Wednesday, 23 November 2011

Kajian terhadap parti-parti Komponen BN di Sarawak - Peneraju Pembangunan

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - PBB
Sarawak United People’s Party - SUPP
Parti Rakyat Sarawak - PRS
Sarawak Progressive Democratic Party - SPDP

Pembangunan Berterusan – 97% Markah

Parti-parti komponen BN yang menerajui  kerajaan Sarawak telah berusaha keras dalam mengatasi kadar kemiskinan di luar bandar. Keadaan mukabumi Sarawak serta saiz negeri yang besar dimana hampir 5,000 rumah panjang terletak berjauhan antara jarak 30-50 batu dengan penduduk tidak melebihi 100 keluarga tidak menjadi penghalang bagi  kerajaan negeri untuk mengimbangkan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar, terutamnya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan penduduk bandar dan luar bandar. Program pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan oleh parti-parti komponen BN yang menerajui  kerajaan di Sarawak telah menghasilkan pembangunan yang mendadak dalam meningkatkan kualiti hidup penduduk Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

Pendapatan Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah mencecah melebihi RM 29 billion selepas daripada tahun 1999 dan ianya meningkat setiap tahun sehingga sekarang.  Kadar pembangunan peratusan tahunan unjuran KDNK Sarawak adalah 9.7% , diantara kadar KDNK yang paling tinggi di Malaysia. Sarawak dilaporkan negeri ke-3 terbaik dari segi pembangunan di Malaysia berbanding dengan lain-lain negeri. Pembangunan dan perubahan besar dalam landskap sosial dan ekonomi masyarakat luar bandar Sarawak, terutamanya kaum Dayak, jelas menunjukkan kejayaan besar strategi dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama dan bantuan kerajaan Persekutuan.

Kerajaan negeri  juga didapati menjalankan pelbagai program untuk mendidik penduduk luar bandar dalam konteks kesihatan, penyediaaan makanan dan peraturan kesihatan atau sanitation. Program ‘ Sejahtera Task Force (STF) yang meliputi 3 agensi kerajaan, iaitu Jabatan Pertanian, Kesihatan dan Pendidikan , telah berusaha mengatasi masalah kemiskinan dan kekurangan zat makanan di kalangan penduduk yang tinggal di tebing-tebing sungai di Sarawak.

Projek ‘Applied Food & Nutrition Project (AFNP)’ juga dijalankan untuk menyedarkan kumpulan masyarakat di luar bandar terhadap penyediaan makanan yang berzat dan peraturan kesihatan baik . Dengan strategi dan peruntukan yang besar yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Sarawak untuk pembangunan luar bandar, kadar kemiskinan telah dikurangkan daripada 64.4 % pada tahun 1976, 37.3 % pada tahun 1984 dan 29 % pada tahun 1987 dan  kurang daripada 7 % pada masa sekarang. Ketua Menteri Sarawak Pehin Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud , dilaporkan menyalurkan hampir 40 % peruntukan badjet negeri untuk pembangunan sektor luar bandar berbanding 18.7 % untuk pembangunan sektor bandar .

Sehubungan ini, kerajaan Persekutuan dan negeri Sarawak telah merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan pendapatan di kalangan 2.5 juta penduduk luar bandar Sarawak, terutamanya dikalangan golongan yang dikenalpasti sebagai kumpulan miskin tegar. Malah kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Program ‘Income Raising Programme’ dengan peruntukan RM115.64 juta (RMK9) untuk meningkatkan pendapatan bulanan kumpulan tersasar di Sarawak dan Sabah.

Parti-parti komponen BN yang menerajui  kerajaan Sarawak juga telah memperuntukkan sejumlah RM37.79 juta untuk melaksanakan program latihan kemahiran melalui “Skill and Career Training Programme” bagi golongan sasar, terutamanya daripada kumpulan miskin tegar. Tambah lagi, peruntukan sejumlah RM682.44 juta juga dilaporkan telah dikhaskan melalui “Housing Aid Programme” untuk membina 24,221 unit rumah di Sarawak dalam jangka masa 2 tahun (2010- 2012 ) . Kerajaan dibawah konsep Projek Lonjakan Mega yang bertersakan konsep ‘agropolitan’ telah melaksanakan strategi pembangunan tanah berintegrasi untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi di kawasan yang dikenalpasti sebagai kawasan yang didiamin oleh kumpulan miskin tegar.

Sementara itu, dibawah kepimpinan kerajaan negeri Sarawak ,  beberapa strategi dan program untuk membangunkan masyarakat luar bandar di seluruh Sarawak telah dirancang dan ada yang telah pun dilaksanakan berperingkat-peringkat secara aktif. Antaranya, pembinaan 2819 km di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk.  Kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sarawak untuk membolehkan mereka membuat pertanian secara bersepadu.

Bekalan elektrik yang disediakan di Sarawak melebihi 89% (2010). Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 76,000 buah rumah di Sarawak. · Bekalan Air yang disediakan di Sarawak meliputi melebihi  88% (2010). Air bersih akan disalurkan ke hampir 95% untuk penduduk di luar Bandar di Sarawak.  
Beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan yang telah diwujudkan menunjukkan pendidikan menjadi keutamaan penting Sarawak dalam mempromosikan wawasan bagi merealisasikan ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara institusi pengajian tinggi itu adalah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Teknologi MARA (UiTM), Universiti Tunku Abdul Razak (UNITAR), Swinburne Institute of Technology University (kampus induk di Melbourne, Australia), Curtin University, Miri (kampus induk di Perth, Australia) dan Universiti Putra Malaysia, Bintulu.

Parti-parti komponen BN yang menerajui  kerajaan Sarawak  berkomited untuk meningkatkan punca pendapatan isi rumah 40% terendah tanpa mengira kaum,latarbelakang atau lokasi melalaui program bina pendapatan dan bina upaya kumpulan kurang bernasib baik. Pendapatan per.kapita bagi Sarawak sekarang ini adalah RM 30’318.00. Berdasarkan angka itu, ia jelas menunjukkan bahawa Sarawak memainkan peranan penting dalam memastikan sumbangan dalam meraih kisah kejayaan transformasi Malaysia dan yang demikian, kerajaan negeri  telah memberi tumpuan dan berusaha gigih membangunkan negeri itu.

Selain itu, Parti-parti komponen BN yang menerajui  kerajaan Sarawak telah melancarkan projek pembangunan SCORE atau The Sarawak Corridor of Renewable Energy, yang menumpukan kepada pembangunan industri oleh pelabur dalam negeri dan luar negara. Projek ini dijangka akan membuka pelbagai peluang ekonomi, perdagangan dan pekerjaan kepada rakyat Sarawak dalam meningkatkan pendapatan mereka menjelang tahun 2020.

Sembilan teras yang ditekankan dalam manifesto Barisan Nasional dalam pilihanraya raya Sarawak 2011  jelas menunjukkan kerajaan negeri Sarawak serius dan komited untuk membantu penduduk Sarawak. Satu wawasan berani adalah untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi sebuah negeri terkaya di Malaysia. Teras utama lain adalah memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik; memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum; menyediakan peluang pekerjaan untuk semua; menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua; menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak; menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara; meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik; dan memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.










No comments:

Post a Comment