Thursday, 24 November 2011

Pakatan Rahsia - Gereja-gereja Sabah dgn PAS dan PKR - Mesti Baca !

Pendedahan !

Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, satu delegasi gereja-gereja Kristian daripada Sabah telah membuat lawatan bertemu dengan Mursyidul Am Pas - Nik Aziz dan Haji Hadi secara berasingan dua tiga hari lepas. Agenda yang dibincangkan adalah berkenaan dengan sokongan kepada Pakatan Rakyat yang bakal diberikan oleh gereja-gereja di seluruh Sabah kepada Pakatan Rakyat. Apa pula yang dijanjikan oleh dua pemimpin PAS ini kepada delegasi gereja Sabah ini hanya Allah saja yang tahu.

Berikutan kepada pertemuan tersebut, wakil-wakil gereja Sabah ini telah melawat negeri Kedah dan berjumpa dengan beberapa tokoh agama negeri Kedah bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Parti Keadlian Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 ini.

Inilah perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan Islam Melayu pimpinan UMNO yang sedang rancak dilaksanakan oleh PAS dan PKR dan sehingga kini , orang-orang Melayu yang membuat perancangan ini masih lagi tidak faham bahwa mereka sedang dipergunakan oleh DAP untuk melaksanakan agenda Cina Ekstremis dan juga agenda Kristian yang bakal mentidak-stabilkan keadaan politik serta hubungan kaum-kaum serta agama-agama di Malaysia. 

Apabila gereja-gereja dilobby untuk menyokong parti-parti politik maka dihujung hari jika timbul isu-isu yang mencabar Islam sebagai agama rasmi contohnya penggunaan kalimah Allah dalam Al-Kitab dan isu Gereja memurtadkan orang-orang Melayu, maka kepimpinan PAS dan PKR terpaksa berdiam diri malah menyokong tindakan-tindakan gereja kerana kemaruk  sokongan politik. Inilah yang akan menyebabkan umat Islam di Malaysia ini rasa terhina dan tidak dapat bersuara walaupun umat Islam di Malaysia ini adalah suara majoriti. Raja-Raja Melayu pun akan turut terhina.

Berlainan dengan usaha-sama Barisan Nasional, sokongan yang diberikan tidak bermakna pihak-pihak gereja atau sesiapa sahaja tidak tertakluk kepada sosial kontrak yang telah dipersetujui oleh "founding fathers" yang memang memperakui "ketuanan Melayu" dan mengiktiraf hak-hak Melayu dan Bumiputera. Inilah antara sebab formula BN sentiasa berjaya membawa kestabilan politik di Malaysia semenjak negara mencapai kemerdekaan hingga sekarang tanpa hilang suara majoriti Melayu dengan konsensi perkongisan kuasa dengan bukan Melayu.

Maka memang benarlah bahwa, PAS dan PKR akan membenarkan gerakan Kristiansasi bergerak bebas di Malaysia kerana terhutang budi atas sokongan politik yang diterima daripada gabungan gereja-gereja Kristian di Sabah dan Sarawak kerana Sabah dan Sarawak adalah kunci kepada kemenangan Pakatan Rakyat di PRU 13 mengorak langkah mengambil alih Putrajaya. Sebagai membalas budi gereja-gereja di Sabah dan Sarawak maka sokongan orang-orang Melayu PAS dan PKR akan digadaikan kepada DAP. This is the real unholy alliance of DAP, PAS and PKR.

Inilah yang dimaksudkan dengan kepimpinan ULAMA untuk PAS dan Reformasi bagi PKR dengan menagih sokongan gereja-gereja tanpa memperakui kontrak sosial dan ketuanan Melayu. Syabas PAS dan PKR kerana berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Islam Melayu Malaysia. Inilah yang akan membuka laluan kepada sistem dua parti di Malaysia yang akhirnya akan menghancurkan penguasaan Melayu di Malaysia.

Berikutnya PAS dan PKR akan berjumpa pula dengan wakil-wakil agama Buddha, Hindu , Bahai dan mungkin mengiktiraf Ayah Pin dan Arqam semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik dan Malaysia akan mempunyai Panca Sila sepertimana Indonesia dan Islam tidak duduk sebagai agama rasmi tetapi hanya dikenali sebagai agama majmuk rakyat. Apabila negara Kebajikan ditolak oleh Pemuda PAS maka sebagai satu gimik politik Nik Aziz kembali kepada Hudud secara acah-acah sahaja dan selepas pilihanraya implementasi hudud akan ditangguh dan orang-orang Melayu akan rasa tertipu semula. PAS dan PKR sanggup menjual agama dengan murah demi meraih sokongan politik bukan Islam atas kebencian kepada UMNO. PAS dan PKR sanggup bakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

Jika PAS boleh pertahankan komunis yang mengamal ajaran menolak adanya Tuhan atau agama, tidak mustahil, agama-agama lain diberi iktiraf sebagai agama yang setara dengan Islam di Malaysia demi mendapatkan sokongan politik. Dihujung hari , orang-orang Melayu akan menang sorak dan kampung tergadai di Tanah Melayu angkara PAS dan PKR....


"Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu mengikuti anutan mereka. Katakanlah, 'Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar.' Jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong." (Quran - Surah Al Baqarah 2: ayat 120)

No comments:

Post a Comment