Saturday, 24 December 2011

Debat Rakyat - Barisan Nasional lawan Pakatan Rakyat

Petikan dari buku -

Barisan Nasional Ke Arah Mencapai Kemenangan Pilihanraya ke 13.
Penulis - Dr Nik Yahya Abdul Rahman
Penerbit - Thinkers Library Sdn Bhd

Jalan Sahabat, Kg Bukit Cabang, Perlis

Azmi sedang melayari internet di halaman rumah. Tiba-tiba terdengar seperti daun pintu dibuka serentak bunyi orang memberi Salam.

Wak Su Mid
Assalamualaikum

Azmi
Wa-alaikum salam
Haa....Wak Su Mid
Ingatkan sapa..masuklah

Wak Su Mid
Ni ..ayah hang ada tak ?
Nak sembang bab politik dgn dia...
Azmi
Tak dak Wak..
Tapi kejap lagi dia balik lah...

Wak Su Mid
Hang dok buat apa Mie..
Tu nampak macam apa lap top..
Orang la kalau tak dak sebijik cam tu tak sah..
Hang dok online ka ?

Azmi
Amboi Wak
Pandai sebut noh...on line

Wak Su Mid
Wak dulu sekolah orang putih kat pekan Perlih
Paih tu masuk British Army
Bolehlah sikit sikit...

Azmi
Ni Wak Su
Saya dok baca Buku Jingga
Pakatan Rakyat
Pakatan Pembangkang

Wak Su Mid
Hang minat noh politik
Tapi jangan sampai
Terlingkup sudah lah..

Azmi
Wak...Ni Buku Jingga ni cerita
Kerajaan kita la ni makan rasuah
Satu sen pun tak guna
Perpaduan kaum dah habih dah
Orang semua tak puaih hati...

Wak Su Mid
Betui ka cerita cam tu Mie ooii
Kita bukan boleh terima bulat-bulat apa yang kita baca
Kita kena belajak analisa
Analisa guna minda
Tapi kena ada fakta
Kaji dulu masaalah
Punca dan akibat...
Baru boleh cari jalan selesai


Azmi
Wak...sekarang ni zaman IT
Kalau kita tak melayari internet apa yang kita tau ?
Wak ni dah ketinggalan zaman..
Zaman kita sekarang ni bukan macam dulu
Dulu..bolehlah kerajaan tipu rakyat
Sekarang rakyat dah pandai...
Mana boleh tipu dah

Wak Su Mid
Ini bukan soal tipu Mie
Ini bukan soal IT pun...
Ini soal kebenaran dan sejarah
Kita kena faham hakikat kelaku
Sejarah negara kita
Apa yang berlaku sekarang ada permulaan
50 tahun dulu
Hang pun belum beranak lagi...
Azmi
Memanglah sejarah tu penting Wak..
Tapi sekarang , Barisan Nasional dah tak macam dulu dah ?

Wak Su Mid
Baik kita bincang ilmiah bab ni..
Apa yang tak macam dulu dah..
Azmi
Dulu UMNO , BN
Memang perjuang nasib hidup rakyat
Tapi la ni..
Depa semua pikiaq diri sendiri...

Wak Su Mid
Jadi hang bercakap bab rasuah...
Jangan pi ubah tajuk lain...
Bab rasuah...adalah lumrah hidup manusia..
Takdak manusia yang hidup tak dak kelemahan..
Dalam Barisan Nasional memang ada masaalah rasuah..
Dalam politik, isu duit adalah isu utama
Tapi dalam perjuangan Barisan Nasional
Tak dak suruh orang ambik rasuah..
Betul...
Tapi ...kita kaji tengok hidup kita di Perlih ni..
Sekolah ada, jalanraya semua elok dan baik belaka
Pekerjaan ada...
Perlis kutip cukai...hasil dalam negeri..melebihi RM 140 juta...
Kelantan di bawah PAS baru kutip...RM 30juta setahun..
Pentadbiran tak cekap..
Pendapatan isi rumah di Kelantan..
3 kali ganda kurang daripada pendapatan isi rumah kebangsaan
Tahun 1970...pendapatan isi rumah sebulan ialah RM 240..sahaja
Tahun 2003, pendapatan isi rumah rakyat Malaysia
Meningkat berpuluh kali ganda menjadi RM 3011.00
Ini bermakna , sektor-sektor perindustrian, perumahan, perlombongan, dan juga
Pertanian telah dibangunkan dengan pesat..
Kalau tak dak pengurusan pentadbiran yang cekap..
Maka...kita tak dapat unjuran ni semua...




Azmi
Fullamak Wak...
Full throttle lah...
Tak leh celen Wak..
Terror-nya Wak Ni
Macam lulusan Harvard...

Wak Su Mid
Bukan Mie..
Ini kebenaran..
Memang ada rasuah dalam pentadbiran kerajaan
Tapi...pada masa yang sama ada undang-undang
Yang menyekat kalau rasuah berleluasa..
Banyak tindakan perundangan telah diambik..
BPR dah jadi Suruhan-jaya
Itu satu usaha baik untuk membenteras rasuah...
Di Kelantan pun ada rasuah..
Tengok..menantu Tuan Guru Nik Aziz
Ambik bahagian dalam syarikat-syarikat Negeri..
Kita tau....di Selangor...habis pasir dijual..
Di Pulau-Pinang...tanah ditukar milik
Kadang-kadang..
Parti politik akan guna cara
Orang putih kata-smear campaign...
Ini semua politik...
Kita sebagai rakyat, kena tengok kawasan kita..samaada
Semua keperluan cukup atau tidak..
ADUN kita ada buat kerja..
Pembangunan ada tak dak..
Jadi..itu kita guna sebagai kayu pengukur..
Kita tengok sekarang..
Ikut sumber Wak..
Ayak bersih belum ada di seluruh Kelantan..
Kelantan hanya akan dapat ayak bersih
Dalam tahun 2027 sahaja..
Jadi awat orang-orang Kelantan tak merungut..
Depa dok kena tipulah dengan puak-puak PAS
Tak dak kebolehan mentadbir langsung..
Kadang-kadang kita kesian
Orang Kelantan hidup serba kemunduran...
Depa bawak mai mamat ni
Akhil Hayy bagi ceramah..
Dia tu nyanyi lagu kutuk UMNO..
Orang semua pakat dok gelak..
Adakah dengan cara yang macam tu..
Kita boleh bangunkan negeri kita...
Kerja yang nak dibuat banyak..
Tapi PAS, sibuk berceramah sahaja...
UMNO ni...dia tak ceramah banyak macam PAS...
Tapi tengok sajalah di Perlih ni..
Universiti ada berapa bijik...
UMNO jaga kita walaupun kita kecik...

Azmi
Saya surrender Wak...
Ha,,tu pun
Ayah dah sampai..
Saya nak keluak WAk
Nanti sembang lain
Asslamualaikum

Wak Su Mid
Wa-alaikum salam
Hang pandai..
Kena haria
Dan-dan lari...
Tak pa lah...

No comments:

Post a Comment