Friday, 23 September 2011

Dimanakah Buku - Barisan Nasional - Ke Arah Mencapai Kemenangan PRU 13 ?

Mengikut maklumat sumber blog, sebuah buku yang bertajuk "Barisan Nasional Ke Arah Mencapai Kemenangan PRU 13 telah pun siap ditulis oleh Dr Nik Yahya Abd. Rahman. Dr Nik Yahya Abd. Rahman adalah setiausaha politik kepada Menteri Kewangan Kedua - YB Dato Awang Adek.

Blog difahamkan penerbit buku ini adalah Thinkers Library Sdn Bhd. Ada sumber-sumber yang telah pun membaca buku tersebut dan mendapati isi kandungan buku tersebut amatlah baik dan mempunyai segala maklumat yang diperlukan oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional, UMNO dan rakyat umumnya. Berikut adalah latar belakang buku tersebut dan kepentingan buku tersebut di kala kita sedang menghadapi pilihanraya ke 13 kelak.


Kenapa buku ini penting untuk Barisan Nasional , UMNO dan Rakyat Malaysia ?

A] Kenapa buku ini penting untuk Barisan Nasional ?
Isu

Pakatan Rakyat telah menimbulkan pelbagai tohmahan tentang kredibiliti Barisan Nasional dan mereka telah menyerang semua komponen-komponen parti Barisan Nasional. Pakatan Rakyat telah mengelirukan rakyat dengan pelbagai maklumat salah dan fakta-fakta yang tidak benar tentang perjuangan Barisan Nasional.

Maklumbalas


  • Buku ini direka bagi menerangkan kepada rakyat ;       
Dasar-dasar perjuangan Barisan Nasional
Sejarah penubuhan Barisan Nasional.
·          Sejarah penubuhan parti-parti komponen Barisan Nasional
·          Strategi pelan tindakan Barisan Nasional di dalam memimpin kerajaan semenjak 
dari zaman Perikatan selepas merdeka 1957 hingga sekarang.
·    Segala perancangan kerajaan Perikatan / Barisan Nasional daripada Rancangan 
Malaya Pertama hingga kepada Rancangan Malaysia ke 10.
·         Pendekatan 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.
·   ETP – Pelan Transformasi Ekonomi dan GTP – 
Pelan Transformasi Kerajaan dan NKRA - Bidang Keberhasilan Utama Negara
·         Ulasan terhadap isu-isu semasa yang dihadapi oleh Barisan Nasional
·         Kenapa rakyat perlu mengundi Barisan Nasional dalam PRU ke 13.



B] Kenapa buku ini penting untuk UMNO?
Isu

UMNO adalah tonggak kekuatan dalam Barisan Nasional. PAS dan PKR telah mengecam UMNO dengan memberi  tanggapan bahwa pemimpin-pemimpin hanya memperjuangkan kepentingan diri mereka sendiri. PAS dan PKR telah mengecam bahwa UMNO tidak memperjuangkan kepentingan rakyat.

Maklumbalas

  • Buku ini direka bagi menerangkan kepada rakyat ;
    ·        Sejarah Penubuhan UMNO.
       Kenapa PAS keluar daripada UMNO.
    ·         PAS dan PKR – Petualang dan pengkhianat bangsa Mela
    PAS dan PKR – Menjual bangsa dan agama kepada DAP.·    
    Agenda sebenar Anwar Ibrahim yang berpakat dengan NEO-Conservative – pakatan Yahudi daripada Amerika Syarikat dalam usaha menjatuhkan kepimpinan UMNO di Malaysia.   
    Peranan UMNO di dalam berkerjasama dalam satu pakatan 
    Barisan Nasional yang telah membawa kestabilan politik. 
    Daripada kestabilan politik ini yang diterajui oleh UMNO, Malaysia telah dibangunkan.
    ·        Perjuangan UMNO yang konsisten daripada mula ditubuhkan sehingga sekarang.
    ·    Masaalah dalaman yang dihadapi oleh UMNO dan tindakan-tindakan 
    yang diambil oleh UMNO di dalam memperbetulkan keadaan.
    ·         Segala isu-isu rasuah politik yang telah diambil tindakan oleh UMNO.
    ·         Ulasan terhadap isu-isu semasa yang dihadapi oleh UMNO.
    ·         Kenapa rakyat perlu menyokong UMNO di dalam PRU ke 13. 

C] Kenapa buku ini penting untuk rakyat Malaysia ?

Isu
Apakah perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa membuat keputusan untuk memilih mana-mana parti politik yang diwakili calon-calon yang ditawarkan.  Apakah “track record” calon serta segala bentuk usaha yang dibawa oleh calon tersebut di dalam membawa kemakmuran dalam kehidupan serta kualiti hidup yang dijamin bagi kawasan yang diwakilinya ?  Apakah perkara-perkara penting yang harus dipertimbangkan di dalam membuat pilihan bagi mengundi seseorang calon dari mana-mana parti politik ?

Maklumbalas

  • Buku ini direka bagi menerangkan kepada rakyat ;
Bagaimana membuat keputusan siapa yang perlu diundi semasa pilihanraya umum ke 13 kelak.
·        Apakah piawai yang perlu digunapakai di dalam membuat pilihan di peti mengundi.
·        Bagaimana menganalisa parti-parti politik yang bertanding di PRU 13.
·        Kenapa rakyat perlu menolak Pakatan Rakyat semasa PRU 13.
·        Kenapa rakyat perlu mengundi Barisan Nasional semasa PRU 13.


Rumusan –

_ “ Barisan Nasional – Ke Arah Mencapai Kemenangan Pilihanraya ke 13 ” Insya Allah, adalah sebuah prediksi berasaskan fakta dan kemelut politik semasa terhadap keputusan pilihanraya ke 13 dimana, semua sebab-sebab kenapa BN pasti menang pilihanraya ke 13 ini dikupas bagi tujuan memberi peluang kepada pengundi-pengundi menggunakan buku ini sebagai rujukan bagaimana membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya ke 13 kelak. Buku komprehensif ini mencakupi pelbagai pandangan serta memuatkan jawapan-jawapan  kepada semua isu-isu dalaman dan luaran yang dibawa oleh pihak pembangkang yang pasti memberi impak besar kepada para pengundi muda khususnya dan masyarakat umum , amnya.

Pendekatan berdasarkan kaedah Faktor Rating digunapakai di dalam membuat analisa terhadap semua parti-parti politik utama di Malaysia. Empat piawai digunapakai di dalam menganalisa setiap parti politik  iaitu ;

a)      Konsisten
b)      Pembangunan Berterusan
c)       Kesejahteraan
d)      Pembetulan Dalaman

Ke-empat-empat  kriteria ini juga sudah mencukupi bagi memberi satu jawapan yang terperinci tentang apakah sumbangan sesebuah parti politik di Malaysia di dalam menjaga hak-hak serta kepentingan-kepentingan rakyat berbilang kaum, bangsa dan suku etnik di Malaysia ?

Satu ciri buku ini adalah selain daripada fakta-fakta yang dikemukakan, Debat Rakyat adalah bahagian dimana contoh-contoh senario berlatarbelakangkan kemelut politik semasa dikarang dalam bentuk skrip dimana terdapat perbincangan serta debat-debat antara penyokong-penyokong kerajaan dengan penyokong-penyokong pembangkang ditulis dengan gaya bersahaja agar diambil pelajaran dan pengajaran daripada Debat Rakyat ini.

---------------------------

Sebagai rakyat, kita bertanya, kenapa sebuah penerbitan yang sangat diperlukan dan begitu kemas dikarang oleh Dr Nik Abdul Rahman sehingga kini masih belum diedarkan kepada masayarakat umum ? Adakah Barisan Nasional takut kepada bayang-bayang sendiri ? 

Blog berharap, Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak segera memberi perhatian kepada buku ini dan melancarkan buku tersebut secepat mungkin agar rakyat tidak termakan dengan dakyah pembangkang yang semakin rancak menipu rakyat.




No comments:

Post a Comment