Monday, 21 November 2011

Kajian terhadap Parti Keadilan Rakyat - Parti Politik yang paling tidak konsisten !

Parti Keadilan Rakyat - PKR

Konsisten – 15% Markah

Angkut angkut terbang ke langit
Sampai di langit di makan merbah
Biar bertangkup bumi dan langit
Setia hamba tidak berubah

Jika ditanya pantun ini, siapa tukang karutnya ? Jarang ada orang yang boleh ingat. Tidak ada siapa yang akan menduga bahwa ahli pantun ini akan berubah walaupun langit dan bumi belum bertangkup.  Di Perhimpunan Agung UMNO tahun 1996, pantun keramat ini diungkap dan diucap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sahaja dia melanggar pantun yang dikarangnya sendiri malah beliau telah melanggar adat serta budaya UMNO itu sendiri dengan mengkhianati bukan sahaja Presiden UMNO tetapi beliau melanggar tradisi UMNO kerana dalam hati Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau bukanlah berjuang untuk kepentingan orang-orang Melayu melalui UMNO tetapi beliau berpura-pura berjuang untuk kepentingan orang-orang Melayu melalui UMNO untuk kepentingan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dalam bahasa Inggeris, kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dirumuskan begini “ As for Anwar Ibrahim, he fooled all UMNO members as no one saw what was coming next and it all boiled down to betrayal of the highest order when Anwar was caught with his pants down ! No one in UMNO expected immorality issues of the worst kind coming from Datuk Seri Anwar Ibrahim . He came in to UMNO as an angel but left like a devil incarnate. “

Perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dengan di-REFORMASI –kan Malaysia untuk menjadikan beliau  Perdana Menteri Malaysia. Ini amat jelas dari segi penubuhan Parti Keadilan Rakyat pada tahun 1999 adalah kerana Anwar Ibrahim tidak puas hati beliau telah dibuang daripada UMNO dan dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Perjuangan Anwar Ibrahim bermula dari saat itu. Beliau berpura-pura menipu rakyat untuk berjuang atas prinsip keadilan untuk rakyat. Jika beliau tidak dibuang daripada UMNO dan terus menjadi Perdana Menteri maka apa sahaja sistem yang ada akan digunakan oleh beliau sendiri untuk mentadbir Malaysia. Anwar Ibrahim sebenarnya tersilap langkah di dalam percaturan politik beliau apabila beliau cuba mempertikaikan cara-cara pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kerana terpengaruh dengan “inner circle” beliau dari dalam dan luar negara supaya mencabar kepimpinan Tun Dr Mahathir dengan cara yang rakus dengan menuduh Tun Dr Mahathir mengamalkan nepotisma dan kronisma. 


Anwar Ibrahim di dalam kareer politik beliau telah mempunyai terlalu ramai musuh politik kerana beliau naik begitu cepat sekali dalam hieraki UMNO. Akhirnya beliau kecundang kerana untuk mencabar kepimpinan Tun Dr Mahathir, Anwar Ibrahim haruslah mempastikan bahwa beliau mengepung pekungnya sendiri.  Anwar Ibrahim umpama meludah ke langit apabila Tun Dr Mahathir mendedahkan ahli keluarga serta sahabat rapat beliau  yang mendapat habuan daripada kedudukan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. 


Dari aspek konsisten, tidaklah begitu jelas kerana parti politik PKR lebih bersifat peribadi dan esklusif milik keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemilihan kepimpinan PKR seakan-akan telah direncanakan dimana Wan Azizah, Azmin Ali dan Nurul Izzah serta orang-orang rapat dengan Anwar diberi tempat dalam Majlis Tertinggi PKR. Perjuangan PKR dapat dilihat dengan jelas adalah cubaan untuk merampas kuasa daripada UMNO dan BN supaya cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. Dahulu , Anwar Ibrahim hanya gilakan kuasa sebagai seorang Perdana Menteri tetapi sekarang ini beliau perlu menjadi Perdana Menteri supaya segala keputusan mengenai beliau yang sedang dibicarakan atau sudah djatuhkan hukum akan disemak semual dan akan pasti diubah supaya imej Islam Anwar Ibrahim dapat dibersihkan. Jadi untuk tujuan tersebut Parti Keadilan Rakyat berpura-pura berselindung disebalik tabir perjuangan bertema Ketuanan Rakyat dan Keadilan untuk Rakyat tetapi intisari sebenar adalah perjuangan untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Anwar Ibrahim menggunakan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia untuk berjuang habis habisan bagi dirinya. Tidak ada konsistensi untuk kepentingan rakyat dalam perjuangan PKR. Banyak masa telah terbuang dengan naik turun Mahkamah membincangkan hal berkenaan Liwat 1 , Salah-guna kuasa ke atas Ummi Hafilda, Liwat 2, DNA dan Lelaki Y, Sumpah Masjid Liwat 2, Video Seks Datuk T , Jam Omega, Mubahilah dan Qazaf. Ini sebenarnya adalah masaalah peribadi Anwar Ibrahim yang sebenarnya tidak ada kena mengena dengan perjuangan kepentingan rakyat. Anwar Ibrahim sepatutnya tidak melibatkan orang awam, jentera PKR untuk tujuan peribadi ini. 


Ini adalah sebenarnya salahguna jentera parti PKR itu sendiri. Kerajaan Negeri Selangor pulak memperuntukkan tempat dan wang rakyat bagi mengadakan Solat Hajat Perdana semata-mata untuk Anwar Ibrahim. Semua ini adalah satu teater Sandiwara Pakatan Rakyat yang cuba menegakkan benang yang basah semata-mata untuk kepentingan satu individu. Inilah pembaziran kuasa politik serta satu bentuk penipuan politik yang dahsyat yang pernah kita lihat dalam sejarah politik Malaysia.

No comments:

Post a Comment