Wednesday, 23 November 2011

Vice Chanselor UITM - Pejuang Transformasi Anak Bangsa - Dato Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar


UITM merupakan sebuah universiti tempatan yang sepatutnya bertuah kerana mempunyai seorang Vice Chanselor yang memang berkebolehan serta mempunyai wawasan bagi memajukan UITM ke satu tahap yang boleh membawa universiti tersebut ke piawai " World Class ".

Tidak ramai yang mengetahui tentang sumbangan-sumbanga melalui program-program pembangunan yang telah dilaksanakan oleh UITM semasa dibawah teraju kepimpinan Dato Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar yang sehingga kini masih menerajui UITM.

Satu penghormatan kepada Malaysia adalah apabila beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat daripada University Stuttgart , Jerman yang membawa gelaran Prof.Ing dalam bidang Kejuruteraan Awam yang mengkhusus dalam Kejuruteraan Hydrologi. Beliau adalah orang Asia pertama mendapat ijazah kedoktoran kehormat daripada University Stuttgart selepas hampir lebih 12 tahun menjadi professor lawatan di universiti tersebut.

Setelah lebih 30 tahun berkhidmat di UITM , pejuang anak bangsa ini telah meningkatkan mutu pembelajaran di UITM setelah menjawat jawatan Vice Chanselor sejak dari tahun 2010. Antara program yang betul-betul membawa manfaat kepada anak-anak Melayu dan Bumiputera adalah program Mengubah Destini Anak Bangsa.

Ringkasan Program Mengubah Destini Anak Bangsa

Program Mengubah Destini Anak Bangsa ( MDAB ) secara dasarnya menumpu kepada segala usaha universiti mengubah nasib anak bumiputera miskin. Ini dilakukan menerusi suatu proses pemindahan ilmu secara formal di UiTM. Antara program yang di sediakan ialah program Pra-Diploma yang bertujuan untuk memantapkan lagi pencapaian keputusan SPM pelajar agar seterusnya boleh berjaya dalam program Diploma kelak.


Program Pra Diploma MDAB merupakan program yang dibiayaai khusus bagi pelajar yang miskin  yang  tidak mempunyai cukup kelayakkan kredit  untuk ke program Diploma. Program Pra Diploma telah dimulakan pada semester Julai 2010. 


Program ini terbuka kepada pelajar miskin yang mendapat keputusan SPM sekurang-kurangnya 3 kredit untuk dimasukkan ke program Pra Diploma. Program ini ditubuhkan atas kesedaran bahawa masih terdapat kelompok miskin pelajar Melayu dan Bumiputera yang tidak dapat melanjutkan pelajaran berikutan kos yang semakin menuingkat dan merit kemasukan ke IPT yang semakin tinggi.

Bagi tujuan pembiayaan program MDAB, pihak universiti telah menubuhkan pelbagai bentuk tabung untuk membantu pelajar-pelajar ini. Antaranya ialah tabung pelajar miskin, tabung pembangunan pelajar dan tabung zakat yang bertujuan untuk membantu pelajar yang menghadapi kesukaran kewangan menjalani pengajian di universiti ini.

Pembiayaan yang disediakan ini termasuklah yuran pengajian, elaun sara hidup serta tambang pergi dan balik dari tempat tinggal pelajar ke UiTM. Program ini memberi peluang kemasukan sekurang-kurangnya kepada 5,000 pelajar miskin setiap semester di seluruh negara dengan harapan kelompok pelajar ini dapat mengubah destini kehidupan mereka dan keluarga mereka kelak. Adalah menjadi objektif utama penubuhan UiTM bagi menempatkan pelajar miskin luar bandar untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan program MDAB ini membuka ruang untuk pelajar Melayu/Bumiputera bersama-sama menimba ilmu di universiti.

Ini adalah salah satu program yang telah dilaksanakan oleh Dato Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar di mana dalam perancangan pembangunan 2010-2015 beliau telah merancang dan sedang melaksanakan lebih daripada 120 program-program pembangunan bagi menaik-kan taraf UITM ke tahap "World Class"

Inilah sumbangan seorang wira bangsa yang harus diberi perhatian dan pengiktirafan yang sebenarnya kerana keikhlasan serta dedikasi beliau membawa perubahan kepada UITM. Pihak kami di Blog People Against Opposition berasa bahwa beliau seharusnya diberikan masa serta ruang yang lebih bagi memajukan UITM ke tahap yang dapat dibanggakan.

Syabas  Dato Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar...

Sila lihat link di bawah ...





No comments:

Post a Comment