Wednesday, 21 December 2011

Anak saya masuk DAP. Anak saya masuk PAS. Anak saya masuk PKR. Teruklah macam ni !

Petikan dari buku -

Barisan Nasional Ke Arah Mencapai Kemenangan Pilihanraya ke 13.
Penulis - Dr Nik Yahya Abdul Rahman
Penerbit - Thinkers Library Sdn Bhd



Kuala Kubu Baru
Haji Ali, Ramasamy, dan Ah Chong telah berjanji untuk berjumpa dan  duduk di kedai kopi untuk berbual-berbual tentang politik Malaysia. Mereka bertiga adalah guru bersara dari Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru.

Haji Ali
Salam 1 Malaysia , Ramasamy , mana Ah Chong ?...
Dah sebulan kita tak sembang macam ni..
How you guys keeping up ?

Ramasamy
Ok lah Tuan Haji
Saya buat buat busy..
Beli lap top baru..
Saya buka blog saya sendiri..
Nama blog saya – Keranamu Malaysia..
Ah Chong macam biasalah..lewat sikit...

Haji Ali
Bagus tu
Anak saya selalu print artikel-artikel politik untuk saya
Dari...macam-macam blog...
Saya suka kickdefella dan People Against Opposition
Tapi sekarang ni tgk anak-anak muda..
Banyak terpengaruh dengan parti-parti pembangkang..
Mereka tak faham...
Nak buat perubahan..kita diberi peluang sebagai rakyat untuk mengundi..
Lima tahun sekali...jadi kalau tak puas hati..buatlah di peti undi..

Ramasamy
Ya...betul Tuan Haji
Anak saya pun sama
Baru-baru ni dia balik..
Terus cakap pasal Hindraf..
Saya terkejut Tuan Haji..
Dia cakap orang-orang India tertindas di Malaysia..
Saya cakap mana dia dapat cerita ni..
He said from the Internet..
Headache lah Tuan Haji
Sekarang dia mau join tu Hindraf punya rally pulak
Waste of time..
Saya cakap..u know what u are talking about...
Wah dia mau lawan saya Haji...

Ah Chong
Haji..sorry...lewat...ada gaduh dekat pejabat pos tadi..
Saya bayar bil dulu..
Ha Rama , Apa cerita ?

Ramasamy
Cerita politiklah..
Anak saya masuk itu Hindraf..
Saya maki dia ...

Ah Chong
You cakap you punya anak..
I punya anak sudah jadi DAP punya ahli
Lagi teruklah...
Dia orang tak faham..
Semua mau buat perubahan..
Tapi tak faham politik..



Haji Ali
Anak saya sulung..sudah ikut PKR
Adik dia jadi ahli PAS pulak..
Peninglah kepala saya..

Ramasamy
Ini politik pembangkang..
DIa ajar budak-budak muda benci kepada Gomen kita..
Dia tuduh rasuahlah..tak liberal lah..politik perkauman..
Semua tuduhan-tuduhan saja..
Semua kebaikan dia tak nampak..
Saya cakap dekat anak saya Maniam..
You said..orang India terpinggir di Malaysia..
Saya tanya mana bukti..?
Dia kata suruh saya ke estet-estet di Malaysia..
Saya cakap..mana mana negara..mesti ada orang-orang miskin
Ada banyak sebab kemiskinan ini..
Di Amerika Syarikat banyak orang tak dak rumah..
Apa , kerajaan Amerika tak bagus kah...?

Ah Chong
You betul Rama
Anak saya kata..MCA / Gerakan tak bantu orang-orang Cina
Saya cakap sama dia , you gila kah..
Dalam Malaysia..orang-orang Cina adalah orang-orang yang paling kaya
Banyak masuk Bisnes..sana, bisnes sini..
Tak pa..I mau u punya cerita dulu

Ramasamy
Itu malam..anak saya sudah kena taruh cukup cukup..
Saya tanya dia..Hei tamby
U tau dak berapa kadar kemiskinan umum di Malaysia..
Dia diam saja..
Saya taruhlah..
Saya kata..tamby..jangan jadi bodohlah..pi ikut orang tadak pakai akai..
Di Malaysia..tahun 2008..saya bagi contoh..
Kadar Kemiskinan Umum
Bumiputera – 8.3%
Cina – 0.6%
India – 2.9%

Haji Ali
Hebat kamu Rama
Tapi..you are right..
Orang-orang muda sekarang kita kena bagi penerangan
Kena ada fakta..baru dia orang boleh terima
Cara politik lama dah tak sesuai sekarang sebab..
Maklumat ada di hujung jari sahaja...

Ah Chong
Rama...bestlah u punya debate sama tamby..
Tamby cakap apa ?

Ramasamy
Dia pun pandai pusing cerita..
Dia kata Appa..
I am talking Miskin Tegar..?
Dia ingat saya tak tau..
Ok , we talk about Miskin Tegar..
In Malaysia..
Hardcore Poverty
Bumiputera – 1.9%
Cina – 0.1%
India 0.3%
Dia diam sekejap..
Lepas tu dia tanya..
Mana saya dapat all that info...
Saya kata...dont be stupidlah tamby
Everything is on the netlah..
Saya suruh dia tengok dalam Jabatan Perangkaan Negara punya website..
Dia diam terus keluar rumah..

Haji Ali
Bagus tu Rama..
Engage them..Jangan marah
Kita kena debat dengan dia orang..
Anak saya pun sama..
Anak sulung saya Imran..
Minggu lepas balik rumah malam
Saya tanya why late ?
Dia bilang pi dengar ceramah Anwar Ibrahim...
Saya tanya apa Anwar cakap..
Dia cakap..Anwar kata
Disebabkan pentadbiran kerajaan BN yang tidak cekap..
Harga barangan melonjak naik..
So BN sama dengan Barang Naik...
Berdesing telinga saya dengar..tapi saya keep cool saja..
Saya tanya dia..Imran..dah fikir kah kenyataan tu..
Kenapa harga barangan naik..
Dia tak tau..
Saya..kata..listen to dad..
Dalam istilah ekonomi..
Harga barangan naik disebabkan..Demand more than Supply..
Bila perkara ini berlaku, harga barangan naik..itu satu sebab..
Kedua...kita sebagai consumer..kalau tak cermat berbelanja dan sentiasa
Membeli barangan tanpa mengira berapa hargnya..
Maka fenomena harga barangan naik akan berlaku juga...
Harga barangan juga berkait rapat dengan employment...
Semakin ramai orang yang bekerja..
Kuasa membeli akan meningkat..
Maka harga barangan pun akan meningkat seiring dengan kuasa membeli..
Faktor minyak pun mainkan peranan juga...
Imran bila dengar pasal harga minyak terus melenting..
Tu lah Anwar cakap...masa dia jadi Menteri Kewangan..
Harga minyak tak dinaik-kan pun..
Saya cakap betu-lah..
Fakta Anwar tak lengkap..
Semasa Anwar jadi Menteri Kewangan
Dalam tahun 90an sampai 98..
Harga minyak pasaran dunia...bawah USD 50 satu barrel..
Sekarang..harga minyak melonjak sampai USD 100 satu barrel...
Imran..terdiam sekejap..
Dia tak sangka that I did my homework...
I told him..son..
There is a lot you need to learn about Malaysian politics..
Krisis ekonomi...bukan masaalah Malaysia sahaja...
Apabila isu derivatives dan sub prime bonds..
Serta jatuhnya harga real estate di USA
Ianya telah menyebabkan ekonomi Amerika Syarikat hampir lumpuh...
Dunia bergolak disebabkan Amerika mengawal
Sebahagian besar import export dunia..
Perang di Afghanistan dan Iraq menyebabkan
Harga minyak melonjak naik kerana Iraq adalah antara
Pengeluar minyak terbesar di dunia..
Apabila harga minyak naik mendadak..harga barangan lain turut naik..
Namun begitu..subsidi Minyak yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia
Adalah sebanyak RM 40 billion setahun...
Harga petrol Malaysia adalah antara yangpaling murah di Malaysia...
Cuba pergi ke Singapura..dan isi Natural GAS..
Harga full tank di Singapura adalah RM 48.00 walhal di
Malaysia..harga NGV – Gas – full tank – baru RM 8.00
Kalau petrol mahal..ubah pada NGV..murah...
Hampir 90% teksi Malaysia pakai NGV..
Ini harga barang naik
bukan masaalah pentadbiran kerajaan Malaysia..
Ini adalah fenomena global...
Mengikut World Competitiveness Year Book...
Kecekapan kerajaan Malaysia terletak pada tangga ke 6 terbaik..
Imran sudah tak tahan..
Muka merah..
Dia terus keluar rumah..

Ah Chong
Wah Tuan Haji
Cantik punya cerita...
Saya punya anak pun sama
Tadi saya ada cakap kan
Boy sudah masuk DAP
Hari-hari cakap cakap serupa
DAP buat ini dunia..
Dia cakap isu Teoh Beng Hock
Saya tanya dia
Apa pasal Gomen mau bunuh sama Teoh Beng Hock..
MACC investigate dia pasal isu rasuah kerajaan negeri Selangor
Boy cakap MACC
Investigate sampai orang mati..
Saya tanya..
Apa motif MACC mau bunuh dia...
Boy tak jawab, tapi dia kata
Kita punya Gomen suka bunuh orang..
Saya cakap..
Itu Teoh Beng Hock..bila kena investigate dia sudah jadi takut...
Pasal ada isu pasal kerajaan negeri Selangor
Bawah PKR , dia sudah tau banyak cerita..
Bila MACC officer tekan sama Teoh Beng Hock..
Dia sudah tak boleh tipu..
Jadi kita tengok itu sapa..
Ahmad Shafik Abdul Rahman
Senior MACC Officer
Kasi keterangan
Untuk Royal Commission Inquiry
Dia cakap...Teoh Beng Hock sudah tau..
Kerajaan Negeri Selangor sudah tipu...kita..
Syarikat bukan bumiputera guna lessen bumiputera
Untuk tender projek kerajaan negeri..
Dalam berita The Star Online ada report..saya baca sama dia..
The commission heard that the late political aide's boss,
 Seri Kembangan assemblyman Ean Yong Hian Wah
and businessman Lee Wye Wing,
would also have been suspects
if cheating was involved
Saya tanya BOY ini apa cerita ?
Wah dia diam saja...
Saya cakap sama dia..
you mau kena buat homework..
Mesti mau banyak baca..
Saya cakap sama BOY
U percayakah DAP sama PAS boleh kerjasama
Macam UMNO , MCA dan Gerakan..
Dia diam saja..
DAP, Karpal Singh terang-terang cakap
Over my dead body dia tak terima Islam
PAS sudah mesti mau implement ini Hudud law..
Jadi kalau sudah jadi Federal Gomen..
Tak dak setuju ini isu..
Apa mau jadi..
Mesti gaduh macam 13 Mei 1969..
Apa tak betuk kah Tuan Haji saya cakap..


Haji Ali
Wah Ah Chong
You pun boleh tahan juga..
Kita mesti mau cakap sama anak-anak
Kita hidup di Malaysia mesti mau harmoni
Malaysia asalnya kalau kit abaca sejarah
Dibawah pentadbiran Raja-Raja Melayu
British jajah kita..
Kuasa Raja-Raja Melayu hilang
Lepas tu kita merdeka...
Raja-Raja Melayu setuju serah kuasa kepada
Pentadbiran Rakyat..sebab
Itu
Struktur pentadbiran negara kita
Raja Berpelembagaan..
Orang-orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia
Sebagai pribumi ada hak-hak istimewa..
Pemimpin Cina dan India semasa merdeka
Sudah setuju terima kontrak sosial ini..
Orang-orang Cina dan India diberi
taraf warganegara yang sama
Kemudian UMNO, MCA , Gerakan dan MIC
Tubuh Barisan Nasional
Tadbir dan kongsi sama-sama Malaysia sampai kita maju..
Ini DAP suddenly mau tunjuk lagak..
Karpal Singh mau saman DYMM Sultan Perak
Ini sudah kurang ajar betul..

Ramasamy
Saya setuju Tuan Haji

Ah Chong
Saya pun setuju..
Haji Ali
Ini PAS pun lagi satu...
Saya pi Kelantan dekat border Terengganu sana
Air bersih di Kelantan mau dapat punya susah..
Saya diberi maklum..
Pihak Berkuasa Air Tempatan
Boleh mampu bekal air bersih..tahun 2027 sahaja..
Apa punya kerajaan negeri ini..
Ini bukan cara pentadbiran Islam..
Jenayah rogol bawah umur..paling tinggi di Kelantan..
Kelantan kutip cukai..kurang daripada Perlis..
Ini tak lawak kah...
Dia ceramah pagi petang siang malam
Itu saja kerja dia tau buat...
Pentadbiran – zero langsung..
Ini isu video seks Anwar Ibrahim
Sudah nampak terang-terang muka Anwar Ibrahim
Ini PAS kena mau selidik baik-baik dulu baru keluar kenyataan
Belum tengok video sudah cakap bukan Anwar
Mana itu jam Omega...hah mana itu jam Omega
Tak Boleh jawab..
Bila wartawan tanya..
Anwar sudah naik marah pulak..
Ini macam mau jadi Perdana Menteri
Pigi mampuslah...

Ramasamy
Ayo...Tuan Haji
Sudah lewatlah...
Bini marah..mau balik
Ah Chong..
Saya pun sama Tuan Haji

Tuan Haji
Ok...jom balik....

No comments:

Post a Comment