Saturday, 26 November 2011

Kajian terhadap MIC - Wakil Politik Kaum India Paling Berpengalaman !

MIC

Pembangunan Berterusan – 95% Markah

Memang diperakui bahwa struktur ekonomi orang-orang India di Malaysia duduk di tangga ketiga selepas orang-orang Cina dan India. Namun jika diimbas kembali keadaan ekonomi orang-orang India 57 tahun lalu, maka kita akan dapati bahwa , banyak perubahan telah berlaku semenjak tahun 1957 sehingga sekarang. 

MIC telah bertanggung-jawap menubuhkan National Land Finance Cooperative Society pada tahun 1957 yang telah memainkan peranan membeli tanah-tanah estet bagi pihak orang-orang India yang telah diberhentikan kerja setelah majikan-majikan Inggeris menjual tanah-tanah estet mereka selepas kemerdekaan Malaya. 

Sekarang, NLFCS telah memiliki lebih daripada 35’000 ekar tanah-tanah estet untuk diusahakan oleh orang-orang India. Selain daripada pemilikan tanah, MIC juga bertanggung-jawab di dalam menubuhkan MIED - Maju Institute of Education Development yang telah memberi biasiswa kepada lebih daripada 10’000 pelajar India dalam jangkamasa 20 tahun yang bernilai lebih daripada RM 60 juta ringgit. Di bawah pentadbiran MIC, pendapatan kasar isi rumah orang-orang India pada kadar RM 228.00 sebulan pada tahun 1957 kepada RM 3’456.00 sebulan pada tahun 2004. 

Dibawah usaha-usaha yang dikelolakan oleh MIC, tahap miskin tegar dikalangan orang-orang India telah menurun daripada tahap 39.2% dalam tahun 1970 kepada hanya 1.9% dalam tahun 2002. Semua ini menjadi penanda aras yang telah menjadi kayu ukur kepada usaha-usaha MIC memperjuangkan hak-hak serta kepentingan orang-orang India dengan sokongan dan bantuan kerajaan Barisan Nasional.   

No comments:

Post a Comment