Saturday, 24 December 2011

Debat Rakyat - UMNO lawan PAS

Petikan dari buku -

Barisan Nasional Ke Arah Mencapai Kemenangan Pilihanraya ke 13.
Penulis - Dr Nik Yahya Abdul Rahman
Penerbit - Thinkers Library Sdn Bhd



Taiping, Perak
Kak Salmah baru sahaja pulang daripada menghadiri kenduri kahwin sepupunya. Singgah sebentar di rumah  rakan karibnya, Minah. Kak Salmah dan Minah adalah suri rumah.

Kak Salmah
Assalamualaikum

Minah
Wa-alaikum salam

Kak Salmah
Ha minah, wat pe ni ?

Minah
Saje duduk,duduk...
Baca suratkhabar Harakah ni.....
Kome ni dari mane...Salmah..

Kak Salmah
Teman baru balik dari kenduri...sepupu teman..
Hah Minah
Minat kamu ye dengan Harakah tu nape ?

Minah
Sajelah Salmah ooi
Teman baru nak berjinak dengan politik
Ni tengok laporan ni...
PAS cakap UMNO
Tak hendak kepada Islam..
Kerana UMNO tak terima hokum hudud....
Kak Salmah
Issh,issh
Kamu nil eh Minah...
Baru sehari bace Harakah...
Dah boleh buat rumusan
Tentang UMNO
Yang dah lebih 50 tahun menerajui
Perjuangan untuk orang-orang Melayu...
Selidik lah dulu kesahihan berita yang kita bace tu..
Harakah ni ..mesin khabor angin PAS
Tak de yang elok ditulisnya dalam suratkhabo tu...
Itukah Islam yang diperjuangkan ?

Minah
Teman bukan nye ape..Salmah
Kekadang terpikir lah jugak...
UMNO ni betul ke Islam atau memperjuangkan Islam..
Tak mahu UMNO kepada Hudud ni...
Cam ne lah nak diterima Islam UMNO tu...

Kak Salmah
Hudud tu memanglah
Hukum Syariah....
Tapi Hudud PAS ni adalah olahan mereka sendiri...
Contohnya...rogol..
Mane nak gi carik Empat Saksi sahih
Untuk mangsa rogol....
Adekah orang rogol depan 4 orang saksi...

Minah
Betuk ke cam tu Salmah

Kak Salmah
Betulah cam tu Minah ooii
Tak kan teman nak menipu hal ini...
Batang celak kena nampak masuk dalam botol celak...
Empat orang pulak tu...
Nak kena rogol dekat stesen bas Taiping lah gamaknya
Baru dapat..empat orang nampak
Batang celak masuk botol celak..
Baru dikira rogol...
Tak ke....naya namanya..
Apa pulak kata orang bukan Islam dengan Hudud yang segini ruponye...
Iyo tak kome...faham tak ..

Minah
Faham tu fahamlah...
Tapi dah jadi keliru...
Hudud PAS ni ajaran Islam ke...

Kak Salmah
Memang dalam Islam ada perundangan...
Tapi dalam Al-Quran dan Sunnah
Tak delah semua perundangan yang merangkumi
Kehidupan manusia seluruhnya...
Quran dan Sunnah
Bukanlah buku perundangan...
Sarjana-sarjana perundangan Islam
Zaman silam
Memberi pendapat dan maka
Sistem Perundangan Islam menjadi satu badan berkanun
Di bawah pentadbiran negara Islam..
Kadi-kadi dilantik
Untuk mentadbir sistem perundangan ini..
Keputusan-keputusan mahkamah syariah
Sebenarnya adalah keputusan manusia...
Yang berubah-ubah mengikut ketentuan zaman...
Malangnya Syariah Islam...
Selepas perang dunia pertama
Telah berhenti berkembang, akibat daripada
Kebanyakan negara Islam jatuh ke tangan
Negara-negara Barat...
Maka Hudud Syariah Islam terhenti berkembang di situ....
Sistem Perundangan Barat pula terus berkembang....
Daripada situlah...berlaku
Perbezaan Hudud Syariah dengan Perundangan Barat...

Minah
Ini berat ni Salmah...
Mane kome belajar semua ni...

Kak Salmah
Teman ambik kelas malam..
Pengajian jarak jauh Sains Politik...
Tu yang boleh belajar sume ni...
Kita sambung semula...
Semua Ulama-ulama Islam
Yang mahir dalam perundangan..kena duduk buat kajian
Tentang Hudud Syariah Islam..
Dan buat perbandingan dengan Sistem Perundangan Barat...
Hudud Syariah Islam perlu dikemaskini
Barulah boleh diguna-pakai dalam
Aliran perundangan moden
Sebenarnya-Al-Quran dan Sunnah
Adalah kalam Allah yang tidak ada perubahan
Tetapi aplikasi yang merujuk kepada kehidupan manusia
Akan berubah dari masa ke semasa mengikut arus perubahan kehidupan manusia
Kita ambil contoh, pada zaman Rasullulah s.a.w tidak ada undang-undang
Trafik yang melibatkan kenderaan bermotor.
Tetapi ada undang-undang Syariah yang melibatkan unta.
Kita tidak boleh memuatkan beban yang berlebihan ke atas se-ekor unta.
Jika diambil kira aplikasi kehidupan sekarang, unta tidak lagi digunakan....
Tetapi kenderaan seperti lori, juga dikenakan perundangan had muatan...
Kenderaan berbeza tapi konsep perundangan tetap sama...
Jadi , aplikasi Hudud Syariah Islam perlu melalui proses perubahan ini...
Kalau kita masih menggunakan Kod Hudud Syariah lama..
Maka , sistem perundangan mungkin menjadi terbantut disebabkan
Perubahan dalam arus kehidupan manusia itu sendiri...

Minah
Tapi Kak Salmah...
Islam tu kan untuk seluruh zaman
Mana boleh main ubah-ubah....

Kak Salmah
Betul tu Minah
Yang kita nak ubah tu bukan-lah Syariat Agama
Yang melibatkan Rukun-rukun Islam
Itu tidak boleh berubah kerana ianya Kalam Allah...
Tetapi Hudud Syariah yang berasaskan Ijmak Ulama
Boleh dikaji dan dipinda mengikut kesesuaian masa...
Itulah sebab adanya Ulama-ulama di zaman moden kita ini....
Jika kita tidak ingin berubah,maka kita akan tersangkut
Dengan satu sistem perundangan yang tidak sesuai
Diaplikasikan untuk kegunaan kehidupan manusia di zaman moden ini....
Seperkara lagi ialah berkenaan....majoriti...Islam dan bukan Islam di Malaysia...
Jika kita ambil jumlah orang bukan Islam di Malaysia kita akan dapati....
Jumlah keseluruhan bukan Islam dalam lingkungan lebih daripada 40%
Wakil-wakil rakyat di Parlimen pun melebihi yang Islam
Jika diambil kira wakil rakyat bukan Islam...
Jadi bagaimana kita nak..laksanakan hudud jika wakil rakyat bukan Islam melebihi Islam...
Inilah persoalan yang kita kena jawab sebelum kita nak laksanakan hudud..
Sepatutnya PAS laksanakan kerja-kerja dakwah Islam
Bagi mengislamkan rakyat Malaysia yang bukan Islam...
Itulah yang sebetulnya PAS buat...
Bukan masuk politik dan memecah-belahkan orang-orang Melayu menjadi berpuak-puak..

Minah
Hebat betul hujah kome ye Salmah....
Lagu macam orang dalam Parlimen
Kalaulah kome jadi wakil rakyat...
Teman setuju belako...

Kak Salmah
Kita sebagai rakyat Malaysia
Perlu tahu peri rupa politik kita
Janganlah kita mudah tertipu dengan orang-orang politik yang guna agama
Kita ni diperbodohkan dengan agenda mereka yang hanya mementingkan parti dari rakyat..
PAS sekarang ni dah bersatu dengan DAP
DAP tak terima Hudud PAS...
Dicemuhnya Islam..pulak Karpal Singh, Lim Guan Eng..dan Lim Kit Siang
Tak pasai-pasai Islam pula yang jadi bahan cemuhan..
Ini semua angkara PAS lah..
Tu Husam Musa....
Tunduk pula kat DAP..katanya Hudud kena tangguh hingga DAP setuju...
Kenapa PAS jadi haprak sampai cam tu...Minah ooiii...

Minah
Sampai gitu jadinya .....
Terbuka mata teman ni...
Tulisan Harakah nil ah yang punya angkara...

Kak Salamah
Haa..sebab tulah kita perlu hati-hati
Kita perlu faham...sejarah
PAS ni pun dulu asal dari UMNO
Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan
 Pada tahun 1951, Datuk Onn Jaafar, pengasas UMNO
 telah meninggalkan UMNO atas sebab usul beliau
 untuk membuka keahlian UMNO kepada
 bukan Melayu telah ditolak. Ketika itu UMNO 
memerlukan seorang pemimpin berkaliber untuk 
menggantikan Datuk Onn Jaafar. Tuan Haji Ahmad Fuad
 ketika itu telah menawarkan diri untuk memimpin UMNO. 
Di dalam pemilihan untuk melantik Presiden UMNO yang baru 
Tuan Haji Ahmad Fuad telah tidak terpilih setelah
 ditewaskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
 Tak puas hati, Tuan Haji Ahmad Fuad
keluar tubuh PAS....
Gitulah kiranya...
Asal PAS pun dari UMNO...

Kalau UMNO dan PAS bersatu..
Maka gabungan tu akan menguatkan kedudukan orang-orang Melayu
Kesatuan UMNO dan PAS akan menjadi parti Melayu
Paling kuat di Malaysia..
Tapi Nik Aziz tak terima pelan gabungan ini..
Ha..aaah..inilah menunjukkan PAS ni melebihkan parti
Daripada kepentingan rakyat...
Bukan tak pernah PAS bersatu dengan UMNO...tahun 70an..dulu pun
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, PAS bergabung dengan Barisan Nasional
Kemudian keluar balik dalam tahun 1978...
Apa salahnya demi kebaikan negara PAS dan UMNO bersatu semula...
Buanglah yang keruh....
Ambil yang jernih...
Orang-orang Islam sepatutnya bersaudara...
Kita kena sedia bersatu dengan saudara-saudara kita..
Ini tidak...dengan DAP mau pulak PAS bersatu...
Dengan UMNO..tak boleh...
Minah
Betul jugak cakap kome...Salmah
Kita ni....kepimpinan lah...teman maksudkan
Sampai bila nak berbalah lagu ni..
Yang jadi mangsa kita dan generasi anak-anak kita..
Betul-lah cakap kome..
Teman memang bersetuju...
Kalau DAP, boleh diterima PAS..
Apa salahnya terima UMNO...

Kak Salmah
Untuk kebaikkan semua..
Kita janganlah pentingkan diri atau parti kita
Perlu ada sikap pengorbanan
Kalau bukan untuk generasi kita...
Generasi akan datang...
Janganlah sampai....anak cucu kita meludah atas kubur kita nanti..
Kerana kita tidak berusaha untuk bersatu...
Maka hancurlah negara kita ini...
Macam lirik....Anak Kecil Main Api...
(sambil bernyanyi)
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa
Sesamalah Kita
Bumi dipijak milik orang.....!
Minah
Menitik ayor mate teman...
Bila kome nyanyikan lagu tu...
Terasa lah pulak di hati...

Kak Salmah
Tahu , tak pe...
Tgk gambo bawah ni kalau tak caye...






No comments:

Post a Comment