Wednesday, 23 November 2011

Kajian terhadap DAP - Parti Politik yang bakal menyebabkan rusuhan kaum di Malaysia !

DAP
Kesejahteraan – 10% Markah

DAP tidak dapat membawa kesejahteraan antara kaum di Malaysia kerana antara parti yang bertanggung-jawab menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 adalah DAP. Dr Goh Cheng Teik seorang bekas ahli politik dan Professor di Sunway University College di dalam bukunya bertajuk – Election Setbacks in Malaysia – 1969 and 2008 pada mukasurat 9 dan 10 menjelaskan antara lain –

Pada 11hb Mei 1969  Ahad pada jam 5 petang, sebuah perarakkan lima buah kereta dan 15 motorsikal diketuai oleh Goh Hock Guan daripada DAP memasuki Brickfields dan melewati balai polis Brickfields sambil menjerit – “apa polis boleh buat – kita raja” dan “buang semua polis Melayu”. Pada jam 10malam pada hari yang sama kumpulan DAP yang berlainan dalam satu perarakkan melalui Travers Road dan melewati balai polis Travers Road menjerit “mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Ini adalah antara insiden yang telah menyebabkan orang-orang Melayu menjadi marah dan pada 13hb Mei 1969 berlakulah rusuhan kaum yang terburuk pernah berlaku di Malaysia. DAP tidak sensitive kepada kepentingan serta hak-hak orang-orang Melayu serta Bumiputera di Malaysia kerana ideologi Sosialisma yang diamalkan mementingkan hak sama rata tanpa mengira latar belakang kaum di Malaysia ini. Malaysia dan orang-orang Melayu dan Bumiputera lain di Sabah dan Sarawak telah berada di Tanah Melayu seawal pemerintahan kerajaan Majapahit atau sebelum daripada itu. Orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak adalah bangsa pribumi Tanah Melayu serta Sabah dan Sarawak. Raja-raja Melayu memerintah Tanah Melayu sebelum British  mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu atas persetujuan Raja-Raja Melayu. Jadi hak-hak serta kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera haruslah diakui DAP yang hanya sebuah parti politik yang ditubuhkan pada tahun 1966. Jika DAP tidak dapat menerima fakta sejarah ini dan terus memainkan sentimen hak saksama , maka politik Malaysia tidak akan menjadi stabil kerana perjuangan politik DAP akan mendapat tentangan daripada seluruh masyarakat orang-orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia.


Terbaru - sikap ADUN DAP yang membenarkan hakikat catatan blog ini - klik di link di bawah..


http://bigdogdotcom.wordpress.com/2011/11/23/adun-sg-pinang-tunjuk-sifat-chauvinis-cina-dikhalayak/

No comments:

Post a Comment