Friday, 31 August 2012

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim - Winnable Candidate P16 Baling !


Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim merangkap Ketua Putera UMNO Malaysia adalah antara pemimpin politik yang paling aktif dan prolifik di Malaysia. Beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO bukan sahaja dalam negara hatta sehingga ke luar negara beliau sanggup menggadai nyawa demi memastikan bantuan kemanusiaan dapat dihulurkan. Bagi pengundi-pengundi di Baling Kedah, walaupun beliau tewas pada pilihanraya 2008, namun Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak berundur dari Parlimen Baling malah tetap setia kepada rakyat Baling walaupun tewas kepada calon PAS. Inilah semangat pemimpin ikhlas lagi berjiwa rakyat yang sangat-sangat diharapkan oleh rakyat Malaysia. Datul Abdul Azeez mempunyai gaya kepimpinan yang sangat unik dan praktikal. Beliau sering turun ke padang dan mendengar sendiri keluhan rakyat. Ini bagi memastikan bahawa tidak ada jurang antara rakyat dan pemimpin. Rata-rata Datuk Abdul Azeez begitu senang untuk bersama-sama rakyat, berbincang, berbual serta berkongsi pengalaman pahit manis. Beliau seringkali kelihatan menghulurkan bantuan kepada rakyat bukan sahaja di Baling malah di kawasan luar dari sempadan politik beliau sehingga ke luar negara.

Kita dapati Datuk Azeez telah sampai ke Palestine, Somalia , Jepun dan yang terbaru beliau telah menghulurkan bantuan sehingga ke Burma membantu etnik Rohingya yang dizalimi oleh Junta Burma. Tinjauan blogger ke pejabat Datuk Abdul Azeez di Kg Attap minggu ini mendapati, team beliau sibuk dengan tugasan menghantar bantuan ke Burma dan sedang membuat persiapan menghulurkan helmet percuma kepada penunggang-penunggang motorsikal sebagai satu cara kempen pemimpin mendekati rakyat. Apabila berlaku ribut dalam tahun 2010, beliau adalah antara pemimpin yang telah turun padang di Kuala Ketil untuk membantu mangsa-mangsa ribut secara terus dan mengikuti setiap perkembangan rakyat di dalam dan luar kawasan politik beliau. Inilah ciri-ciri kepimpinan ikhlas seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Datuk Abdul Azeez adalah salah seorang "winnable candidate" yang layak menjadi calon di Baling dan blog ini meramalkan bahawa beliau akan menang di Baling dengan majoriti lebih 10'000 di Parlimen P16 - Baling.

Ikuti laporan ini tentang kasih sayang serta "cara" - Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mengambil berat terhadap rakyat Baling...[ sila rujuk gambar di atas].....Inilah contoh kepimpinan ikhlas Datuk Abdul Azeez.

BALING 27 Ogos - Penderitaan adik Mohd. Firdaus Azmi, 11, yang mengalami penyakit saraf benar-benar menyentuh perasaan Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang melawatnya sehinggakan pemimpin berkenaan terus membawa kanak-kanak itu ke Hospital Baling (HB) untuk pemeriksaan lanjut.

Abdul Azeez yang sebelum itu melawat Mohd. Firdaus di rumahnya di Kampung Sungai Batu dekat sini mendapati anggota kaki dan tangan kanak-kanak itu terketar-ketar menyebabkan beliau bimbang sesuatu berlaku terhadapnya.

Beliau terus menghubungi doktor yang sering merawat kanak-kanak itu di Hospital Sungai Petani dan doktor berkenaan menasihatkan agar Mohd. Firdaus dibawa ke HB dahulu bagi mendapatkan rawatan awal sebelum doktor berkenaan membuat pemeriksaan susulan.

Abdul Azeez yang kini sedang sibuk membuat persiapan terakhir sebelum ke Somalia kemudiannya terus membawa kanak-kanak itu dengan kenderaan peribadinya ke HB.

"Saya kasihan melihat keadaan Mohd. Firdaus yang terketar-ketar dan bimbang sesuatu berlaku terhadapnya," katanya.

Mohd. Firdaus yang merupakan anak tunggal pasangan Azmi Ibrahim, 52, dan Mashitah Abdul Aziz, 48, terpaksa hanya minum susu sejak dilahirkan menggunakan saluran tiub tanpa dapat menjamah makanan lain.

Menurut Mashitah, anaknya setiap hari terpaksa menggunakan tiub getah untuk minum susu yang berharga RM132 (1.5 kg) satu tin dan hanya mampu bertahan selama empat hari sahaja.

Utusan
28 Ogos 2011

Video dibawah ini adalah lawatan Datuk Abdul Azeez bersama kepimpinan UMNO Kedah yang melawat mangsa ribut di Kuala Ketil pada tahun 2010..


No comments:

Post a Comment