Sunday, 25 December 2011

PRU 13 - Talkin untuk Pakatan Rakyat...2012 !





Pakatan Rakyat bakal dikalahkan dengan teruk pada pilihanraya ke 13 kelak. Inilah antara sebab kenapa kerajaan negeri DAP P.Pinang dan juga kerajaan negeri DAP Selangor tidak mahu menyertai pilihanraya umum ke 13 jika ianya diadakan sebelum June 2012. 

Pakatan Rakyat sudah tidak mempunyai keyakinan kerana sokongan rakyat terhadap mereka semakin hari semakin pudar. Dalam pilihanraya 2008, BN dibawah teraju PM Abdullah Badawi telah tersasar jauh daripada memuaskan kehendak rakyat kerana terlalu sibuk berpolitik kepartian daripada memberi tumpuan kepada rakyat. Pakatan Rakyat telah menyerang BN dengan propaganda di alam cyber dan mempengaruhi pengundi muda, urban dan di luar bandar. Anak-anak muda membawa maklumat dari alam cyber balik kampung dan telah mempengaruhi pemikiran rakyat di kampung. Pengundi urban mahu mencuba pentadbiran baru kerana telah jemu dengan BN dan faktor perbalahan antara Dr M dan Pak Lah. Tiada perancangan yang dilakukan oleh kerajaan BN Abdullah Badawi ketika itu. Populariti Anwar Ibrahim masih lagi menjadi tiket percuma bagi penyokong Pakatan Rakyat dan PAS masih lagi memegang perjuangan Islam dan Hukum Hudud. Tsunami Politik berlaku dan daripada Lim Guan Eng hingga ke Nurul Izzah, tiada siapa menyangka PR akan memenangi 5 kerajaan negeri dan banyak kerusi parlimen.

Tahun-tahun 2008 hingga ke 2011 adalah tempoh ujian untuk Pakatan Rakyat bagi membuktikan kecekapan mereka mentadbir negeri masing-masing. Namun semuanya meleset sama sekali.

Selangor...

Kerajaan negeri MB Khalid Ibrahim adalah proxy buat DAP dan Anwar Ibrahim. Mangsa dalam pergelutan kuasa mentadbir Selangor adalah PAS. Orang-orang Islam/Melayu PAS dilayan seperti anjing kurap oleh ADUN DAP hinggakan banyak isu-isu sensitif tidak diambil peduli oleh peneraju Pakatan Rakyat. Hassan Ali menjadi mangsa dalam pergelutan tiga segi antara DAP/PAS dan PKR. Larangan menjual arak yang cuba diketengahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di halang oleh ADUN bukan Islam DAP. 




Isu Kristianisasi juga menyebabkan PAS menjadi malu kepada pegundi-pengundi Melayu Islam Selangor kerana telah menjadi BARUA DAP. Pengundi-pengundi Melayu/Islam Pakatan Rakyat dalam PAS malu kepada UMNO kerana mereka diperlakukan seperti bangsat dalam pakatan yang mereka sokong. Mereka malu kepada penyokong mereka sendiri hinggakan Hassan Ali terpaksa bertikam lidah dengan pemimpin-pemimpin PAS Pusat. Akhirnya Hassan Ali dijadikan kambing hitam. Pemuda PAS sekarang telah dengan terbuka menyokong Hassan Ali dengan agenda perjuangan Islam yang telah ditinggalkan oleh PAS. 



P.Pinang...

Tindakan Ketua Menteri memperalatkan beberapa kerat orang-orang Melayu bagi memberi jaminan kepada orang-orang Melayu P.Pinang bahwa DAP mentadbir lebih baik daripada BN ternyata meleset.




 Pemberian wang RM 100 ringgit kepada warga tua yang diungkit dalam setiap keluaran Buletin Mutiara jelas menunjukkan bahwa Kerajaan Negeri mahu setiap usaha mereka disanjung oleh rakyat. Walhal semenjak tahun 1974, Kerajaan Negeri pimpinan BN yang telah berusaha membawa pembangunan kepada semua kaum di P.Pinang tidak pernah mengungkit jasa-jasa mereka malahan rakyat yang menyokong DAP dalam pilihanraya 2008 terus dibantu oleh kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat BN meneruskan usaha-usaha pembangunan P.Pinang dengan terbinanya jambatan kedua, keretapi Bukit Bendera, Pembaikan kepada Sistem Transport shuttle BUS dibawah RAPID yang memberi kemudahan kepada seluruh rakyat P.Pinang. Bantuan juga diberi kepada kerajaan negeri P.Pinang oleh kerajaan Pusat BN dibawah teraju PM Najib Razak.



Namun begitu Lim Guan Eng telah cuai di dalam mentadbir P.Pinang hinggakan terjadi peristiwa dimana gerai-gerai Melayu dan Mamak disita dan ditutup. Pengurusan berat sebelah kaum India di Kg Buah Pala turut menjejaskan reputasi Kerajaan Negeri P.Pinang. Isu Kristian agama rasmi Malaysia yang dibocor oleh ahli DAP sendiri, Ghani juga memberi tamparan hebat kepada pentadbiran Lim Guan Eng yang hanya disokong oleh puak-puak ekstremis Cina. Saranan kerajaan DAP yang disokong oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam P.Pinang konon-nya azan menggangu ketenteraman rakyat turut memberikan tamparan kepada Lim Guan Eng.




DAP sebenarnya adalah jelmaan PAP Singapura yang menggunakan peluang ke-emasan akibat daripada mendapat sokongan orang-orang Melayu PAS dan PKR, untuk menjadikan P.Pinang Singapura No.2. Sekarang ini DAP menghadapi kemelut politik dalaman akibat daripada merebut kuasa pencalonan untuk PRU 13 hingga Ramasamy telah dihalau keluar dari DAP oleh King Karpal Singh. Karpal Singh adalah aset No 1 UMNO dan BN kerana beliau bakal menghancurkan DAP daripada dalam. DAP tewas di Sarawak dan orang-orang Cina moderate mendapati bahwa pengaruh orang-orang Melayu PKR dan PAS semakin hari semakin lemah. Usaha-usaha PM Najib Razak di dalam menghulurkan tangan kepada kumpulan orang-orang Cina moderate bakal menyaksikan P.Pinang kembali dibawah pentadbiran BN. Apabila Koh Tsu Koon berundur daripada bertanding, ini adalah signal bahwa PM Najib Razak mendengar hasrat pengundi-pengundi Cina P.Pinang.

Kelantan dan Kedah

PAS telah menjadi Santa Claus Pakatan Rakyat dimana DAP telah berjaya menghancurkan PAS dengan perlahan apabila menasihati PAS menerima ideologi Kerajaan Kebajikan untuk digantikan dengan Hudud.




 Nik Aziz yang mendapati bahwa sokongan Pemuda PAS semakin luntur secara tiba-tiba telah membuat keputusan kembali kepada Hudud. Ini adalah satu penipuan besar terhadap rakyat khususnya orang-orang Melayu Islam yang telah diperbodohkan bulat-bulat oleh PAS. 



Pentadbiran PAS di Kedah dan Kelantan yang sangat lemah telah membuktikan bahwa PAS tidak mempunyai kebolehan mentadbir selain daripada kebolehan berceramah diatas pentas dengan pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai nilai membawa sebarang kebaikan kepada rakyat seperti Mat Sabu. Apa guna-nya Mat Sabu ini yang tidak mempunyai pendidikan dan hanya pandai membuat kenyataan "politically incorrect" bagi menaikkan imej beliau sendiri di mata rakyat. Isu fakta sejarah komunis yang cuba diputar-belitkan oleh Mat Sabu amat mengecewakan. Di bawah pentadbiran Britisah, sekurang-kurangnya, rakyat diberi hak bersuara dan British telah membawa pelbagai pembahruan kepada tanah jajahan ini hatta hingga sekarang Civil Service Malaysia adalah peninggalan Civil Service British. Komunis yang disokong oleh orang-orang Cina yang berkiblatkan Komunis Cina dan Russia hanya akan membawa kesengsaraan kepada rakyat Malaya ketika itu dengan menghuru-harakan negara ini. Jika Komunis menang di Malaya maka semua agama dan anutan akan dimansuhkan di Malaya. Hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-Raja Melayu akan dimansuhkan. Inilah yang diperjuangkan oleh Mat Sabu dan PAS. 



Anwar Ibrahim

Punca utama Pakatan Rakyat akan ditalkinkan pada PRU ke 13 ini adalah disebabkan kepimpinan Anwar Ibrahim. Sebagaimana 2008, Tsunami Politik disebabkan Anwar Ibrahim maka Tornado Politik PRU 13 akan melanda tidak lama lagi disebabkan isu-isu Skandal Seks Pemimpin DeFACTO PKR. Parti Kelentong Rakyat. Anwar Ibrahim adalah aset kepada UMNO dan BN sekarang ini. Anwar Ibrahim terlampau kemaruk sokongan hatta hinggakan sanggup menipu Dr M menulis surat minta bantuan kewangan ketika krisis kewangan 1998. Kenapa baru sekarang isu ini diketengahkan ? Sepatutnya beliau ambil tindakan mahkamah kepada Dato Shazryl Eskay dan jawab mana jam Omega ? Itupun tak terjawab ada hati nak buka cerita Dr M tulis surat kepada World Bank...inilah yang dinamakan PBM..Politik Berok Makyeh...

At no time did I write a letter or verbally request for loans from the World Bank. If Anwar can show evidence that I did, he should. Failing that he should swear on the Quran in a mosque that he knows what he says is true. I am prepared to swear that I never asked for loans from the World Bank. (Tun Dr Mahathir)....(well done Tun..hantam sama dia)..

Rumusan..

PRU 13 - Talkin untuk Pakatan Rakyat. 2/3 majoriti kembali kepada BN di Parlimen. Semua negeri-negeri di seluruh Malaysia akan kembali kepada Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat telah menjadi angkuh.

Terima-kasih Anwar Ibrahim and your China Doll...




Terima Kasih Lim Guan Eng - Tutup kedai Mamak dan Melayu..



Terima-kasih - Hassan Ali...gaduh dengan kepimpinan PAS..



Terima-kasih - Karpal Singh...gaduh dengan Ramasamy...



Terima-kasih - Datuk Najib Tun Razak - 1Malaysia..

Tak pa...Nuar..Kita pekena teh dulu pasai esok ni hang nanti pekena 
teh halia kat Sg Buluh....



  

No comments:

Post a Comment