Wednesday, 23 November 2011

Bencana daripada Barisan Alternatif - Pakatan Rakyat !

Apakah yang akan berlaku jika BARISAN ALTERNATIF Pakatan Rakyat dibenarkan memerintah MALAYSIA? Apakah bencana-bencana yang bakal menimpa Malaysia jika sekiranya BARISAN ALTERNATIF Pakatan Rakyat dibenarkan memerintah Malaysia? PAS dengan berkonsepkan “sahsiah syariah” bersetuju bekerjasama dengan DAP atas pujukan PKR bagi tujuan menghadapi Barisan Nasional. PAS adalah sebuah parti ISLAM yang pada asalnya berpegang pada konsep NEGARA ISLAM, adalah sebuah parti yang disokong oleh orang-orang Melayu yang inginkan Malaysia menjadi sebuah Negara ISLAM dan orang-orang CINA dan INDIA diharap menerima NEGARA ISLAM PAS ini. 

Manakala orang CINA dan INDIA di dalam DAP, adalah sebuah parti yang mengharapkan HAK SAMA RATA dan SAMA RASA dan tidak menerima apa-apa unsur perkauman serta agama sebagai teras kepada perjuangan politik. PKR pula adalah sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan terhadap seorang tokoh politik yang telah jatuh daripada kancah arena politik perdana kerana “IKUT RASA , BINASA” !. Tiga resipi ini jika digabungkan, maka akan tercetuslah satu perbalahan yang bukan sahaja melibatkan rusuhan bangsa tetapi, rusuhan berasaskan agama juga akan berlaku.

Pada pilihanraya Sarawak kita mula nampak keretakan gabungan Pakatan Rakyat di mana DAP dan PKR telah mula tidak bersetuju dengan calon-calon yang diletakkan di Sarawak. Jika dibenarkan memerintah Malaysia maka retak ini akan membawa padah kepada pentadbiran negara Malaysia jika tiba-tiba Pakatan Rakyat berpecah belah. Kerajaan Persekutuan akan menjadi lemah dan tidak dapat mentadbir semua negeri-negeri dengan baik. Kerajaan Persekutuan yang lemah akan dicabar oleh pelbagai pihak yang akan mengambil kesempatan daripada perpecahan gabungan Pakatan Rakyat.

Kita ambil contoh masaalah yang berlaku di Selangor. Pendekatan PAS, DAP dan PKR nyata berbeza sambil ada pihak-pihak atas sebab tekanan dari penyokong masing-masing cuba untuk menunaikan janji-janji kepada pengundi-pengundi telah mula mengkritik cara-cara serta tindakan-tindakan satu sama lain. Disini kita nampak jelas retak dan betapa tidak bersefahaman Pakatan Rakyat di Selangor.


SHAH ALAM, 7 April 2011 – Umum dikejutkan dengan pendedahan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada dari 2008 sehingga 2011, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan di sidang DUN Selangor baru-baru ini.
(Ini adalah statistik ketika Pakatan Rakyat memerintah Selangor)

 “Ia melibatkan masa depan anak bangsa.  Menurut Datuk Hassan Ali, masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah ‘sangat besar’ dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.

Dalam masa yang sama tegas beliau percambahan pusat-pusat urut di negeri Selangor sejak akhir-akhir ini juga boleh menyumbang kepada masalah sosial ini.

“Bukan itu sahaja, tidak dinafikan hotel-hotel bajet juga nampaknya sudah mula kelihatan di bandar-bandar besar di Selangor seperti Shah Alam, Kota Damansara, Petaling Jaya, Rawang selain bandar-bandar pinggiran seperti Kuala Selangor, Kuala Langat dan beberapapa kawasan lain.

“Untuk rekod, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan pencegahan dengan pegawai penguatkuasanya jika mengikut nisbah adalah satu berbanding 25,000 orang maka penambahan pegawai penguatkuasa JAIS diperlukan berhubung perkara itu”, ujarnya. Sehubungan dengan itu, beliau berharap kerajaan negeri Selangor mengambil langkah segera untuk menambah kakitangan penguatkuasa di JAIS bagi memboleh lebih banyak operasi penguatkuasaan dibuat.
.......................................

Di Pulau-Pinang, ternyata kerajaan negeri telah tidak bijak didalam menghadapi isu penutupan gerai-gerai Melayu dan beberapa isu perkauman seperti tindakan penguakuasaan Adun Komtar telah mencemarkan kredibiliti CAT Kerajaan negeri P.Pinang.

Ketua Menteri – Lim guan Eng juga telah dicabar oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri , Saudara IR Sheikh pada 7hb Mei 2011 berkenaan isu 5 kupang Sungai Nyior, Butterworth yang tidak dapat dimansuhkan sepertimana janji DAP dalam Manifesto Pilihanraya tetapi telah membelanjakan RM 5 juta duit rakyat untk membuat laluan pintas yang ternyata tidak berkesan. Apabila dipersoalkan, Lim Guan Eng dan Adun DAP Bagan Jermal melenting seolah-olah tindakan mereka tidak boleh diulas. 

Ini adalah kepimpinan authoritarian dan perkara yang paling memalukan berlaku apabila Lim Guan Eng tidak dapat menjawab soalan Ketua Pemuda UMNO Negeri P.Pinang – Saudara IR Sheikh apabila berkenaan mesyuarat paderi-paderi di Pulau-Pinang yang mahu menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia. Ternyata kepimpinan Lim Guan Eng sangat lemah apabila beliau mengelak daripada menjawab soalan tersebut. Dulu beliau bukan main lantang mempertikaikan polisi-polisi Barisan Nasional tetapi setelah mengambil alih kerajaan negeri P.Pinang maka beliau terpaksa memakan paku buah keras. Bukan senang nak jadi pemimpin dan member kepuasan kepada semua orang.

Di sini kita nampak dengan jelas bahwa DAP /PAS dan PKR tidak berjaya menguruskan perihal harmoni perkauman di Malaysia kerana Pakatan Rakyat tidak member kepentingan kepada hak-hak serta kepentingan-kepentingan kaum dan bangsa di Malaysia. Pakatan Rakyat cuba menipu rakyat untuk tidak menuntut hak kaum masing-masing tetapi pada masa yang sama mempolitikkan isu-isu perkauman di belakang tabir. Inilah yang akan menjadi punca perbalahan dan pergaduhan antara kaum yang mana akan menyebabkan Malaysia menjadi huru-hara. PKR dengan rekod demonstrasi jalanan Reformasi dan Pakatan Rakyat yang menyokong HINDRAF adalah resipi time bomb yang hanya menunggu masa akan meletup jika rakyat tidak peka dengan politik perkauman dan politik benci membenci yang dianjurkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment