Monday, 26 December 2011

DAP - Parti Politik Berasaskan Kebencian !

DAP adalah sebuah parti yang tidak menyumbang apa-apa pun kepada usaha-usaha kemerdekaan Malaya kerana DAP ditubuhkan selepas kemerdekaan pada 18hb Mac 1968. DAP mempunyai prinsisp perjuangan yang berlainan dengan perjuangan realiti parti tersebut.

The DAP is committed to the struggle for a free, democratic socialist Malaysian Malaysia, based on the principles of human rights, equality, social and economic justice, and founded on the institution of parliamentary democracy. Democratic socialism upholds the right to work and concern for the well-being of people of all classes

Prinsip perjuangan DAP adalah untuk semua bangsa tetapi hakikatnya, DAP hanylah berjuang untuk kaum Cina sahaja dengan berpura-pura memperjuangkan hak-hak orang-orang Melayu dan India. DAP adalah sebuah parti yang mendapat sokongan padu daripada orang-orang Cina dan kawasan-kawasan yang ditandingi oleh DAP adalah kawasan majoriti Cina. Ceramah-ceramah DAP khususnya dalam bahasa loghat Tionghua atau Mandarin malah wakil-wakil bukan Cina DAP disokong oleh orang-orang Cina.

Dari aspek perjuangan dan hakikat politik, DAP tidak konsisten. Tujuan asal perjuangan DAP adalah merampas hak-hak orang-orang Melayu dan di samaratakan dengan orang-orang Cina dan India walaupun pada asalnya, negara ini adalah dibawah tadbir Raja-Raja Melayu yang telah menyerahkan kuasa kepada pemerintahan rakyat.  Hak majoriti orang-orang Melayu akan dihapuskan dan Malaysia akan dibangunkan sebagaimana Singapura dibangunkan tanpa memberi apa-apa peruntukkan istimewa kepada orang-orang Melayu atau kepada kaum Bumiputera lain. Jadi disini kita lihat dengan jelas bahwa rhetorika DAP yang inginkan hak saksama sebenarnya menidakkan orang-orang Melayu dan Bumiputera sebagai kumpulam majority di Malaysia. Hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia dan telah dipersetujui oleh wakil-wakil kaum-kaum Cina dan India sebelum Malaya mencapai kemerdekaan. Perkara ini tidaklah diberi perhatian oleh DAP kerana DAP tidak terlibat dengan perjuangan menuntut kemerdekaan Malaya. DAP telah menuduh Barisan Nasional masih memperjuangkan politik perkauman padahal DAP merupakan Parti Perkauman No 1 Malaysia bertopengkan Idealisma Sosialis. Apabila hak-hak serta kepentingan majority orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera dihapuskan maka orang-orang Melayu dan Bumiputera akan menjadi seperti suku kaum Red Indian di Amerika Utara, merempat dibumi sendiri. Inilah yang ditimbulkan oleh DAP pada tahun 1969 dengan slogan Malaysian Malaysia yang menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan membangkitkan semangat orang-orang Melayu maka berlakulah pertumpahan darah 13 Mei 1969.

No comments:

Post a Comment