Friday, 9 December 2011

Pakatan Rakyat - Kepimpinan Melalui Teladan atau Con-Men !




Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah di-implikasikan dengan pelbagai isu-isu yang membabitkan moral peribadi serta etika sivik. Dalam tahun 1999 , Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati bersalah menyalahgunakan kuasa dan telah dipenjarakan selama 6 tahun. Kemudian untuk tuduhan Liwat 1, mahkamah telah mendapati bahwa bukti tempat dan masa tidak konsisten. Kes tuduhan Liwat 1 telah dibuang. Sekarang ini beliau sedang menjalani perbicaraan kes Liwat 2 yang membabitkan bekas pembantu khas beliau. Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta membela diri. Dalam pada itu terdapat pula isu video seks lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam kemelut ini, PKR adalah sebuah parti yang cuba menjadi POLIS MORAL POLITIK Malaysia dengan menuduh Barisan Nasional adalah sebuah parti korup, Perdana Menteri dituduh terlibat dalam Kes Altantuya tanpa bukti sahih tetapi, telah mengalihkan pandangan daripada isu yang melibatkan moral Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengeluarkan kenyataan bahwa ini adalah fitnah politik UMNO. Jika benar PKR ingin memperjuangkan kebenaran serta ketelusan perundangan, dalam kes-kes yang sedang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka kepimpinan Pakatan Rakyat perlu berani sekurang-kurangnya meminta Anwar Ibrahim undur atau letak jawatan buat sementara sehingga nama beliau dibersihkan daripada segala pertuduhan ini. Barisan kepimpinan Pakatan Rakyat serta barisan kepimpinan Parti Keadlian Rakyat tidak berani membuat pembetulan dalaman berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. UMNO dituduh sebagai parti yang sangat korup namun UMNO mempunyai integrity memecat serta menghukum pemimpin-pemimpinnya apabila berlaku pertuduhan yang melibatkan rasuah, skandal kewangan atau skandal seks sekalipun. Jadi kajian lebih dekat terhadap PKR menunjukkan bahwa parti tersebut dan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat tidak mempunyai prinsip yang jelas dalam menguruskan isu-isu pertuduhan yang melanda kepimpinannya. “Double Standard” yang digunakan oleh PKR dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang senantiasa enggan mengambil tindakan ke atas pemimpin yang terlibat dengan pertuduhan salah-laku mencerminkan prinsip sebenar parti-parti Pakatan Rakyat yang tidak telus , tidak berpegang kepada prinsip kepimpinan melalui teladan serta hipokrit kepada perjuangan yang mereka namakan REFORMASI. They are con-men....

3 comments:

  1. To know that one is ordinary is the most extraordinary thing in this world. Every ordinary mind things that he is extraordinary and exceptional.

    The plain truth is that everyone is just like everyone else.

    "How to change myself?" is the religious quest; "How to change everyone else?" is political.

    ReplyDelete
  2. At least as leaders, the people deserved to be led by people who at least have some conscience to own up to their mistakes and failures. We need ordinary leaders. The extraordinary thing is that, people are cheated by hypocrites.

    Injunction against hypocrites that they should be singled out...Jesus Son of Mary, well known for this attitude when he always address the people " ye wicked and adulterous generation"..

    Quran : Chapter 63 - The Hypocrites verse 4
    Now when thou seest them, their outward appearance may please thee; and when they speak, thou art inclined to lend ear to what they say. [But though they may seem as sure of themselves] as if they were timbers(firmly) propped up, they think that every shout is (directed) against them..They are the [real] enemies, so beware of them. May God destroy them.
    ------

    Religious quest is also to stand against falsehood and spread the truth. When good men do nothing that is a sign that the community is destined for doom.

    ReplyDelete
  3. In response to Anonymous 9 December 18: 14 -

    The plain truth is that everyone is just like everyone else.

    Can we test this statement...or law...

    Do you agree that -
    Hitler is just like Mahatma Gandhi ?

    Steve Jobs is like Ayah Pin ?

    Mother Theresa is like Mona Fendey ?

    According to the Quran, the Good and The Bad is not the same. People who are guided are not the same as those who are misguided. In Chapter 18 of the Quran, there is this story about a sage whom Moses wanted to learn from. Obviously both of them are not the same as far as wisdom is concerned.

    I think you have not done Deep Thinking in puting forward you views about nature of things. Its ok..

    ReplyDelete