Sunday, 1 January 2012

Rasuah - Terkini dari 2008 hingga 2011 / Tindakan Kerajaan melalui SPRM.

Statistik Rasuah Malaysia Terkini - 2008 hingga 2011

Link - Pesalah Rasuah Terkini : http://www.sprm.gov.my/

Ikan Bilis vs Ikan Jerung : http://www.sprm.gov.my/images/artikel/Ikan_Bilis_Ikan_Jerung.pdf

------------------------

Antara isu yang dimainkan pembangkang menjelang pilihanraya adalah tentang rasuah yang diamalkan UMNO dan Barisan Nasional. Hujah balas kepada isu ini terletak kepada penguatkuasaan pesalah-pesalah rasuah. Rakyat diberi tanggapan bahwa kerajaan semasa sentiasa mencari jalan untuk menutup kes-kes rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik.

Terkini adalah berita dimana Bekas Menteri Besar Selangor - Dr Mohd Khir Toyo didapati bersalah di dalam kes berkenaan hartanah yang dibelinya dengan harga yang kurang daripada harga pasaran dimana kedudukan beliau sebagai MB Selangor telah disalahgunakan di dalam mendapatkan hartanah tersebut. Kes ini dibawa ke mahkamah apabila ada bukti, keterangan saksi dan laporan polis yang dilakukan.

Kerajaan Barisan Nasional juga mempunyai sejarah dimana pemimpin yang terlibat dengan rasuah atau melanggar etika telah diambil tindakan. Berikut adalah senarai dimana pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional dipecat atau tindakan diambil ke atas mereka. Senarai ini melibatkan pemimpin dari parti UMNO.

Tuan Haji Abdul Aziz Ishak
11hb Oktober 1962 - Tuan Haji Abdul Aziz Ishak – Menteri Pertanian dan Koperasi yang juga merupakan Ketua Bahagian UMNO Selangor dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dilucutkan daripada jawatan beliau kerana tidak menghormati kepimpinan UMNO yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.  Tuan Haji Abdul Aziz Ishak secara terbuka telah mengkritik kepimpinan UMNO pada masa itu atas beberapa sebab yang berasaskan prinsip. Tuan Haji Abdul Aziz Ishak telah tidak bersetuju dengan strategi pembangunan luar bandar yang dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak. Pada 12hb Oktober 1963, Tuan Haji Abdul Aziz Ishak telah dibuang daripada Majlis Tertinggi UMNO setelah membuat pembohongan ke atas polisi-polisi politik , ekonomi dan sosial kerajaan memerintah.

Datuk Syed Jaafar Albar
11hb Ogos 1965, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Syed Jaafar Albar telah meletakkan jawatan beliau setelah tidak bersetuju dengan tindakan Presiden UMNO – Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kerana telah bersetuju membenarkan Singapura berpisah dengan Malaya pada ketika itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad
12hb Julai 1969, Dr Mahathir Mohamad (pada ketika itu) telah dipecat ke-ahliannya daripada UMNO kerana telah membuat salinan kepada umum surat peribadi beliau yang ditulis untuk Tunku Abdul Rahman. Kritikan beliau terhadap Presiden UMNO ketika itu telah melanggar kod etika disiplin di dalam UMNO.

Datuk Seri Haji Ahmad
17hb March 1970, Hakim Mahkamah Raja Azlan Shah telah mengarahkan penyitaan aset bernilai RM 324,479.00 milik Menteri Besar Perak, Datuk Seri Hj Ahmad yang disyaki memiliki harta tersebut melalui kegiatan rasuah. Datuk Seri Haji Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dua hari selepas tarikh jatuh hukuman.

Datuk Harun Idris
26hb March 1976, Datuk Harun Idris telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah undi tidak percaya dibuat keatas beliau oleh Majlis Dewan Undangan Negeri Selangor. Beliau ditiduh terlibak dalam skandal kewangan bernilai RM 8 juta ringgit milik bank Kerjasama Rakyat.  Setelah itu Datuk Harun Idris telah dihadapkan ke mahkamah dan dipenjarakan selama dua tahun.

Datuk Abdullah Ahmad dan En Abdullah Majid
2hb Disember 1976 – Timbalan Menteri Sains , Teknologi dan Alam Sekitar serta Timbalan Menteri Buruh – Datuk Abdullah Ahmad dan En Abdullah Majid telah meletakkan jawatan setelah mengaku terlibat dalam kegiatan parti Komunis. Kedua-dua Timbalan Mentri  tersebut telah ditahan dibawah ISA dua hari selepas meletakkan jawatan.

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
12 April 1997 – Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan Ketua Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila dikaitkan dengan satu pertuduhan di mahkamah yang melibatkan tuduhan terhadap Tan Sri Muhammad Taib yang dikatakan memiliki harta bernilai jutaan ringgit di Australia.

Datuk Seri Rahim Thamby Chik
11  April 1994 – Menteri Besar Melaka – Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Melaka dan jawatan di dalam UMNO kerana terlibat dalam satu pertuduhan merogol seorang budak perempuan berumur 15 tahun.  Beliau kemudian di dapati tidak bersalah.

Dato Seri Anwar Ibrahim
2hb September 1998 – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan semua jawatan dalam kerajaan termasuk jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO setelah dituduh terlibat dalam aktiviti homoseksual serta salah guna kuasa. Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah menyalahguna kuasa dan dipenjara 6 tahun.

Daripada statistik dan fakta yang dikemukakan, Kerajaan BN sedang melancarkan operasi pembersihan dimana daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil JUGA akan diminta untuk meletakkan jawatan berkenaan isu NFC Feedlot yang telah dketengahkan bukan oleh pembangkang tetapi oleh sebuah jabatan kerajaan iaitu Jabatan Audit Negara. Ini menunjukkan bahwa kerajaan BN mempunyai ketelusan dan mengamalkan sikap terbuka di dalam menghadapi masaalah rasuah. UMNO sebagai sebuah parti sentiasa berani untuk mengambil tindakan keatas sesiapa sahaja yang terlibat dalam rasuah, salah-guna kuasa politik serta melanggar etika parti.

Persoalan sekarang, apakah tindakah kerajaan negeri P.Pinang apabila ada isu status tanah yang berpindah milik kepada pemimpin DAP ? Apakah tindakan disebalik pemberian tender direct nego kepada Red Zone dalam mengadakan Penang Wifi dengan belanja melebihi jutaan ringgit ? Apakah tindakan ke atas ADUN DAP Selangor yang terlibat mengAli-Babakan syarikat Bumiputera dan yang telah mengambil wang rakyat hingga menyebabkan Teoh Beng Hock membunuh diri untuk menutup kes rasuah DAP ?


Rujuk Link -


http://t4tbh.blogspot.com/2009/08/bribery-cheque-for-dap-serdang-aman.html


http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/12/dap-penyumbang-kepada-kenaikan-indeks.html






Apakah tindakan kepada MB Kelantan yang membenarkan menantunya menguruskan syarikat milik kerajaan negeri ? 


Rujuk Link - 


http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2010/01/bila-terdedah-rasuah-nik-aziz-tuduh.html






Apakah tindakan kepada MB Selangor sekarang ini yang terbabit dalam isu penjualan pasir dan lain-lain skandal kewangan ?
Jawapan kepada persoalan di atas sama-samalah kita putuskan apabila PRU ke 13 diumumkan kelak.... 

No comments:

Post a Comment