Thursday, 8 September 2011

Laporan Berita – The Star / Jumaat 11hb Mac 2011 - 1 Malaysia sentiasa bersama kita

 Seramai 30 guru-guru, dahulu dan sekarang hadir di SRK Subang Jaya di SS14 sekarang dikenali sebagai SK Subang Jaya, menjayakan majlis jamuan minum teh baru-baru ini. Kami menghabiskan masa selama 3 jam bersama, berbual-bual dan menikmati juadah yang dihidangkan kepada kami. Sebahagian daripada kami tidak bertemu antara satu sama lain untuk satu  jangka waktu yang lama. Banyak yang perlu kami luahkan antara satu sama lain.

Sebagai seorang bekas Guru Besar sekolah tersebut, saya telah dijemput sebagai tetamu. Bukan sahaja saya berasa terhormat malah bersyukur dapat bersama-sama mereka yang bekerja dengan saya pada tahuan 80an bagi menjadikan sekolah kami antara sekolah yang terbaik di Selangor.

Saya tidak bertemu dengan rakan sejawat saya selama lebih dari 15 tahun tetapi sikap ramah dan sejahtera antara kami tidak berkurangan sedikitpun. Jabat tangan serta peluk-memeluk antara kami menunjukkan keakraban yang tidak pernah luntur. Kami bermesra antara satu sama lain dan bergembira dengan persahabatan kami ini.

Gelak tawa serta jenaka-jenaka kecil silih berganti antara kami bagaikan sebuah sungai yang tidak putus alirannya. Cikgu-cikgu yang pernah bekerja dengan saya tanpa mengira penat atau lelah, mengusik saya mengenangkan telatah-telatah saya semasa menjadi Guru Besar.

Mereka semua tidak pernah mengendahkan walaupun saya amat keras dalam urusan kerja ketika mereka bersama-sama saya dulu. Dalam semua kajadian yang berlaku petang tersebut, satu perkara penting yang jelas diantara kami. Kasih sayang dan persefahaman yang kami jalinkan di dalam perhubungan kami menjadi lambang persahabatan kami. Ianya adalah adalah kasih sayang dan persefahaman yang kami rasai diantara kami walaupun berlainan bangsa dan agama serta berlainan pegangan politik yang mungkin memisahkan kami. Namun semua itu tidak menjadi hal antara kami.

Kami merupakan satu pakatan manusia yang bersatu bukan sahaja benar diantara 30 orang yang hadir di majlis ini tetapi meliputi seluruh warga kerja SK Subang Jaya dan ribuan murid-murid yang masuk dan keluar dari sekolah tersebut. Malah bekas-bekas murid sekolah ini telah mengadakan Pertemuan Bekas-Bekas Murid SK Subang Jaya (alumni) dan saya percaya usaha ini akan memantapkan lagi usaha menjadikan 1Malaysia sebuah realiti.

Saya seorang wargaemas tetapi tidaklah se-tua pemimpin-pemimpin lama kita tetapi saya sedar dan yakin bahwa 1Malaysia bersama-sama kami semenjak sekian lama.  Ini bukanlah perkara baru. Pepecahan kaum berlaku atas sebab-sebab yang diketahui oleh mereka yang menyebabkan perpecahan tersebut. Janganlah kita ditipu bahwasanya kita tidak bersatu oleh pihak-pihak tertentu. Kita sebenarnya satu and akan senantiasa bersatu walau apa pun yang terjadi sekalipun. Semoga Tuhan merahmati Malaysia dan rakyatnya “.

Penyokong 1 Malaysia

G.J.R
Klang.
 The Star – m/s N66 – Pandangan Umum / Jumaat / 11hb March 2011

No comments:

Post a Comment