Sunday, 8 January 2012

901 atau Lokap No 786 di Sg Buluh...





Arun will be there for 901. Dont worry !

9hb Januari 2012 adalah satu tarikh yang penting untuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hari tersebut menandakan detik bersejarah sekali lagi dalam hidup beliau di mana kali ini sekali lagi penghakiman akan dijatuhkan ke atas beliau.  

Kes Liwat 2 ini berlainan sikit daripada Liwat 1 kerana kali ini, yang menuduh dengan sukarela membuat laporan polis. Tidak ada unsur-unsur dimana mangsa tidak rela di dalam membuat laporan. Tambahan  pula mangsa adalah orang yang dipilih sendiri oleh Anwar Ibrahim. Jadi bagaimana pula nak dikaitkan teori konspirasi dengan mangsa yang dipilih sendiri oleh Anwar Ibrahim ?



Perkara ini tidak akan berlaku jika Anwar Ibrahim mempunyai kriteria pemilihan di dalam memilih Personal Assistant. Seorang wakil rakyat tidak boleh memilih P.A berdasarkan rupa paras. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga baru sahaja dilepaskan dari kesalahan Liwat 1 dan beliau sepatutnya berhati-hati. Jika ini dikatakan perangkap maka silapnya kenapa "pi makan umpan" kalau ikut cakap loghat Kedah. Tujuan umpan adalah untuk menangkap ikan atau tikus. Silap nya tak kan Datuk Seri tak dapat bezakan antara umpan dengan P.A.

Jika perkara ini benar-benar tidak berlaku maka saya sendiri jika dituduh akan ke Mekah dan bersumpah atas Quran di Mekah dan menafikan perkara telah berlaku. Dalam kes ini mangsa nampaknya lebih berani dari yang dituduh. Kenapa ?

Adakah ini satu sandiwara Anwar Ibrahim ? Dalam kes ini pada permulaan Anwar dikatakan ada alibi (saksi yang bersama-sama beliau semasa kejadian) tetapi sebaik sahaja kes pembelaan dikemukakan, tiada alibi yang dibawa sebagai saksi. Kenapa ?

Semua pertuduhan tidak dapat disangkal oleh pihak pembelaan sebaliknya, pihak pembelaan telah meminta Perdana Menteri dan isteri tampil ke depan sebagai saksi. Ini satu perkara yang luarbiasa. Pembelaan bahwa hal ini satu kospirasi dari segi perundaangan adalah satu pembelaan yang lemah.

Apa yang patut dilakukan oleh Karpal Singh adalah mengemukakan bukti dan keterangan bahwa semua bukti yang dibawa oleh pihak prosecution adalah tidak benar dan palsu. Bukti CCTV, air mani, DNA, keterangan kejadian , masa serta tarikh kejadian semuanya tidak disangkal oleh pihak pembelaan. Malahan Anwar Ibrahim tidak berani masuk ke dalam kandang saksi untuk memberi keterangan. Disebabkan itu beliau telah tidak disoal balas oleh pihak prosecution.
Pakar tulang belakang dibawa untuk memberi keterangan bahawa Anwar mati pucuk. Kenapa dibawa pakar sakit belakang buat pengesahan. Sepatutnya di bawa pakar sakit tuan. Kalau mati pucuk, bagaimana air mani Anwar ada dalam dubur Saiful ? 

Keterangan dibawah diambil daripada blog suarapakatanrakyat.com. Blog ini adalah blog yang menyokong Anwar Ibrahim.

Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.
Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka.
Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya.

Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian. Selain dari itu, penampilan Najwan Hilmi sebagai saksi pembelaa dan provokasi seolah-olah cuba untuk menggambarkan Saiful sebagai seorang gay hanya menguatkan lagi bahawa liwat benar-benar berlaku.
Anwar minta bantuan paderi.
Pembelaan diri yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar dari kandang tertuduh di mana, pastinya atas nasihat dan hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun hujah yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful. Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah.
Karpal pula menyediakan hujah-hujah secara am sahaja dalam menafikan bukti saintifik yang dikemukakan pendakwa. Lebih dari itu, semua saksi pembela yang dibawa Karpal terbukti tidak punya kredibiliti dan kenyataan mereka dengan mudah boleh dipertikai dan dipatahkan oleh pendakwa.
Satu persoalan yang bermain di kalangan penyokong Datuk Seri Anwar ialah, tidak mungkin Karpal tidak terlebih dahulu menyelidik latar belakang saksi-saksi pembela yang dikemukakannya. Apakah Karpal tersilap terlalu memandang rendah terhadap pihak pendakwa dan menyangka yang mereka tidak akan mampu mendedahkan latarbelakang yang meragukan saksi-saksi yang dikemukakannya? Inikah sikap peguam yang kononnya tersohor?
Politik apa yang dimainkan Karpal sehingga memerangkap Datuk Seri Anwar?
Karpal mungkin menyangka yang hujah mengesahkan bahawa kejadian liwat berlaku secara suka sama suka akan membantu Anwar mendapat sokongan luar. Namun, sedarkah Karpal impak hujah sedemikian terhadap sokongan terhadap Anwar dari kalangan umat Islam?
Persoalan saya yang terakhir adalah , jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dan selepas daripada itu Kerajaan Persekutuan telah berhadapan dengan satu senario dimana seorang menteri telah dituduh dengan salah laku seks dan pada hari hukuman dijatuhkan, menteri tersebut telah mengadakan perhimpunan besar-besaran di hadapan Mahkamah Persekutuan dan pada masa itu mungkin Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka adakah perhimpunan tersebut akan dibenarkan ? Fikir-fikirkanlah. Sila lihat link dibawah untuk keterangan penuh kes Liwat 2.

http://hhalem.blogspot.com/2011/12/peguamcara-negara-berjaya-memaku-karpal.html

No comments:

Post a Comment