Monday, 26 December 2011

PAS - Tidak berpegang kepada ajaran Islam !


Dalam tahun 2008/2009, sibuk timbul isu skandal antara Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda [penyanyi nasheed] dimana gambar mereka talh diambil tanpa pengetahuan mereka bersiar-siar di tepi pantai. Sila layari - http://beautifulnara.com/gambar-akhil-hayy-dan-waheeda/

Pada masa tersebut belum ada ikatan mahram antara Al-Fadhil Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda. Al Fadhil Ustaz Akhil Hayy masih lagi suami orang dan Waheeda , anak dara orang. Akhil Hay dijaja oleh PAS dalam ceramah-ceramah PAS sebagai seorang penyanyi rock yang telah pulang ke pangkal jalan. PAS menggunakan imej Akhil Hayy untuk menarik pengundi-pengundi muda. Malangnya apabila ikon Islam PAS ini terkantoi dengan Waheeda di tepi pantai, tidak ada tindakan apa-apa yang diambil oleh PAS malahan tidak ada teguran keras yang dibuat keatas Akhil Hayy ini. 

Orang-orang Islam Melayu seakan-akan diperbodohkan oleh tindakan Akhil Hayy dan PAS dalam menangani isu ini. Tidak ada nampak langsung kesungguhan PAS untuk amar maaruf nahi mungkar apabila berita ini tersebar luas. PAS bertanggung-jawab atas isu ini kerana ianya mencerminkan kredibiliti PAS sebagai sebuah parti politik Islam. 

Jika anak orang salah kita tegur, sepatutnya , kalau salahnya anak kita, maka kita bukan sahaja setakat tegur malah kita seharusnya memukul anak kita semata-mata menjaga imej kita yang berkonsepkan kepimpinan berdasarkan prinsip agama. Jika kita tuduh UMNO sekular dan tidak serius dalam mengamalkan Islam, sebagaimana pimpinan PAS dalam tahun 50an menuduh UMNO membenarkan tiket loteri perjudian yang menjadi asas tertubuhnya PAS, maka apabila Ustaz Akhil Hayy di perlihatkan oleh seorang blogger bersiar-siar di tepi pantai dengan seorang perempuan bukan mahram dalam situasi yang boleh dikatakan buka gaya seorang Al Fadhil Ustaz, PAS seolah-olah buta kepada prinsip mencegah mungkar yang diperjuangkan selama. 

Ustaz Akhil Hayy sehingga sekarang masih lagi bebas berceramah di pentas-pentas PAS seolah-olah apa yang beliau lakukan seperti berlalu begitu sahaja. Inilah konsep moral PAS yang hanya bercakap menuduh orang lain tidak Islam dan kafir tetapi apabila kemungkaran dibuat oleh penceramah upahan PAS, maka tidak ada tindakan yang diambil. Kita faham Al Fadhil Ustaz Akhil Hayy telah bernikah dengan Waheeda tetapi peristiwa yang berlaku sebelmum mereka bernikah tidak dapat diterima atas nama PAS sebagai sebuah parti politik Islam.

10hb 02 2011

Nasruddin Tantawi sahajalah harapan rakyat Kelantan untuk membersihkan segala bentuk maksiat seperti judi, pelacuran dan seks haram luar tabie yang berleluasa di Kota Bharu Bandaraya Islam. Pimpinan PAS Kelantan semuanya sudah terlalu dayus. Ternyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam yang anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh pernah menjadi ahli majlis melindungi aktiviti-aktiviti maksiat dan pelacuran di dalam bandar Kota Bharu. Kenyataan ini memang memeranjatkan. Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu bahkan di dalam DUN Chempaka yang ADUN nya adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul AM PAS .Setelah sedekad Kota Bharu dimartabatkan oleh PAS sebagai Bandaraya Islam, rupa-rupanya itu hanyalah retorik politik. Itu sebenarnya penuh kepura-puraan. Itu sebenarnya penuh dengan kemunafikan.

Hari ini, saya ingin mengajak Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk membersihkan Kota Bharu dari maksiat yang semakin berleluasa yang dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan. Nik Aziz pula tidak perlu cabar sesiapa berdebat kerana Nik Aziz perlu bertaubat dan memikirkan bagaimana beliau mahu menjelaskan bukan kepada kami rakyat Kelantan, tetapi kepada Allah s.w.t tentang aktiviti maksiat yang dilindungi oleh Kerajaan Islam di bawah pimpinannya.

Sementara itu saya beri masa untuk anda semua melemparkan segala tuduhan kepada saya. Kata saya mabuk, kata saya kaki botol dan macam-macam lagi bagi menafikan apa yang akan saya dedahkan untuk beberapa hari yang akan datang. Tetapi jangan dakwa bahawa aktiviti pelacuran dan lain-lain maksiat yang dilindungi pihak berkuasa memang berlaku di Kelantan tetapi kecil berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional. Alasan itu tidak di terima. PAS memerintah Kelantan selama 21 tahun dan sepanjang tempoh itu ADUN PAS, EXCO PAS dan Pembangkang adalah dari kalangan orang Islam. Kota Bharu pula adalah bandar kecil sahaja.

Kalau 21 tahun PAS masih gagal menghapuskan aktiviti pelacuran di Kelantan, janganlah PAS bercakap untuk menghapuskan maksiat di Malaysia yang terpaksa Kerajaannya di kongsi dengan parti-parti bukan Islam. Nasruddin Tantawi perlu tangguhkan dulu aktiviti menyerang majlis sambutan hari Valentine sebaliknya perlu bersihkan maksiat yang dilindungi oleh Parti Islam di Negeri Kelantan
....................

Berkenaan isu maksiat berleluasa di Kota Baru  apakah pegangan PAS sebagai sebuah parti Islam ? 

Ini bukanlah tuduhan palsu tetapi merupakan satu fakta kenyataan yang perlu diambil tindakan oleh PAS. Sebagai parti Islam, keadaan ini tidak sepatunya berlaku. Apakah kredibiliti PAS tercalar dengan pendedahan ini ? Tidak ada apa-apa tindakan susulan yang diambil oleh PAS di dalam isu ini dan ianya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Tidak kah ada protokol atau code of conduct dalam PAS jika ada kenyataan sedemikian, ditubuhkan sebuah jawatan kuasa siasatan dalaman bagi memastikan adakah benar perkara tersebut berlaku. PAS sepatutnya mempunyai pendekatan berbeza sebagai sebuah parti Islam di dalam isu-isu yang berkaitan moral.  PAS sepatutnya mempunyai piawai yang tinggi jika mana-mana kawasan di Kelantan dituduh ada apa-apa bentuk maksiat sebagai menunjuk contoh teladan kepada parti-parti politik yang lain bahwa PAS bukan sahaja rhetorika sahaja dalam implmentasi Islam tetapi benar-benar serius dan praktikal dalam pendekatan islam.  

No comments:

Post a Comment