mengetahui. Inilah dilemma rakyat Malaysia dewasa ini. Mereka tidak mempunyai pengetahuan dan pendedahan tentang perancangan kerajaan tetapi masih berdegil untuk menuduh kerajaan tidak cekap dan korup. Kadang-kadang kita perlu tanya diri kita secara jujur apakah pertimbangan kita betul berdasarkan fakta dan prinsip atau semata-mata berdasarkan cakap dengar dan nafsu ?

Dasar dalam negara di Malaysia telah mengalami perubahan yang drastik sejeak beberapa dekad yang lalu. Pada tahun-tahun selepas kemerdekaan , Malaysia lebih dikenali sebagai sebuah negara pertanian. Namun kini, Malaysia merupakan salah sebuah negara perindstrian dalam kalangan negara membangun yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Dari segi sosial, selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan lebih memberi tumpuan pada usaha meningkatkan taraf hidup penduduk, terutama penduduk luar bandar. Namun, Peristiwa 13 Mei 1969 telah membuka mata kerajaan Malaysia tentang kepentingan memupuk perpaduan antara kaum sebagai pemangkin pembanngunan dari segi ekonomi dan sosial. Atas kesedaran inilah , Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan. Misi negara seterusnya adalah untuk menyediakan negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

PRADASAR EKONOMI BARU (1956-1970)

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

Matlamat
1.       Membangunkan sektor ekonomi dengan member penekanan pada sektor ekonomi luar bandar.
2.       Memberi tumpuan pada bidang pertanian untuk meningkatkan taraf hidup pendudul luar bandar.
3.       Memeberi tumpuan pada pembangunan bagi membolehkan rakyat menikmati kesejahteraan hidup.

Strategi Perlaksanaan

1.       Memberi tumpuan pada perancangan pelaburan sektor awam secara bersepadu.
2.       Memberi tumpuan pada rancangan pembangunan ekonomi.
3.       Memberi tumpuan pada penyediaan kemudahan asas atau awam serta jentera pentadbiran.
4.       Pembukaan tanah untuk tujuan petempatan semula melalui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
5.       Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) untuk membangunkan masyarakat luar bandar.
6.       Mewujudkan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menyelaraskan kegiatan ekonomi luar bandar.
7.       Memperkenalkan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

Matlamat

1.       Memberi tumpuan pada pembangunan pendudk luar bandar.
2.       Memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Strategi Perlaksanaan

1.       Kajian menyeluruh mengenai perkembangan ekonomi negara.
2.       Meningkatkan dan mempelbagaikan pengeluaran bahan mentah dengan cekap dan produktif.
3.       Membekalkan kemudahan asas untuk mengurangkan jurang perbezaan antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar.
4.       Meminjam kepakaran asing.
5.       Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) untuk memasarkan pelbagai jenis keluaran pertanian negara.
6.       Menubuhkan Bilik Gerakan di setiap daerah untuk melaksanakan program Buku Merah.
7.       Menyediakan kemudahan pendidikan pertanian di Kolej Serdang dan Faulti Pertanian.

Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)

Latar Belakang

1.       Penyertaan Sabah dan Sarawak dalam rancangan pembangunan lima tahun.
2.       Meliputi aspek perancangan ekonomi dan sosial.

Matlamat

1.       Memberi tumpuan pada pembangunan kebajikan rakyat.
2.       Memberi tumpuan pada pembangunan ekonomi dan integrasi penduduk antara negeri.
3.       Memberi tumpuan pada pertumbuhan ekonomi supaya kekayaan negara dapat dinikmati oleh golongan miskin.

Startegi Perlaksanaan

1.       Tumpuan berterusan pada pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar.
2.       Penyediaan kemudahan asas seperti pengangkutan dan pendidikan.
3.       Penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membantu golongan Bumiputera dalam pendidikan.
4.       Penubuhan bank Bumiputera bagi membantu Bumiputera dalam bidang perniagaan.
5.       Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) untuk membantu (FELDA) membangunkan ekonomi luar bandar.
6.       Penubuhan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) untuk mengalakkan pembangunan sektor perindustrian.
7.       Penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan hasil keluaran pertanian kecuali getah.
8.       Penggubalan Akta Pelaburan untuk menggalakkan kemunculan industri baharu.

DASAR EKONOMI BARU (DEB) 1971-1990
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRKP 1) :

1.       Objektif utama DEB adalah untuk mewujudkan perpaduan antara kaum bagi mengembalikan semula integrasi kaum selain mengembangkan ekonomi negara.
2.       Dua matlamat utama DEB serta strategi perlaksanaan bagi mencapai setiap matlamat tersebut dijelaskan dengan memperincikan ;
a.       Matlamat Membasmi Kemiskinan
b.      Matlamat Menyusun Semula Masyarakat

Matlamat Membasmi Kemiskinan

·         Mewujudkan lebig banyak peluang pekerjaan.
·         Pembangunan seimbang untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan bandar dengan luar bandar dan antara wilayah.
·         Membaiki dan memodenkan kehidupan di luar bandar.
·         Mewujudkan Masyarakat Perdangangan dan Perindustrian Bumiputera.
·         Penyertaan dalam aktiviti ekonomi mengikut komposis kaum.
·         Meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat melalui penyediaan kemudahan infrastruktur seperti pendidikan , latihan dan kesihatan.

Matlamat Menyusun Semula Masyarakat

·         Menggalakkan pemilikan saham sebanyak 60% untuk Bumiputera, 40% untuk bukan Bumiputera dan 30% untuk pelabur asing selaras dengan komposisi kaum menjelang tahun 1990.
·         Memodenkan kawasan luar bandar untuk meningkatkan taraf kehidupan golongan miskin.
·         Membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera bagi mencapai matlamat penguasaan ekonomi oleh Bumiputera sebanyak 30% menjelang 1990.
·         Menubuhkan agensi seperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera dan Amanah Saham Nasional.
·         Memajukan kawasan yang mundur melalui agensi pembangunan wilayah baharu seperti Lembaga  Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

Latar Belakang

1.       Berlaku Peristiwa rusuhan Kaum 13 mei 1969.
2.       Disusun untuk mencapai matlamat DEB.

Matlamat

1.       Mencapai perpaduan dengan serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
2.       Memodenkan penduduk luar bandar.

Strategi Perlaksanaan

1.       Pembukaan tanah baharu di kawasan luar bandar.
2.       Penubuhan PETRONAS untuk memajukan industri petroleum.
3.       Penubuhan Perbadanan Nasional (PERNAS) untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan.
4.       Penubuhan Lembaga Padi Negara (LPN) unruk menstabilkan harga padi.
5.       Penubuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk memodenkan industri perikanan dan meningkatkan taraf hidup nelayan.
6.       Penubuhan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) untuk membangunkan kawasan bandar.
7.       Penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
8.       Penubuhan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman getah.
9.       Pembangunan bandar baharu dan pusat perindustrian.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

Latar Belakang

1.       Meneruskan program pembangunan wilayah dalam Rancangan Malaya Kedua.
2.       Masih bertumpu pada matlamat DEB.
Matlamat

1.       Meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
2.       Meningkatkan penyertaan hak milik saham orang Melayu.
3.       Menggalakkan perkembangan sumber mentah.
4.       Memberi tumpuan pada tanaman getah dan kelapa sawit untuk dieksport.

Strategi Pelaksanaan
1.       Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah bersepadu seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), KEJORA, DARA dan KESEDAR.
2.       Penyediaan kemudahan pendidikan , perumahan dan kesihatan untuk rakyat.

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)

Latar Belakang
1.       Kejatuhan harga sumber asli negara telah menjejaskan pendapatn negara.

Matlamat

1.       Memberi tumpuan pada sektor perindustrian berat.
2.       Menyeimbangkan pemilikan saham antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera.

Strategi Perlaksanaan

1.       Mengenal pasti kawasan perindustrian baharu, iaitu Senawang (Negeri Sembilan), Skudai (Johor), Bayan Lepas (Pulau-Pinang) dan Sungai Way (Selangor).
2.       Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) untuk mengenal pasti, memulakan dan menjalankan projek perindustrian berat dengan cekap.
3.       Penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN).
4.       Pelaksanaan dasar ekonomi dan dasar sosial seperti :
a.       Dasar Pandang ke Timur
b.      Dasar Kepimpinan Melalui Teladan
c.       Dasar Bersih, Cekap dan Amanah
d.      Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran
e.      Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam
f.        Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara.

Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Latar Belakang

1.       Berlaku kemelesetan ekonomi dan perkembangan ekonomi yang lembab.

Matlamat

1.       Menggunakan sumber-sumber sedia ada untuk meningkatkan taraf ekonomi.
2.       Meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi.
3.       Membangunkan perusahaan pembuatan.
4.       Meningkatkan sektor pelancongan.
5.       Menekankan penggunaan tanah untuk membangunkan sektor pertanian.

Strategi Pelaksanaan

1.       Pelonggaran peraturan pemilikan saham dalam syarikat untuk mencapai matlamat.
2.       Penubuhan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia.
3.       Pengenalan syarat-syarat pelaburan yang rendah untuk menarik pelaburan.
4.       Pengeluaran kereta nasional oleh Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON).
5.       Pembangunan tanah terbiar oleh FELDA, FELCRA dan RISDA.
6.       Pelancaran Kempen Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
7.       Pelancaran Dasar Perindustrian Negara, Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat.


DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)  1991-2000
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) :

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri pada masa itu) pada 17 Jun 1991.

Objektif dan Penekanan
1.       Objektif utamanya adalah untuk mewujudkan kestabilan negara bagi menjamin kestabilan sosial dan politik serta pembangunan ekonomi yang berterusan melalui pembangunan bandar dan luar bandar.
2.       DPN menetapkan garis panduan tertentu bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju dari segi keadilan sosial, ketertinggian moral dan etika, kestabilan politik, kecekapan pentadbiran dan peningkatan kualiti hidup.
3.       Dasar Pembangunan Nasional masih meneruskan pencapaian matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam Dasar Ekonomi Baru serta objektif mencapai perpaduan.
4.       Aspek-aspek yang ditekankan dalam Dasar Pembangunan Nasional ialah ;
(a)    Mewujudkan keseimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan saksama.
(b)   Memastikan pembangunan seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi.
(c)    Mengurang dan akhirnya menghapusklan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian faedah yang saksama antara rakyat Malaysia.
(d)   Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional antara kawasan bandar dengan luar bandar dan antara negeri di Malaysia.
(e)   Membangunkan masyarakat progresif agar rakyat menikmati kesejahteraan dan menanam sikap bangga serta cinta akan negara dalam diri rakyat.
(f)     Memajukan sumber manusia agar dapat menghadapi cabaran pembangunan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat.
(g)    Menjadikan sains dan teknologi sebagai asas perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi.
(h)   Pemeliharaan alam sekitar dan ekologi agar pembangunan serta sumber negara dapat dikekalkan secara berterusan.


Dimensi Baharu

1.       Pembasmian kemiskinan untuk mengurangkan kemiskinan relative.
2.       Membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) bagi mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi.
3.       Menekankan peranan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat.
4.       Memberi tumpuan pada pembangunan sumber manusia bagi mencapai pertumbuhan ekonomi saksama.

Startegi Perlaksanaan

1.       Aspek-aspekpendidikan dan latihan diberi penekanan untuk menghapuskan kemiskinan.
2.       Malaysia berusaha menarik kemasukan pelabur asing dan mengamalkan dasar liberalisasi supaya sektor swasta lebih berani menghadapi ridiko persaingan perdagangan antarabangsa.
3.       Perubahan dalam sektor awam dengan tumpuan diberikan pada pelaksanaan beberapa program bagi tujuan membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah. Aspek yang ditekankan ialah :
(a)    Pendidikan dan latihan
(b)   Kesihatan
(c)    Jalan pengangkutan luar bandar
(d)   Pengangkutan
(e)   Perumahan
(f)     Bekalan air dan elektrik

4.       Penyusunan semula masyarakat mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan hak milik bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang ekonomi.
5.       Melancarkan Dasar Telekomunikasi Negara dan Koridor Raya Multimedia.


Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995)

Matlamat

1.       Mengekalkan strategi asas DEB, iaitu mewujudkan perpaduan dan mempertahankan pertumnuhan ekonomi.
2.       Mencapai pembangunan seimbang agar negara dapat bersaing dalam pelbagai sektor.
3.       Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan perindustrian.
4.       Memberi tumpuan pada penjagaan alam sekitar.
5.       Membangunkan masyarakat yang memiliki nilai-nilai murni.

Strategi Pelaksanaan

1.       Meningkatkan keupayaan tenaga manusia melalui latihan.
2.       Memajukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam industri tempatan.
3.       Mendapatkan maklumat tentang pasaran antarabangsa untuk meningkatkan pasaran barang tempatan.
4.       Menjadikan sains dan teknologi sebagai teras perancangan pembangunan sosio-ekonomi negara.
5.       Melancarkan Dasar Sogoshosha Malaysia dan Dasar Sains dan Teknologi Negara.

Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)

Latar Belakang

1.       Lanjutan daripada RMK-6
2.       Menekankan penyediaan prasarana yang perlu bagi menyediakan negara menghadapi cabaran pada abad ke-21.
3.       Mengubah pemikiran rakyat kea rah cara hidup ketimuran.

Matlamat

1.       Memesatkan pemindahan teknologi berasaskan produktiviti dan kecekapan buruh dan modal.
2.       Meningkatkan pengeluaran barang berintensifkan modal dan teknologi.
3.       Mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang mapan.
4.       Menggalakkan perindustrian global untuk meningkatkan eksport negara.
5.       Mengurangkan import negara.
6.       Meningkatkan daya saing ekonomi dengan memperkukuh infrastruktur.
7.       Membangunkan perkhidmatan moden.
8.       Memperkukuh pengetahuan sains dan teknologi serta teknologi maklumat untuk membolehkan negara melangkah kea rah multimedia.

Strategi Pelaksanaan

1.       Meningkatkan keupayaan dalam bidang sains dan teknologi.
2.       Mengukuhkan sistem penyampaian.
3.       Melaksanakan program sekolah satu sesi.
4.       Meningkatkan kemasukan pelajar ke universiti pada peringkat ijazah.
5.       Mengukuhkan aktiviti R&D.
6.       Membaiki kemudahan pendidikan di luar bandar.
7.       Memupuk nilai positif dalam kalangan rakyat.
8.       Meningkatkan semangat dalam kalangan guru.
9.       Meningkatkan penguasaan rakyat dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
10.   Mengalakkan penyertaan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara.

DASAR WAWASAN NEGARA (DWN) 2001-2010
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga  (RRJP 3) :

1.       RRJP3 (Dasar Wawasan Negara) merupakan fasa kedua untuk merelisasikan Wawasan 2020.
2.       DWN mengambil kira strategi DEB dan DPN, iaitu mewujudkan masyarakat bersatu padu dan saksama,
3.       Tema utama DWN ialah “Menigkatkan Keutuhan dan Daya Saing Negara”.

 Objektif

1.       Mewujudkan pembangunan seimbang demi mencapai perpaduan negara.
2.       Memberi tumpuan pada pembangunan dalam semua sektor.
3.       Memberi tumpuan pada pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan. (K Ekonomi bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berdaya tahan dan berdaya saing.

Teras Utama

1.       DWN mempunyai tujuh teras utama bagi memperkukuh daya saing dan daya tahan negara serta mewujudkan masyarakat yang saksama bagi memastikan kestabilan dan perpaduan negara.

Tujuh Teras DWN

1.       Membina bangsa berdaya tahan
2.       Mewujudkan masyarakat saksama
3.       Mngekalkan pertumbuhan ekonomi
4.       Mempertingkat daya saing
5.       Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan
6.       Mengukuhkan pembangunan sumber manusia.
7.       Meneruskan pembangunan sumber manusia
8.       Meneruskan pembangunan alam sekitar mapan

Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)

Latar Belakang

1.       Kegawatan ekonomi akibat spekulasi matang wang Malaysia oleh pelabur asing dan spekulasi saham di Bursa Malaysia.
2.       Usaha mengurangkan kadar kemiskinan dan penyusunan semual masyarakat terjejas.
3.       Peratusan pemilikan ekuiti Bumiputera berkurangan.

Matlamat

1.       Melaksanakan Dasar Wawasan Negara kearah perbangunan seimbang dalam mencapai perpaduan negara.
2.       Memberi tumpuan pada pembangunan semua sektor termasuk teknologi maklumat.
3.       Mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.5% menjelang tahun 2005.

Strategi Pelaksanaan

1.       Meningkatkan potensi  pertumbuhan sektor pertanian , pembuatan dan perkhidmatan.
2.       Memajukan pelaburan swasta sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi pada kadar 19% setahun.
3.       Mempertingkat kemahiran pengurusan , R&D dan teknologi ICT.
4.       Sektor awam malabur dan memperkukuh sistem pendidikan untuk menyediakan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan.
5.       Mempertingkat daya saing dan produktiviti bagi membolehkan eksport Malaysia menembusi pasaran antarabangsa seperti digariskan oleh Pertubuhan Perdangangan Sedunia (WTO).
6.       Meneruskan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia.
7.       Berusaha mengurangkan defisit perkhidmatan perkapalan dan insurans.
8.       Membendung inflasi dengan :
(a)    Menguatkuasakan peraturan meletakkan tanda harga
(b)   Memantau harga barangan asas
(c)    Menggalakkan automasi
(d)   Meningkatkan penyertaan wanita dan pesara dalam pasaran buruh
(e)   Memastikan pembayaran upah setimpal dengan penigkatan produktiviti.

Rancangan Malaysia  Kesembilan (2006-2010)

Latar Belakang

1.       Menyediakan rangka kerja dan strategi dasar pembangunan yang diperkenalkan sepanjang tempoh perlaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke 3.
2.       Menilai prestasi rancangan pembangunan sebelumnya dan mengenal pasti strategi dan program pada masa depan sejajar dengan perkembangan ekonomi yang dijangkakan.
3.       Memastikan arah aliran pertumbuhan bagi tempoh 2006-2010 dapat dipertingkatkan mengikut unjuran bagi mencapai matlamat Rangka Rancangan Jangka Panjang ke 3.
4.       Memberi tumpuan pada Fasa Kedua Wawasan 2020 ;
(a)    Fasa Pertama (1990-2005) : pembangunan fizikal dari segi prasarana ke arah pembangunan ekonomi dan sosial.
(b)   Fasa Kedua (2006-2010): pembangunan insaniah selaras dengan pembangunan fizikal dalam Fasa Pertama.

Matlamat

1.       Meningkatkan prestasi dan kemampuan negara ke tahap yang lebih cemerlang untuk menghadapi cabaran semasa.
2.       Memperkukuh daya saing dan daya tahan serta meningkatkan inovasi.
3.       Mempertingkat produktiviti dan pengetahuan dalam ekonomi.
4.       Membangunkan sumber manusia yang berkemahiran dan berpengetahuan selaras dengan keperluan pasaran.
5.       Memperhebat langkah pembasmian kemiskinan.
6.       Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Teras

1.       Memeperkukuh pertumbuhan ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dan menguruskannya dengan berkesan.
2.       Menekankan konsep “development witrh a human touch” atau pembangunan berorientasikan rakyat  (people –centered development)
3.       Mengenal pasti dan mengusahakan sumber pertumbuhan baharu dalam sektor pertanian dan industry asas tani, pembuatan dan perkhidmatan.
4.       Memberi tumpuan khusus terhadap pembangunan sumber manusia untuk menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan serta mempertingkat produktiviti dan daya saing.

Strategi Perlaksanaan

1.       Mewujudkan kesimbangan optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan matlamat pengagihan yang saksama.
2.       Meningkatkan usaha membasmi kemiskinan, terutama dalam kalangan penduduk termiskin dan penduduk luar bandar.
3.       Meningkatkan prestasi agenda pengagihan, terutama pemilikan ekuiti Bumiputera, pengagihan pendapatn antara kaum dan pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
4.       Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan berkualiti tinggi melalui sistem penyampaian yang cekap dan berkesan untuk memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat.
5.       Menggalakkan penyertaan IKS (Industri Kecil dan Sederhanana) sebagai peneraju pertumbuhan ekonomi.
6.       Mengimbangkan bajet.
7.       Meningkatkan keberkesanan program penswastaan.
8.       Menguruskan sumber semula jadi secara berhemat dan mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan usaha perlindungan alam sekitar.

Rancangan Malaysia  Kesepuluh (2011-2015)

Latar Belakang

Untuk menghadapi cabaran dan merealisasikan RMK-10, dua garis panduan sperti yang berikut telah disediakan ;

(a)    Garis Panduan Pertama RMK 10
(b)   Garis Panduan Kedua RMK 10

1.       Tujuan Garis Panduan
(a)    Tujuan Garis Panduan Pertama RMK 10
A1  
Memaklumkan rangka kerja ekonomi makro bagi tempoh 2011-2015 yang mengandungi Bidang Keberhasilan Utama (KRA- Key Result Areas) dengan outcome dan strategi berdasarkan lima teras Misi Nasional.

A2 
Menggariskan hala tuju strategic ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.

A3
Memaklumkan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) serta rancangan dan perlaksanaan RMK 10 berasaskan pendekatan outcome.

A4
Memohon kementerian mengemukakan cadangan KRA , outcome dan strategic masing-masing selaras dengan hala tuju strategi , KRA dan outcome. Bagi mencapai tujuan ini, lima Mission Cluster Group (MCG) berdasarkan Misi Nasional telah ditubuhkan dan dianggotai oleh kementerian ,jabatan, agensi badan berkanun, sektor swasta dan NGO.



(b)   Tujuan Garis Panduan Pertama RMK 10

B1
Memaklumkan prospek ekonomi makro serta saiz pelaburan sektor awam bagi tempoh dua tahun pertama RMK 10.

B2
Menjalankan kaedah perancangan dan pelaksanaan RMK 10 serta penyediaan Pelan Pelaburan sektor Awam bagi tempoh 2011-2012.

B3
Memberi panduan mengenai penyediaan cadangan program dan projek bagi tempoh 2011-2012.



2.       Antara strategi utama untuk menjamin perancangan dan pelaksanaan menyeluruh dan berterusan adalah menerusi tindakan seperti yang berikut :
(a)    Matkamat KRA Nasional dengan KRA RMK 10 :
(1)    Meningkatkan ekonomi dengan rantaian nilai lebih tinggi
(2)    Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara sera memupuk “minda kelas pertama”
(3)    Menangani ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dn produktif
(4)    Meningkatkan tahap dan kemampuan kualitu hidup
(5)    Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan

(b)   Prospek ekonomi makro
(1)    Tumpuan menjurus kepada meletakkan ekonomi di atas landasan pertumbihan ekonomi sebenar.
(2)    Ekonomi Malaysia disasar berkembang 5.2% setahun dalam tempoh 2011-2012.



Strategi Keseluruhan

(a)    Perancangan dan pelaksanaan program dan projek serta penyediaan siling RMK 10 dibuat secara rolling setiap dua tahun.
(b)   Program dan projek RMK 10 akan didokumen sebagai Pelan Pelaburan Sektor Awam yang mengandungi sasaran outcome , KPI , program dan projek serta siling.


MISI NASIONAL

1.       Misi Nasional diwujudkan untuk menggariskan langkah utama kerajaan untuk 15tahun akan datang (2006-2020) bagi mencapai Wawasan 2020.
2.       Tumpuan adalah pada keupayaan negara untuk bersaing di peringkat amtarabangsa, pembangunan modal insane, hubungan antara kaum, integrasi nasional dan pengagihan pendapatan dan kekayaan secara saksama.

TERAS

MENINGKATKAN EKONOMI DALAM RANTAIAN NILAI LEBIH TINGGI
1.       Meningkatkan produktiviti , daya saing dan nilai tambah dalam aktiviti pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.
2.       Menjana sumber kekayaan baharu dalam sektor berintensifkan teknologi dan pengetahuan seperti ICT dan bioteknologi.

MENINGKATKAN KEUPYAAN PENGETAHUAN DAN INOVASI NEGARA SERTA MEMUPUK MINDA KELAS PERTAMA

1.       Menjadikan Islam sebagai rangka kerja pembangunan yang menyeluruh dan sejagat.
2.       Meningkatkan prestasi pencapaian sekolah kebangsaan supaya menjadi sekolah pilihan rakyat.

MENANGANI MASAALAH KETIDAKSEIMBANGAN SOSIO-EKONOMI

1.       Membasmi kemiskinan tegar dalam kalangan penduduk menjelang tahun 2020 serta mengurangkan tahap kemiskinan keseluruhan.
2.       Menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih cekap bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan penggunaan bahan api.

MENINGKATKAN TAHAP DAN KEMAMPANAN KUALITI HIDUP

1.       Memastikan perlindungan alam sekitar yang lebih baik dan penggunaan sumber asli dengan lebih cekap.
2.       Menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang lebih cekap bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan penggunaan bahan api.

MENGUKUHKAN KEUPAYAAN INSTITUSI DAN PELAKSANAAN

1.       Meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan memperkemas proses pentadbiran dan melaksanakan pengukuran prestasi.
2.       Menangani kegiatan rasuah dalam sektor awam dan swasta.

Wawasan 2020

1.       Pada 28 Februari 1991 , Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia pada masa itu) melalui kertas kerjanya bertajuk Malaysia Melangkah Ke Hadapan telah memperkenalkan Wawasan 2020.

2.       Wawasan 2020 merupakan matlamat Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dengan cirri-ciri kemalaysiaan yang tersendiri.

Objektif

1.       Objektif utama wawasan 2020 adalah untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam seluruh aspek kehidupan sama ada dalam bidang ekonomi, politik, sosial , kebudayaan mahupun kemajuan dalam jiwa rakyat Malaysia.
2.       Ini bermakna Malaysia bukan sahaja ingin mencapai kemajuan fizikal malahan kemajuan yang dihajati meliputi nilai-nilai moral dan etika yang tinggi dalam diri rakyat Malaysia.
3.       Malaysia diharapkan dapat menjadi sebuah negara yang benar-benar maju, bersatu progresif dan mampu berdikari dengan masyarakat Malaysia yang bertolenransi , berdaya saing, berdaya tahan, dinamik dan demokratik menjelang tahun 2020.
4.      
      Dalam usaha mencapai status negara maju , tumpuan akan diberikan kepada aspek yang berikut ;
(a)    Malaysia terdiri daripada sebuah bangsa yang tidak dapat dibezakan berdasarkan kaum.
(b)   Dalam bidang perindustrian , rakyat Malaysia bukan sahaja akan menggunakan sains dan teknologi, malah dapat melibatkan diri dalam aktiviti penciptaan dan pembaharuan sains dan teknologi.
(c)    Keadilan ekonomi dan sosial dicapai melalui pengagihan yang adil antara kaum, wilayah dan kawasan bandar dengan luar bandar.
(d)   Rakyat Malaysia yang dicita-citakan merupakan rakyat yang bermoral dan beretika tinggi serta berasaskan kepercayaan kepada Tuhan.
(e)   Sistem kekeluargaan merupakan asas pembentukkan masyarakat negara.

Cabaran

Bagi mencapai objektif wawasan 2020, rakyat Malaysia harus mengatasi Sembilan cabaran atau rintangan yang digariskan dalam Wawasan 2020 iaitu –

1.       Negara Bersatu
Melahirkan rakyat Malaysia berbilang kaum yang mempunyai matlamat yang sama, iaitu member penekanan pada
·         Mengekal keamanan negara
·         Mewujudkan integrasi antara negeri
·         Mewujudkan integrasi antara kaum
·         Kerjasam antara kaum
·         Kesetiaan dan dedikasi terhadap negara

2.       Masyarakat Berjiwa Bebas
Melahirkan masyarakat Malaysia yang
·         Tenteram
·         Yakin terhadap keupayaan diri
·         Cekal menghadapi pelbagai cabaran
·         Tidak mudah mengalah

3.       Masyarakat Demokratik
Melahirkan masyarakat Malaysia yang
·         Mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang
·         Mengamalkan demokrasi

4.       Masyarakat Bermoral dan Beretika
Melahirkan masyarakat Malaysia yang
·         Memiliki Iman yang tinggi
·         Memiliki nilai moral dan etika yang tinggi

5.       Masyarakat Liberal
Melahirkan masyarakat Malaysia yang
·         Bersedia bertolak ansur
·         Bebas mengamalkan adat dan budaya masing-masing
·         Mementingkan kesetiaan kepada negara
6.       Masyarakat Saintifik dan Progresif
Melahirkan masyarakat Malaysia yang
·         Bersedia menerima perubahan
·         Dapat menyumbang kepada kemajuan sains dan teknologi

7.       Masyarakat Penyayang
Melahirkan masyarakat Malaysia yang
·         Lebih mengutamakan kepentingan masyarakat
·         Mementingkan kebajikan semua insane
·         Mempunyai sistem kekeluargaan yang kukuh

8.       Masyarakat Adil dalam bidang ekonomi
Melahirkan masyarakat Malaysia yang
·         Menekankan perkongsian kekayaan negara dengan adil dan saksama
·         Bersedia berkongsi hak ekonomi secara sama rata
·         Membantah pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

9.       Masyarakat Makmur
Melahirkan masyarakat Malaysia yang :
·         Berdaya saing dari segi ekonomi
·         Dinamik
·         Bersemangat kental

Strategi Pelaksanaan

1.       Negara Bersatu
·         Mewujudkan Sekolah Wawasan yang menekankan perkongsian kemudahan antara Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan
·         Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diperkenalkan kepada remaja berumur 18 tahun dan ke atas yang bertujuan memupuk semangat patriotism dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.



2.       Masyarakat Berjiwa Bebas
·         Memperkenalkan slogan “Malaysia Boleh” pada tahun 1990 bagi meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap kemampuan dan kebolehan sendiri.


3.       Masyarakat Demokratik
·         Majlis Perundangan Ekonomi Negara (MAPEN) dijadikan forum perbincangan pendapat rakyat mengenai dasar ekonomi yang dilancarkan oleh kerajaan

4.       Masyarakat Bermoral dan Beretika
·         Penekanan pembelajaran mata pelajaran Pengetahuan Moral dan Pendidikan agama dalam kalangan pelajar sekolah.

5.       Masyarakat Liberal
·         Pelancaran program Citrawarna yang diadakan setiap tahun bagi memperkenalkan kebudayaan negeri yang berbeza kepada pelancong sekali gus meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan negara.

6.       Masyarakat Saintifik dan Progresif
·         Mengadakan projek mega Multimedia Super Coridor
·         Mewujudkan Sekolah Bestari
(6.1) Setiap sekolah akan dilengkapkan dengan Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN-Local Area Network) , manakala setiap sekolah dihubungkan antara satu dengan lain melalui Rangkaian Kawasan Luas (WAN-Wide Area Network)
(6.2) Bertujuan melahirkan masyarakat celik computer
·         Memperkenalkan matapelajaran Teknologi Maklumat pada periingkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melahirkan tenaga manusia mahir dalam bidang ICT
·         Menambahkan pusat pendidikan vokasional dan teknik serta politeknik
·         Menggalakkan aktiviti R&D dalam bidang sains dan teknologi bagi mengurangkan pengantungan negara terhadap teknologi .

7.       Masyarakat Penyayang
·         Memperkenalkan segmen “Jejak Kasih” dalam program Malaysia Hari Ini terbitan TV3 dan kemudiannya menjadi segmen tersendiri.
·         Meweujudkan Talian Hotline 8003040 untuk membantu mangsa penganiayaan
·         Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga 1994 diluluskan untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga

8.       Masyarakat Adil dalam Bidang Ekonomi
·         Melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) bagi tujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan Bumiputera

9.       Masyarakat Makmur
·         Penggunaan gentian optic oleh Telekom Malaysia untuk member perkhidmatan yang lebih bermutu kepada rakyat.
·         Sistem LRT dan Monorail diwujudkan untuk member kemudahan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat.


Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

1.       Pada 27 Julai 2009, Perdana Menteri Keenam Dato Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak telah mengumumkan konsep Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)/ National Key Results Area.
2.       Terdapat 6 bidang yang digariskan dan diberi keutamaan pada peringkat Kebangsaan. Setiap bidang ini diketuai oleh seorang menteri yang dinamakan menteri pimpinan (lead minister).
3.       Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA.
4.       Tujuan Perlaksanaan NKRA ialah :
(a)    Bagi memastikan elemen bertanggungjawab yang serius wujud dalam kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam.
(b)   Supaya rakyat sebagai klien utama tidak berada dalam kesamaran sebaliknya ada inisiatif , rencana dan hala tuju pembangunan yang sedang digembleng oleh kerajaan.
(c)    Supaya rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dimaklum dan diketahui oleh rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian sasaran seperti yang ditetapkan.

Keenam-enam Bidang Keberhasilan Utama Negara yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut :

1.       Mengurangkan kadar jenayah
·         Memastikan negara berada dalam keadaan aman dan damai, bebas daripada segala bentuk ancaman dan jenayah
·         Jenayah jalanan seperti curi , ragut , samun tanpa bersenjata dan samun berkawan tanpa bersenjata api dikurangkan
·         Manambah baik persepsi rakyat terhadap keselamatan awam.
·         Meningkatkan prestasi agensi-agensi penguatkuasaan seperti Kementerian Dalan Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri

2.       Memerangi Rasuah
·         Memastikan persepsi kedudukan dan ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah bertambah pulih pada masa hadapan
·         Langkah seperti tender terbuka , peningkatan penguatkuasaan, menaik taraf Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya telah diadakan.
3.       Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
·         Memastikan generasi muda berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murnu serta berdaya saing di pesada antarabangsa.
·         Menyediakan pendidikan yang terbaik bermula dari peringkat pra-sekolah

4.       Meningkatkan taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah
·         Membenteras kemiskinan tegar dalam kalangan rakyat
·         Memastikan bantuan kebajikan rakyat sampai ke tangan rakyat dan tiba pada masa yang tepat

5.       Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman
·         Meningkatkan infra luar bandar dan pedalaman supaya harta dan kekayaan negara dapat dinikmati oleh semua rakyat diseluruh negara
·         Kemudahan infrastruktur seperti jalan bekalan air, bekalan elektrik dan kemudahan kediaman dipertingkatkan

6.       Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana
·         Menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi memenuhi keperluan rakyat
·         Meningkatkan peratusan penggunaan sistem pengangkutan awam hingga 25% pada penghujung 2012.


Sesiapa yang berminat menjemput saya memberi ceramah atas mana-mana tajuk dalam BLOG ini bolehlah menelefon - +60176943896. 

atau e-mail saya di

 nmypeace@yahoo.com

Sekian, terima-kasih...







No comments:

Post a Comment