Monday, 26 December 2011

PAS - Pecah Belahkan Orang-orang Melayu Islam !


Selepas PAS keluar daripada BN pada tahun 1978, maka tidak ada cubaan dari pihak PAS untuk bersatu dengan UMNO demi kesejahteraan rakyat Malaysia. PAS lebih suka berkerjasama dengan musuh-musuh politik UMNO kerana kebencian pemimpin PAS kepada kepimpinan UMNO. PAS sebagai sebuah parti politik , tidak mempunyai kesabaran langsung sebagai sebuah parti agama. PAS sepatutnya mampu member nasihat yang baik jika benar UMNO menyimpang daripada Islam tetapi PAS mengambil langkah mengecam UMNO jika terdapat unsur-unsur tidak Islam dalam kepimpinan UMNO tetapi , PAS sedikit pun tidak member sanjungan pada UMNO apabila UMNO menerapkan Dasar Penerapan Nila-Nilai Islam dalam Pentadbiran Kerajaan. PAS seperti buta terhadap usaha UMNO mengadakan Universiti Islam, Bank Islam, Pajak Gadai Islam, malah dibawah UMNO, semua badan-badan dakwah Islam diberikan sokongan sepenuhnya  oleh kerajaan pusat. Rancangan-rancangan TV berunsur Islam , Halaqah, Imam Muda, Forum Perdana, Ar-Rayyan, dll tidak pernah diberi pengiktirafan oleh PAS. Malah PAS mengecam segala usaha-usaha UMNO sebagai tidak menepati tuntutan Islam dan PAS tuduh UMNO tidak ikhlas.

Petikan Berita Online
Nik Aziz bidas Hadi isu kerajaan campuran PAS-BN
Mar 18, 2009 09 4:20pm


Mursyidul am PAS hari ini membidas tindakan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran PAS-BN baru-baru ini, lapor Bernama. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat cadangan Abdul Hadi itu sebagai membelakangi keputusan muktamar parti itu di Ipoh, Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu. "Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan Umno kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju," beliau dipetik berkata. "Saya tetap dengan keputusan muktamar, barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin."


Bercakap selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim. Nik Aziz, juga Menteri Besar Kelantan, berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.  Katanya, beliau hanya akan akur dengan cadangan Abdul Hadi itu sekiranya semua ahli jawatankuasa pusat PAS bersetuju mewujudkan kerajaan campuran dan keputusan itu perlu ditetapkan dalam mesyuarat khas berkenaan.

"Apa kita nak bercanggah dengan keputusan muktamar, kalau buat mesyuarat dan semua menyokong, kita akan buat, tak ada masalah," katanya seperti dilaporkan.Nik Aziz berkata beliau menentang cadangan Abdul Hadi itu kerana ia bertentangan dengan dasar parti selain dikhuatiri ia tidak akan membawa kebaikan pada PAS.
 
.............................

Jelas daripada petikan berita diatas, PAS tidak berminat dengan usaha-usaha yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia amnya dan orang-orang Melayu Islam khususnya. PAS hanya berminat meningkatkan pengaruh politik kepartian sahaja dan jika niat tersebut membawa pepecahan kepada orang-orang Islam Melayu di Malaysia, maka hal tersebut bukanlah satu perkara yang diambil berat oleh kepimpinan PAS. Sekaligus ini tidak mencerminkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang berwibawa. PAS sekadar melukut di tepi gantang dengan cuba sedaya upaya mengambil kesempatan dari segala peluang politik yang ada hanya semata-semata untuk keuntungan PAS dan bukan kepentingan rakyat yang menjadi pertimbangan. Maka jelas dari sini, PAS tidak berminat untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia. Jika diantara orang-orang Melayu PAS tidak dapat beralah maka bagaimana pula caranya PAS dapat membawa kesejahteraan kepada orang-orang India, Cina, Iban, Kadazan dan lain-lain etnik bangsa di Malaysia.

No comments:

Post a Comment