Tuesday, 29 November 2011

Kajian terhadap - PPP - "The Small People Party"


People Progressive Party - PPP

Konsisten – 90% Markah

PPP telah ditubuhkan pada  10hb April 1953.  PPP adalah sebuah parti pelbagai kaum yang bertujuan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terpinggir dari kalangan semua kaum di Malaysia. Dalam erti-kata lain “it is the small people party”. Tetapi pada tahun 1955 PPP telah menarik diri daripada Perikatan kerana tidak puas hati dengan agihan kerusi. Pada tahun 1969, PPP hampir-hampir membentuk kerajaan negeri di Perak. PPP cuma kurang dua kerusi sahaja. PPP bertanding atas tiket pembangkang. Pada tahun 1972, PPP telah meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan parti dan telah bersetuju menyertai Barisan Nasional. Setelah menyertai Barisan Nasional, populariti PPP telah merudum namun, PPP tidak mengubah langkah, malah tetap konsisten dengan perjuangan bersama-sama Barisan Nasional.  

Daripada tahun 1978 hingga tahun 1993, PPP telah mengalami krisis dalaman dan ada sebahagian isu telah melarat hingga ke mahkamah. Pada tahun 1993, Datuk M Kayveas telah mengambil alih tampuk Presiden PPP dan Datuk M Kayveas mengambil masa 15 tahun untuk memulihkan PPP dan sekarang PPP mempunyai ahli seramai 500’000 dengan lebih 3000 cawangan di seluruh Malaysia. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan setelah menyertai Barisan Nasional namum PPP tetap berada di atas landasan perjuangan memperjuangkan nasib rakyat terpinggir.


Ini buktinya....



Petikan daripada Utusan Malaysia – Dari Laman Web – Badan Peguam Malaysia
Kerajaan tidak pernah iktiraf CTOS
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Fauzi Jaafar dan S. Anand Kumar

KUALA LUMPUR 25 Jun –
 Kerajaan tidak pernah mengiktiraf Credit Tip Off Service Sdn. Bhd. (CTOS) untuk menyalurkan maklumat kewangan individu kepada institusi perbankan atau pihak lain bagi tujuan rujukan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas menegaskan, kerajaan juga tidak pernah mengeluarkan lesen kepada CTOS untuk bertindak sebagai badan carian apatah lagi menyimpan maklumat peribadi orang ramai.

Beliau berkata, kerajaan juga memandang serius tindakan bank, institusi kewangan atau badan lain di negara ini yang menggunakan khidmat CTOS sebagai carian untuk mendapatkan maklumat peribadi pelanggan serta orang ramai.

‘‘Apa hak mereka untuk menyimpan maklumat peribadi orang ramai, siapa bagi kebenaran,’’ katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak yang mendakwa disenarai hitam dalam sistem CTOS setelah menghadapi masalah kewangan seperti gagal menjelaskan bayaran ansuran atau melunaskan pinjaman.

Malah, agensi itu juga gagal untuk mengeluarkan nama peminjam walaupun telah melangsaikan tunggakan pinjaman, selain memaparkan maklumat kewangan remeh yang menjejaskan kewibawaan kredit seseorang.
Sehubungan itu, Kayveas berkata, kerajaan sedang mengumpul maklumat daripada orang ramai terhadap CTOS sebelum tindakan diambil.

Beliau juga memberitahu hampir satu pertiga ahli-ahli Parlimen mempunyai rekod di CTOS.

Katanya, lebih membimbangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) cuba menggunakan CTOS untuk memaksa orang ramai menjelaskan bayaran seperti tunggakan meletak kenderaan dan sebagainya.

Ditanya mengapa institusi perbankan menggunakan CTOS, beliau berkata, ini kerana tidak ada syarikat lain yang menyediakan maklumat seperti itu buat masa kini.

‘‘Kini ada majikan menggunakan CTOS bagi memeriksa maklumat latar belakang bakal pekerja. ‘‘Kalau agensi ini tidak memastikan maklumat yang diberi adalah terkini, ia akan menjejaskan peluang individu berkenaan,” katanya. Beliau berkata, perbuatan itu juga dilihat sebagai tidak bertanggungjawab memandangkan pelanggan dikenakan bayaran bagi merujuk pangkalan data CTOS.

PPP terus berjuang menyuarakan aspirasi rakyat daripada semua lapisan masyarakat walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran politik yang sengit sama-ada dari dalam atau luar parti.  Pada tahun 2001, PPP telah menerima tanah seluas 27 ekar daripada Hua Yang Development Sdn Bhd dan PPP dengan ikhlas telah menggunakan tanah tersebut bagi tujuan mendirikan sebuah Institut Pendidikan untuk kepentingan rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment