Wednesday, 23 November 2011

Kenapa Anwar Ibrahim perlu menjatuhkan Gagasan 1Malaysia ?


1 Malaysia adalah satu konsep yang telah dianjurkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib yang bertujuan mewujudkan perpaduan serta penerusan kepada agenda pembinaan Negara. 1 Malaysia mampu menjadi pemangkin kepada teras perpaduan rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang amat yakin jika 1Malaysia Berjaya, maka tidak ada ruang bagi Pakatan Rakyat untuk bertapak di Malaysia sebagai sebuah Barisan yang mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional. Antara lain maka disamakan 1 Malaysia dengan 1 Israel bagi membunuh aspirasi yang dibawa oleh konsep 1Malaysia ini kerana 1Malaysia adalah ancaman kepada Pakatan Rakyat.  Anwar Ibrahim menuduh bahwa 1Malaysia di copy and paste daripada konsep 1Israel dan telah digubal oleh firma Public Relations – Apco Worldwide Inc.

Laporan - KUALA LUMPUR 23 Dis 2010

Penipuan dan pembohongan yang sering dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim makin terserlah berikutan penafian Apco Worldwide berhubung pembabitan dengan 1Malaysia yang menjadi modal politik kepada pembangkang untuk menghentam Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Idris Haron menyifatkan penafian yang dibuat oleh Apco Worldwide itu menyerlahkan lagi pembohongan Anwar selama ini termasuk berbohong di Dewan Rakyat sehingga digantung selama enam bulan.

“Apa lagi yang Anwar hendak nafikan, surat Apco Worldwide itu juga satu pembohongan, saya yakin Anwar akan manafikan wujudnya surat itu dan akan mereka-reka cerita dan mungkin menuduh surat itu sudah dirancang.

“Sebenarnya pembohongan dan penipuan Anwar bukanlah perkara baru, bermacam-macam helah dilakukan untuk mendapat simpati dari rakyat, dahulu keitka pembicaraan kesnya di mahkamah, dia pakai penyokong leher, tetapi apabila balik ke penjara dia tanggal benda  tu, ada gambar diedarkan mengenai perkara tu.

“Dulu heboh nak ambil alih Putrajaya pada 16 September, ramai ahli parlimen kita akan melompat ke pakatan pembangkang, tetapi bila tiba masa perkara itu tak berlaku, pelbagai alasan diberi, sebaliknya apa yang berlaku, wakil rakyatnya yang keluar PKR beramai-ramai,” katanya kepada UMNO-Online.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz mendedahkan surat surat dari Apco Worldwide bertarikh 19 Ogos 2010 ditandatangani Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Brad Staples bahawa firma itu dilantik kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi  bukan menggubal  konsep 1Malaysia seperti yang dituduh oleh Anwar Ibrahim.

Surat itu itu menyatakan Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Anwar sebelum ini dan juga bukti kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mewujudkan kes prima facie terhadap Anwar dalam prosidingnya sebelum ini.

Beliau juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata  pembohongan dan penipuan Anwar berlaku di mana-mana bukan sahaja ketika berceramah, malah pembohongan itu turut dilakukan ketika di dewan Rakyat.

“Pembohongan Anwar ni bukan perkara baru, bermacam-macam pembohongan yang dibuat untuk mengaburi rakyat supaya rakyat benci kepada BN, malah dalam partinya pun turut berlaku pembohongan.

“Kes pengantungannya turut dijadikan modal untuk berbohong, dia menuduh tidak diberi peluang ketika di Dewan Rakyat sedang sudah diberi peluang membela diri tapi disalah guna oleh pembangkang yang cuba menggagalkan hukuman itu,” katanya.

Idris berharap rakyat sedar dengan apa yang dilakukan oleh Anwar dan tidak terpedaya dengan tipu helah serta janji kosong yang dibuat olehnya serta pakatang pembangkang dan akhirnya tidak mampu ditunaikan. 

-Media Alternatif.
.......................

Persoalan sekarang, kenapa Anwar Ibrahim beria-ia untuk menghancurkan 1Malaysia ?  Mungkin Anwar Ibrahim telah mendapat maklum balas daripada rakan-rakan di Amerika Syarikat yang membantu beliau untuk menyusun strategi politiknya untuk menjadi Perdana Menteri telah member arahan supaya beliau menjatuhkan 1Malaysia kerana konsep tersebut adalah satu konsep yang mempunyai potensi untuk melonjak semula perkongsian pintar Barisan Nasional dibawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak. 

1Malaysia adalah rebranding untuk Barisan Nasional yang memang diakui oleh Anwar Ibrahim kerana beliau telah bersusah payah untuk mendapatkan maklumat walaupun bukan maklumat primer (utama) dan disulam dengan penipuan semata-mata untuk menjatuhkan 1Malaysia. Inilah politik Anwar Ibrahim , Ketua Pembangkang kerana ingin mempertahankan perjuangan politik sanggup menjatuhkan satu gagasan yang boleh membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Tujuan pembangkang adalah untuk mengkritik kerajaan jika dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan tidak memberi manfaat kepada rakyat. 1Malaysia jelas membawa kebaikan bagi rakyat Malaysia seharusnya disokong oleh pembangkang jika pembangkang mempunyai kredibiliti yang berteraskan prinsip. Dari sudut ini maka amat jelaslah bahwa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti-parti cap ayam No 1 di Malaysia.

No comments:

Post a Comment