Friday, 9 December 2011

Melayu PAS dan PKR adalah BARUA DAP ! Tanya Lim Kit Siang ?






Melayu  PAS dan PKR adalah BARUA DAP !

Tanya LIM KIT SIANG ?


oleh

People Against Opposition



Ini adalah analisa terhadap pemimpin tertinggi DAP – Lim Kit Siang tentang pendapatnya berkenaan peristiwa rusuhan kaum Mei 13, 1969. Kenyataan yang dikeluarkan pemimpin ini jelas menampak-kan sikap perkauman dan berat sebelah di dalam membuat kesimpulan terhadap peristiwa rusuhan perkauman paling buruk pernah berlaku di Malaysia.

Antara tanggungjawab seorang ahli politik parti pembangkang adalah unutk memastikan bahwa Kerajaan Memerintah menguruskan dan mentadbir negara dengan membawa kebaik-kan kepada seluruh lapisan masyarakat. Pihak pembangkang tidak sepatutnya menyebarkan dakyah dan fitnah yang menyebabkan rakyat menyimpan rasa benci, perasaan sengketa dan saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Pihak pembangkang pula tidak boleh menidak-kan hak-hak mana-mana kaum di negara ini semata-mata untuk mendapat sokongan politik.

Sebagai permulaan, mari kita baca apa yang dituliskan oleh Lim Kit Siang di dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Dr Chen Man Hin, ketika itu Pengerusi DAP , ketika beliau berada dalam tahanan. Surat ini bertarikh 31hb Disember 1969 (antara lain)….

“Kita mesti memastikan bahwa lebih ramai rakyat Malaysia dapat menerima sebagai satu prinsip dan juga amalan perkara-perkara asas yang berikut berkenaan penerimaan konsep kepelbagaian kaum iaitu;

Tidak ada bangsa yang boleh dianggap sebagai tuan atau bangsa utama di Malaysia.
Malaysia tidak wajar didominasikan oleh satu bangsa baik dalam politik, ekonomi atau kebudayaan.
Contoh bangsa Malaysia bukanlah bangsa Melayu, Cina atau India tetapi sesiapa sahaja yang berfikiran Malaysia dan berteraskan kerakyatan dimana taat setia adalah kepada negara bukan kebangsaan.”   

Kenyataan di atas jelas menunjukkan, Lim Kit Siang cuba untuk mempengaruhi masyarakat majmuk Malaysia bahwa orang-orang Melayu haruslah melepaskan hak mereka sebagai bangsa majoriti. Walaupun Sejarah Tanah Melayu menunjukkan dengan jelas, orang-orang Melayu adalah pribumi dan keturunan Melayu adalah anak warisan asal Tanah Melayu berserta dengan pribumi di Sabah dan Sarawak. Ini semua tidak penting tetapi yang lebih penting , kaum minoriti di Malaysia diberi pengiktirafan yang sama dengan bangsa Melayu. Hak majoriti Melayu perlu dihapuskan. Keistimewaan orang-orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu haruslah dihapuskan. Bagi tujuan hujah, katakan jika bangsa Cina adalah kaum majoriti di Malaysia dan Maharaja-Maharaja Cina berkuasa di negara ini, adakah orang-orang Cina akan melepaskan hak majoriti mereka dan di sama-tarafkan dengan bangsa-bangsa minoriti lain ?



Ini satu persoalan yang perlu dijawab oleh Lim Kit Siang. Singapura akan menjadi kes kajian yang cukup menarik di mana orang-orang Cina disana berusaha menghapuskan segala hak-hak Melayu termasuk menghapuskan semua hak keatas tanah-tanah wakaf di sana. Kampung-kampung Melayu di Singapura dibakar semata-mata untuk membangunkan kawasan tersebut. Inilah nasib Melayu di Singapura. Sistem “apartheid” telah diperkenalkan oleh bangsa Afrikaans di Afrika Selatan. Mereka adalah kuasa minoriti yang telah memansuhkan hak kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam Afrika Selatan. Inilah yang dimahukan oleh DAP agar orang-orang Melayu menerima sistem ala “apartheid” di Malaysia.     
  

Selain daripada surat ini yang dengan jelas tanpa bersuluh menerangkan bahwasanya perjuangan DAP semata-mata agar orang-orang Melayu dilucutkan hak-hak keistimewaan, Lim Kit Siang dalam debatnya di Parlimen pada 23hb Februari 1971 semasa pergulungan Pindaan Perlembagaan 1971, antara lain beliau memberi penerangan tentang kejadian 13 Mei , 1969. Beliau menerangkan tentang kejadian rusuhan kaum tersebut dengan sekali lagi memberi penekanan terhadap isu dimana orang-orang Melayu haruslah melepaskan semua hak-hak keistimewaan mereka. Pendapat beliau itu berbau perkauman dan sangat berat sebelah. Berikut adalah kenyataan beliau dalam perbahasan tersebut ;


“Tuan Speaker. Tuan. Kejadian rusuhan Mei 13 terjadi kerana ada segelintir daripada masyarakat yang tidak dapat menerima keputusan pilihanraya pada Mei 10,1969. Keputusan tersebut telah mengesahkan penerimaan rakyat kepada calon-calon pembangkang baik di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen. Mei 13, 1969 juga adalah kejayaan kepada orang-orang yang tidak menyokong keputusan rakyat lantas telah mengadakan tunjuk perasaan di ibu negara Persekutuan bagi melepaskan rasa geram dan kekecewaan mereka. Inilah adalah cubaan untuk menggagalkan iltizam rakyat yang telahpun membuat keputusan yang berpihak kepada Pembangkang. Ramai rakyat Malaysia terbunuh, dicacatkan dan mendapat kecederaan. Kekacauan dan hura-hara telah menguasai seluruh pelusuk negara pada hari yang malang itu.


Ini adalah satu pengamatan yang sangat berat sebelah. Tidak dinyatakan langsung bahwa penyokong-penyokong DAP telah membuat provokasi yang melampau dengan meraikan kemenangan mereka pada pilihanraya 1969 dimana mereka telah menyemarakkan kemarahan orang-orang Melayu sehingga mereka telah tidak boleh menahan sabar lagi.

Berikut adalah laporan sebenar tentang apakah yang berlaku pada 13hb Mei, 1969.

Perarak-kan Pembangkang yang tidak mengikut peraturan atau Perarak-kan Kemenangan di Selangor.

Diantara hari Ahad, pada 11 Mei dan Isnin, 12 Mei, DAP dan Gerakan telah mengadakan perarak-kan yang di luar kawalan dan sangat bising di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Tindakan ini telah menyebabkan kesan yang tidak baik. Melainkan perarak-kan yang diatur oleh Tan Chee Koon pada 12 Mei, tidak ada satu pun perarakan lain sama-ada besar atau kecil, mempunyai permit polis.

Pada 11 Mei tepat jam 5petang, satu perarakan yang diketuai lima buah kereta dan 15 buah motorsikal yang dipimpin oleh Goh Hock Guan daripada DAP telah memasuki Brickfields. Apabila mereka melewati balai polis Brickfields, peserta perarakan telah melaungkan “apa polis boleh buat-kita raja” dan “buang semua polis Melayu”.

Insiden diatas adalah hasil daripada hasutan DAP yang berdegil menyatakan bahwa “tidak ada bangsa yang boleh dianggap sebagai tuan atau bangsa utama di Malaysia” sebagaimana yang disarankan oleh Lim Kit Siang, “Kita mesti memastikan bahwa lebih ramai rakyat Malaysia dapat menerima sebagai satu prinsip dan juga amalan perkara-perkara asas berkenaan penerimaan konsep kepelbagaian kaum;

Kita teruskan dengan laporan selanjutnya tentang kejadian Mei 13, 1969…
  
11hb Mei 1969 jam 10malam, perarak-kan yang dipimpin Goh Hock Guan dari DAP telah melalui Jalan Travers dan melewati balai polis di sana dan mereka telah bergabung dengan satu lagi perarak-kan DAP dan mereka telah melaungkan “mati Melayu, sakai pergi masok hutan”.

Ketika perarak-kan yang telah di-diluluskan pada 12hb Mei, kenyataan sama serta penghinaan telah dilemparkan kepada orang-orang Melayu. Mereka melaungkan kata-kata nista “Melayu balek kampong”. Mereka juga mencaci “Melayu sekarang tiada kuasa lagi dan hinggakan menyelar dan berkata “sekarang kita control”. Apabila perarak-kan ini bersama-sama dengan 500 skooter tiba di Kampung Baru, laungan kedengaran ‘Melayu keluar, apa lagi dudok disini dan “kita hemtam lu; sekarang kita besar”.


Semua perkara ini tidak dinyatakan oleh Lim Kit Siang yang telah menyampai perbahasan yang berat sebelah pada 23hb Februari 1971 ketika pergulungan Pindaan Perlembangaan 1971. Perkara ini telah berlalu lebih 48 tahun dahulu tetapi Lim Kit Siang masih lagi menjuarai usaha-usaha untuk mengenepikan hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu sebagai kaum majoriti di Malaysia. Terdapat lebih daripada 55% orang-orang Melayu dan 62% Muslim di Malaysia. Namun begitu , penguasaan Melayu/Muslim dalam sektor ekonomi tempatan adalah kurang daripada 30%. Tidak-kah ini menunjukkan bahwa orang-orang Melayu telah bermurah hati kepada orang-orang bukan Melayu dengan membenarkan mereka menguasai lebih daripada 70% ekonomi Malaysia. Bukankah senarai orang-orang paling kaya di Malaysia, lebih daripada 85% adalah dari kalangan bukan Melayu ? Tetapi DAP masih berdegil inginkan ;

 tidak ada bangsa yang boleh dianggap sebagai tuan atau bangsa utama di Malaysia” sebagaimana yang disarankan oleh Lim Kit Siang, “Kita mesti memastikan bahwa lebih ramai rakyat Malaysia dapat menerima sebagai satu prinsip dan juga amalan perkara-perkara asas berkenaan penerimaan konsep kepelbagaian kaum; Malaysia tidak wajar didominasikan oleh satu bangsa baik dalam politik, ekonomi atau kebudayaan.

Bagaimana orang-orang Cina dapat melepaskan dominasi ekonomi mereka di Malaysia ? Adakah mereka sanggup memberikan balik 30% daripada keuntungan perniagaan mereka kepada orang-orang Melayu dan India ? Tentu mereka tindak sanggup. Begitulah juga orang-orang Melayu yang tidak sanggup dan tidak akan melepaskan dominasi politik mereka di tanah asal mereka sendiri. Namun begitu orang-orang Melayu sanggup berkongsi kuasa politik mereka dengan orang-orang Cina dan India melalui pakatan Barisan Nasional yang mengakui dan menerima kuasa majoriti orang-orang Melayu khususnya UMNO.

Tetapi ironisnya , walaupun DAP memperjuangkan agenda menghapuskan dominasi politik Melayu di Malaysia , ada orang-orang Melayu dari PAS dan PKR dengan bodohnya menyokong agenda jahat DAP ini. Bak kata perpatah, Melayu PAS dan PKR akan Menang Sorak dan Kampung Tergadai ! Betapa sesuainya perpatah ini bagi mencerminkan pemikiran Melayu yang menyokong DAP.





Ini bermakna, Melayu PAS dan PKR adalah BARUA DAP !



Nasib Melayu di dalam tangan pemimpin DAP sama seperti arak Beer yang terdapat dalam gelas minuman seperti dibawah ini ;



No comments:

Post a Comment