Thursday, 8 September 2011

Kenapa kita perlu menyokong Barisan Nasional

Kelebihan utama BN adalah pengalaman selama lebih 53tahun menerajui kepimpinan Negara memberikan satu pengalaman yang cukup serta matang di dalam menarajui kerajaan. Kerajaan perlu kepada menteri-menteri yang cekap serta berkebolehan untuk menerajui kementerian-kementerian secara efektif bagi membolehkan penumbuhan ekonomi serta pembangunan yang membawa kemakmuran kepada rakyat. Secara kesuluruhan BN telah memimpin Negara dengan jayanya dan meletakkan Malaysia di mata dunia. Sehinggakan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengaku bahawa Malaysia merupakan suatu ancaman kepada Singapura. BN telah berjaya mengagihkan kekayaan kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga di dalam senarai orang-orang terkaya di Malaysia 8 di antara 10 adalah orang-orang Cina. BN tidak pernah menindas mana-mana kaum di dalam sejarah pemerintahan selama 53tahun dan sentiasa bertolak ansur bagi mendapatkan muafakat antara kaum-kaum bagi menjamin kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Berikut adalah dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional semenjak tahun 1957 sehinggalah sekarang ;

Pradasar Ekonomi Baru  (1956-1970)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
Wawasan 2020
Model Ekonomi Baru (2010-2020)

Model Ekonomi Baru – MEB

Latarbelakang

1.       Model Ekonomi Baru (MEB) peringkat pertama diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada 30hb Mac 2010.
2.      MEB melibatkan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong transformasi dan untuk menggerakkan Malaysia ke arah menjadi negara maju.
3.       Bagi mencapai matlamat MEB , sistem lama haruslah digantikan dengan sistem baharu dalam pentadbiran kerajaan.

EMPAT TONGGAK TRANSFORMASI NEGARA

Pertama
1Malaysia
Slogan - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Matlamat - Pemeliharaan dan penigkatan perpaduan dalam kepelbagaian

Kedua
Program Transformasi Kerajaan (PTK) / GTP – Government Transformation Programme
Pelaksanaan - Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Matlamat – Penyampaian berkesan dalam perkhidmatan kerajaan

Ketiga
Program Transformasi Ekonomi (PTE) / ETP – Economic Transformation Programme
Pelaksanaan – Insisiatif Pembahruan Strategi
Matlamat – Berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan

Ke-empat
Rancangan Malaysia Kesepuluh    
Pelaksanaan – Sasaran Pertumbuhan makro ekonomi dan peruntukkan perbelanjaan
Matlamat – Kelancaran pelaksanaan program pembangunan kerajaan


Matlamat Model Ekonomi Baru
MEB yang berasaskan pendekatan holistik bagi menjamin kualiti hidup rakyat dan mencapai pembangunan ekonomi secara terus dalam jangka masa panjang melibatkan matlamat-matlamat seperti yang berikut ;

·         Berpendapatan tinggi
Sasaran – Mencapai USD 15’000-20’000 per.kapita
·         Keterangkuman
Sasaran – membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya
Kemampanan
Sasaran – Memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang

Ciri-Ciri Teras MEB

·         Berpandukan pasaran
Mengalakkan pertumbuhan ekonomi melalui produktiviti , berpandukan sektor swasta, berasaskan kelompok, industry dan firma yang berkemampuan teknologi tinggi
·         Tadbir urus yang rapi
Kerajaan akan menjadi fasilitator yang cekap menerusi rangka kerja kawal selia yang rapi, seimbang, fokus pasaran dan membantu pasaran. Memiliki kakitangan yang berkelayakan tinggi seperti dinamik, fleksibel dan sebagainya.
·         Berintegrasi serantau
Meluaskan pasaran melalui serantau dalam bidang perdagangan dan perkhidmatan serta melalui pembentukkan rantaian penawaran dan rangkaian pengeluaran rentas sempadan
·         Keushawanan
MEB akan menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keushawanan bagi memanfaatkan sebaik-baiknya pertumbuhan daripada pembiayaan yang sedia ada.
·         Inovatif
Memanfaatkan inovasi dan teknologi terkini bagi menjana produk, perkhidmatan dan proses kreatif yang memiliki nilai tambah yang tinggi dalam arena teknikal, sosial dan institusi.


No comments:

Post a Comment