Saturday, 26 November 2011

Kajian terhadap Gerakan - Sebuah parti diasaskan untuk intelektual !

Gerakan
Konsisten – 90% Markah

Parti Gerakan Rakyat Malaysia ditubuhkan pada 24hb Mac 1968. Gerakan ditubuhkan bagi menghidupkan semula Parti Buruh yang telah terkubur dalam arena politik Malaya ketika itu. Pada asalnya Parti Gerakan adalah sebuah parti Pembangkang yang begitu aktif di Pulau-Pinang dan Selangor. Ahli-ahlinya terdiri daripada para cendiakwan dan ahli akademik. Gerakan adalah sebuah parti yang memiliki ahli-ahli yang berkaliber dalam bidang akademik. Hala tujunya pada permulaan adalah untuk membanteras ketidak-adilan sosial serta mengurangkan hak-hak keistimewaan Bumiputera sepertimana yang termakub dalam Akta 153 Perlembagaan Persekutuan.

Pada tahun 1969 Gerakan telah menang besar dalam pilihanraya Malaysia dengan memenangi banyak kerusi terutama di P.Pinang dan Selangor. Perarakan kemenangan Gerakan di Selangor telah menyebabkan orang-orang Melayu menjadi marah maka berlakulah peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pada tahun 1973, setelah Malaysia ditadbir dibawah National Operations Council pimpinan Tun Abdul Razak semenjak dari tahun 1969, Gerakan telah menyertai Barisan Nasional dan telah diberi mandat memerintah kerajaan negeri P.Pinang. Semenjak dari tahun 1973, Gerakan telah menjadi rakan setia di dalam Barisan Nasional dengan pencapaian paling cemerlang Ketua Menteri P.Pinang Tun Dr Lim Chong Eu yang telah berjasa membangunkan P.Pinang menjadi sebuah pulau bandaraya yang gemilang dengan bantuan daripada Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment