Friday, 31 August 2012

Perjuangan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ...Tiada titik noktah !


Calon Parlimen P16, "Winnable Candidate" Baling, Kedah, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ketua Putera UMNO terus mara dengan misi-misi kemanusiaan beliau yang tiada mengenal erti berundur.  Beliau adalah antara pemimpin politik yang aktif bukan setakat memberi bantuan kemanusiaan tetapi dengan berani mengikuti setiap ekspidisi kemanusiaan ke tempat-tempat hotspot yang sangat merbahaya dan bukan calang-calang pemimpin yang berani melakukan apa yang dilakukan oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. "He is just selfless".  Beliau adalah seorang pemimpin politik yang tidak memegang apa-apa jawatan langsung dalam kabinet malah bukan wakil rakyat tetapi telah melaksanakan tugasan sebagai wakil rakyat ke seluruh dunia tanpa mengira kawasan dan sempadan politik. Inilah ciri-ciri kepimpinan ikhlas yang diperlukan oleh rakyat Malaysia sekarang ini yang berdasarkan gerak kerja dan bukan bersandarkan ceramah politik serta sembang sembang kosong di atas pentas yang diikuti tepukan. Misi-misi yang diketuai oleh Datuk Abdul Azeez diikuti oleh ramai anak-anak muda yang telah mengabdikan diri kepada perjuangan Datuk Abdul Azeez ini. Malah beliau selalu mengatakan bahwa misi beliau adalah kejayaan Kelab Putera UMNO dan bukan milik beliau secara peribadi...Kata-kata hikmat dari pendeta Cina Lao Tzu menjadi inspirasi kepada Datuk Abdul Azeez..

Go to the people. Learn from them. Live with them. Start with what they know. Build with what they have. The best of leaders when the job is done, when the task is accomplished, the people will say we have done it ourselves.Lao Tzu

Bayangkan apa yang bakal dilakukan oleh Datuk Abdul Azeez jika diberi mandat oleh rakyat dan menjawat jawatan Menteri mana-mana Kementerian.....yang sesungghnya akan menyaksikan satu revolusi perubahan yang bakal berlaku yang akan mengejutkan semua pihak atas kebolehan dan kemampuan Datuk Abdul Aziz, Singa Politk Baru Malaysia yang berkerja untuk rakyat atas dasar " by my work, you shall know me".....

If your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, you are a leader. 
John Quincy Adams 

The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort, but where he stands at times of challenge and controversy.
Martin Luther King, Jr.



Kelab Putera 1Malaysia bantu Rohingya

01/09/2012 - 05:12:24 AM


Kuala Lumpur: Kelab Putera 1Malaysia yang dalam perancangan membantu masyarakat Rohingya yang menjadi mangsa kekejaman etnik di Myanmar merayu sumbangan makanan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada golongan itu. 

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata beliau ada menemui pelarian Rohingya yang berjaya melarikan diri ke Malaysia dan dimaklumkan keadaan di sana semakin kritikal kerana kekurangan makanan. 

“Kalau rakyat Malaysia tidak mahu sumbangkan duit, mereka boleh membeli barang makanan seperti beras dan tepung. Dari segi makanan ia mudah kerana makanan asasi orang Rohingya sama dengan kita,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam. 

Beliau berkata, selain makanan, keperluan utama lain yang diperlukan ialah minuman, ubat, pakaian, makanan dan susu bayi, katanya. 

Abdul Azeez berkata pasukan terdiri daripada 10 doktor serta 10 sukarelawan dari kelab akan berada di sempadan Bangladesh/Myanmar dalam tempoh seminggu dari sekarang atau selepas Aidilfitri nanti. 

“Ini adalah misi negara yang ke-27. Kita akan pastikan segala aspek keselamatan dipatuhi dengan ketat kerana tidak mahu insiden tembakan Somalia daripada berulang,” katanya. 

Abdul Azeez berkata wartawan turut dijemput tetapi terpulang pada pertubuhan media yang berminat dan beliau akan berjumpa dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim untuk membincangkan perkara tersebut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment