Wednesday, 30 November 2011

Kajian Terhadap - Parti-parti Komponen BN Sabah.


Parti-parti  BN – Sabah
UMNO
Parti Bersatu Sabah (PBS)
United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO)
Liberal Democratic Party (LDP)
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)

Pembangunan Berterusan – 97% Markah

Atas usaha-usaha menstabilkan politik Sabah, di bawah kepimpinan Barisan Nasional, Sabah telah berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Daripada GDP hanya RM 400 juta dalam tahun 1963, Sabah telah mencapai tahap ekonomi yang memberangsangkan dimana pada tahun 2006 telah mencapai unjuran GDP atau KDNK sebanyak RM 26.6 billion. 

Kestabilan politik telah menjamin masa hadapan Sabah di bawah pentadbiran parti-parti BN yang menerajui kerajaan negeri Sabah. Perancangan masa hadapan dapat dilaksanakan dengan berkesan sekiranya mandat pentadbiran kerajaan negeri diberikan kepada Barisan Nasional. Setakat ini, rakyat Sabah sedar dan faham bahwa hanya dengan kestabilan politik yang mantap beserta perpaduan rakyat yang jitu, Sabah dapat bergerak ke hadapan selaras dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Unjuran perkembangan peratusan (%) KDNK atau GDP negeri Sabah untuk sessi ekonomi 2010-2011 telah berkembang melebihi 7%.  Kerajaan negeri Sabah, terbaru pada belanjawan 2011 telah memperuntukkan lebih daripada RM 660 juta untuk infrastruktur luar bandar. Sebanyak 21% daripada belanjawan negeri diperuntukkan untuk infrastruktur luar bandar. Perangkaan ini menunjukkan bahwa Sabah telah ditadbir secara berkesan oleh kerajaan negeri yang diwakili oleh komponen parti-parti Barisan Nasional telah menjalankan program-program pembangunan yang menguntungkan rakyat negeri Sabah.



Petikan UMNO Online - BN Adalah Untuk Rakyat Sabah

SANDAKAN, 1 Nov – 2010

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said menolak tanggapan bahawa Barisan Nasional (BN) Negeri tidak begitu lantang dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dan negeri itu. Sebaliknya, katanya, selama ini BN negeri sentiasa memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah dalam semua aspek termasuk pembangunan infrastruktur dan pendidikan.


“Perbezaannya adalah pendekatan kita kepada kerajaan pusat lebih kepada rundingan atau menerusi kerjasama dan bukan bercorak konfrontasi,” katanya kepada Bernama selepas berkempen untuk calon BN Datin Linda Tsen pada sesi bertemu rakyat di Kampung Bambangan, dekat sini, hari ini.

Oleh itu, Salleh, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, menggesa pengundi Batu Sapi supaya tidak mudah terpedaya dengan slogan “Sabah Untuk Rakyat Sabah’ yang dilaungkan oleh Parti Maju Sabah (SAPP), parti pembangkang di negeri itu.

Pilihan raya kecil Parlimen Baru Sapi menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, SAPP (Datuk Yong Teck Lee) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dwakili oleh Ansari Abdullah.


“Ini hanya sebuah slogan yang dicipta untuk kepentingan politik atau memancing undi. Pada hakikatnya, BN Sabah menunjukkan keprihatian tulen bagi masa depan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya. Salleh berkata kerajaan BN negeri akan terus memperjuangkan usaha membawa lebih banyak pembangunan di Sabah demi kebaikan rakyat dan negeri.








No comments:

Post a Comment