Wednesday, 7 December 2011

YB Datuk Arif Shah - ADUN Seberang Jaya - Winnable Candidate


Blog ingin merakamkan setinggi-tinggi terima-kasih kepada YB Datuk Arif Shah. Ini adalah kerana dedikasi luarbiasa beliau sebagai ADUN Seberang Jaya, Butterworth, (N10) P.Pinang  yang telah berusaha berkhidmat untuk rakyat dengan penuh ikhlas. 

                                            YB Arif Shah - bersongkok.

Blog telah menerima satu aduan berkenaan dengan keadaan BLOK O, Apartment Permata di Bandar Perda. Pengadu bernama Nazri bin Saad yang bekerja di kilang Southern Steel. Pengadu mengatakan tangki besar diatas bangunan BLOK O telah rosak dan air melimpah masuk ke dalam unit apartment rumahnya di alamat BLK O-4-16, Apartment Permata, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam .P.Pinang. Aduan ini dibuat pada 30hb Nov 2011.

Pada jam 11.49pm , 30hb Nov 2011, blog the menghubungi YB Datuk Arif Shah yang sibuk di Kuala Lumpur menghadiri persidangan perwakilan UMNO. Namun begitu pada jam 11.57pm, YB balas sms blog dengan meminta sedikit maklumat.

Pada 5hb Disember 2011, masaalah kebocoran dari tangki air telah diselesaikan. YB Datuk Arif Shah personally telefon blog hari ini pada jam 4.45 petang bertanyakan tentang masaalah tersebut. Blog menghubungi Nazri Saad dan dimaklumkan masih terdapat kebocoran. YB Datuk Arif Shah call balik blog dan dimaklumkan tentang masaalah yang belum selesai. YB Datuk Arif Shah secara peribadi memastikan plumber di hantar ke tempat kejadian. Beberapa jam kemudian blog dimaklumkan, masaalah telah diselesaikan. 

Inilah antara perkhidmatan yang diberikan oleh seorang ADUN BN yang sememangnya banyak berjasa kepada penduduk di kawasan-nya. Jadi Nazri Saad serta rakan-rakan di BLOK O yang dahulunya amat krtikal terhadap ADUN BN, telah berubah hati. Inilah kerja-kerja di belakang tabir yang tidak disedari oleh rakyat kerana telah termakan dakyah pembangkang. Di dalam isu ini, Majlis Perbandaran P.Pinang yang dibawah kerajaan negeri DAP, sedikitpun tidak mengambil perhatian. ADUN Pembangkang, jauh panggang dari api. Mereka hanya pandai berceramah di pentas tetapi langsung tidak ambil peduli masaalah rakyat walaupun Bandar Perda adalah kubu kuat PKR dan PAS.

Sudah tiba masanya, penduduk-penduduk di P.Pinang khususnya orang-orang Melayu mengubah haluan kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional bagi PRU ke 13 ini. 

Bagi pengetahuan pembaca, sistem maklum balas pejabat YB Datuk Arif Shah mempunyai "certification ISO". Inilah seorang ADUN yang berjiwa rakyat. He is truly a WINNABLE CANDIDATE. Dalam ghairah kita mencari WINNABLE CANDIDATE janganlah kita mencantas orang-orang lama yang banyak berjasa. Cuma calon-calon yang tidak berkhidmat untuk rakyat yang perlu ditukar bagi PRU ke 13 ini..

Syabas YB Datuk Arif Shah Omar Shah. 
You are the best !

1 comment:

  1. YB Datuk Arif antara calon pilihan GPB sebagai Winnable Candidate di DUN PP selain beberapa nama lagi ...

    ReplyDelete