Friday, 25 November 2011

Kajian terhadap MCA - Parti Liberal Cina yang paling berjasa !

MCA

Konsisten – 96% Markah

MCA ditubuhkan pada 27hb Februari 1949, dengan tujuan utama menyelamatkan orang-orang Cina daripada dihantar pulang ke China oleh pihak penguasa British ketika itu. Selepas pengunduran tentera Jepun daripada Malaya, ramai orang-orang Cina terlibat dengan ideologi komunis dan turut serta di dalam perjuangan Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng. 

Pada masa Malaya berada dibawah jajahan Jepun, orang-orang Cina telah ditindas oleh tentera Jepun. Sebagai menentang penindasan tentera Jepun, orang-orang Cina di Malaya telah menubuhkan MPAJA – Malayan People Against Japanese Army yang merupakan sebahagian daripada Parti Komunis Malaya atau MCP (Malayan Communist Party). 

Selepas Jepun tewas dalam Perang Dunia Kedua, maka MPAJA telah dimansuhkan dan semua ahli-ahlinya menyertai Parti Komunis Malaya dan menentang penguasa British dengan mengadakan perang guerrilla terhadap tentera British. Pihak British mengambil tindakan dengan menangkap orang-orang Cina yang menyokong gerakan komunis. 

Ada yang ditembak mati dan ada yang dihantar pulang ke China. Di dalam kegawatan ini, disebabkan orang-orang Cina adalah kaum yang paling ramai menyertai gerakan komunis secara langsung atau tidak langsung, maka tentera British  mengambil tindakan untuk  mengadakan sekatan ke atas orang-orang Cina.  Disebabkan penyokong-penyokong rata-rata adalah orang-orang Cina maka ini telah membawa kemudaratan ke atas orang-orang Cina lain di Malaya. Kampung-Kampung Baru atau (New Villages) telah dinaikkan khusus untuk orang-orang Cina seperti kem-kem tahanan bagi menyekat sokongan makanan dan ubat-ubatan kepada pengganas komunis yang diberikan oleh penduduk kampung dari kalangan orang-orang Cina yang tinggal  berdekatan dengan pintu-pintu masuk di pinggir-pinggir hutan. 

Mereka semua telah dipindahkan ke penempatan yang dikenali sebagai Kampung Baru dan semua urusan keluar masuk dari dan ke Kampung Baru ini dikawal sepenuhnya oleh tentera British. Maka di dalam kegawatan inilah, Tun Sir Tan Cheng Lok telah menubuhkan Malaysian Chinese Association atau MCA pada 27hb Februari 1949.

Semenjak ditubuhkan , MCA sangat-sangat konsisten didalam memperjuang hak-hak serta kepentingan-kepentingan orang-orang Cina di Malaya pada ketika itu dan Malaysia hari ini. MCA telah menubuhkan sekolah-sekolah Kebangsaan aliran Cina untuk orang-orang Cina di Malaya/Malaysia sejak daripada tahun 1949 lagi.  Semasa orang-orang Cina ditempatkan di Kampung-Kampung Baru, MCA dibawah kepimpinan Tun Sir Tan Cheng Lok telah berusaha bersama ahli-ahli jawatankuasa MCA yang lain bagi mendapatkan bekalan air serta elektrik untuk orang-orang Cina di Kampung Baru. MCA juga telah menguruskan perpustakaan awam untuk orang-orang Cina bagi memastikan pendidikan kepada anak-anak orang-orang Cina tidak terabai. 

Semenjak daripada permulaan tersebut pada tahun 1949 , sehinggalah sekarang, MCA sangat-sangat konsisten di dalam memperjuangkan hak-hak serta kepentingan-kepentingan orang-orang Cina sehingga tertubuhnya MCA Public Complaints Bureau dibawah kepimpinan Datuk Michael Chong yang telah berjaya menyelesaikan banyak kes-kes aduan rakyat bukan sahaja daripada orang-orang Cina malah meliputi keseluruhan kaum di Malaysia. Semenjak ditubuhkan, MCA tidak pernah mengabaikan tanggung-jawab di dalam memperjuangkan hak-hak serta kepentingan-kepentingan orang-orang Cina di Malaysia.

Diantara objektif-objektif MCA yang menjadikan-nya begitu konsisten adalah ;
  • Melindungi serta Mempertahankan Kemerdekaan dan Kedaulatan Malaysia ;
  • Melindungi serta Menyanjung Perlembagaan Malaysia ;
  • Menyanjung dan Mempertahankan Demokrasi Berparlimen serta Kerajaan yang Mewakili Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia.
  • Memperolehi serta Mengekalkan Hak-Hak Kemanusiaan, Pembetulan Ketidak-adilan serta Bantuan kepada yang Kurang Berupaya.;
  • Memastikan Perakuan serta Mengekalkan Hak serta Kepentingan Sah warga Malaysia Berketurunan Cina dan juga Hak serta Kepentingan kaum-kaum lain di Malaysia sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia ;
  • Mengekalkan, Mempertingkatkan serta Memantapkan sangka baik dan harmoni  antara warga-warga  Malaysia yang berlainan bangsa bagi memastikan keamanan serta pembangunan sebuah negara yang kuat dan bersatu;
  • Mengekalkan, Mempertingkatkan serta Memantapkan kepentingan politik, sosial, pendidikan , kebudayaan, ekonomi serta  Kepentingan lain warga Malaysia Berketurunan Cina dengan cara yang sah setara dengan perlembagaan Malaysia ;
  • Mempertimbangkan, Membantu dan Menguruskan masaalah yang dihadapi oleh ahli-ahli dan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya bagi kebajikan dan pembangunan mereka ;
  • Mempromosikan pembangunan dan penggunaan aset-aset ekonomi negara bagi kebaikan warganegara keseluruhan ;
  • Bekerja untuk Mempromosikan Kualiti Gaya Hidup yang Tinggi dengan Meningkatkan Pengeluaran Negara. 
  • Mempromosikan dan Mengekalkan Keadilan Sosial , Kestabilan Ekonomi serta Peluang yang Saksama untuk semua Warga Malaysia ;
  • Menggalakkan , Menubuhkan serta Membangunkan aktiviti-aktiviti kerjasama ;
  • Bekerjasama dengan organisasi politik lain yang mempunyai matlamat yang sama yang berdaftar di Malaysia bagi menggalakkan pertumbuhan sihat politik kepartian ;
  • Mengekalkan penggunaan dan pembelajaran Bahasa Cina serta memastikan penggunaan , pembelajaran dan pengajaran bahasa tersebut tidak dihalang sejajar dengan Artikel 152 Perlembagaan Malaysia ;

1 comment:

  1. Dlu dalam buku saya baca - UMNO zaman tunku dulu terima fund dari MCA untuk biayai pilihanraya awal dulu.

    Since Tunku sendiri peramah dan banyak networking, sebab tu mudah dapat bantuan dari kawan-kawan.

    ReplyDelete