Monday, 10 September 2012

Revolusi Warna


revolusi  warna

Kerajaan Thai dalam masa yang terdekat telah berhadapan dengan penunjuk perasaan yang berpakaian T-shirt merah yang telah melumpuhkan operasi lapangan terbang Survarna Bhumi, Bangkok. Kumpulan ini mendesak kerajaan mereka supaya mematuhi beberapa tuntutan yang akhirnya kerajaan memerintah kehilangan kuasa dan digantikan dengan sebuah kerajaan baru. Di Malaysia kita juga mengalami beberapa insiden tunjuk perasaan yang menamakan perhimpunan mereka sebagai Bersih 2.0 dan di-ikuti dengan Bersih 2.0  Kumpulan ini pula berpakaian T-Shirt berwarna kuning. 

Apakah signifikan baju merah penunjuk perasaan Thai dengan baju kuning penunjuk perasaan Bersih 2.0 dan 3.0 di Malaysia ? Kedua-duanya menggunakan warna sebagai satu cara menunjukkan protes mereka. Mereka sebenarnya tergolong dalam satu pergerakkan global yang dinamakan pergerakkan revolusi warna.

Revolusi warna tanpa syak lagi adalah satu fenomena baru yang sedang menular dalam arena pembangunan politik masa kini. Tujuan saya mendedahkan hal ini di dalam blog ini supaya dapat diambil peringatan para pemimpin politik tentang bahaya dan kesan revolusi warna ini yang mampu menghancurkan negara kita dengan menimbulkan kacau bilau. Kita perlu memahami ciri-ciri pergerakkan ini dan bentuk-bentuknya supaya dapat diambil tindakan yang sewajarnya di dalam membenteras wabak ideology ini yang sememangnya dicipta oleh pergerakkan demokrasi barat. Mari kita mulakan dengan definasi yang diambil daripada Wikipedia. Laman web ini adalah antara yang pertama menerangkan tentang wujudnya revolusi warna ini dengan memberi definasi yang berikut ;

"Color revolution(s) is a term used by the media to describe related [political] movements that developed in several societies in the CIS (former USSR) and Balkan states during the early 2000s. Some observers have called the events a revolutionary wave. Participants in the color revolutions have mostly used nonviolent resistance, also called civil resistance. Such methods as demonstrations, strikes and interventions have been [used to] protest against governments seen as corrupt and/or authoritarian, and to advocate democracy; and they have also created strong pressure for change.

Freedom House, National Democrat Institute, International Republican Institute, CIA, MOSSAD, USAID, CIDA, Albert Einstein Institution, and various western NGOs including Jew billionaire George Soro’s Open Society Institute – are ‘the foreign instigators and helpers’ who pave the way for a pro-USrael regime changes around the world. These groups arrange dessident groups behind a single opposition leader (a pro-West would be ideal, but even an anti-West would do the trick” 

Ringkasnya, revolusi warna ini adalah pergerakkan politik yang berasal dari negara-negara barat terutamanya Eropah kemudiannya diambil alih oleh Amerika Syarikat. Ia merupakan satu gelombang ideologi yang menular dari sebuah negara ke negara yang lain. Penyokong-penyokong dalam revolusi warna ini semuanya menggunakan penentangan aman pada mulanya yang melibatkan orang awam. Demonstrasi, mogok dan perhimpunan haram semuanya digunakan bagi tujuan melumpuhkan kerajaan memerintah dan memaksa perubahan yang mereka perjuangkan. Pergerakkan revolusi ini semuanya menggunakan warna tertentu atau bunga sebagai simbol mereka.

Revolusi warna ini amat ketara sekali di dalam menggunakan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan khususnya kumpulan-kumpulan aktivis pelajar di dalam mengatur penentangan aman atau perhimpunan-perhimpunan haram.  Revolusi warna ini amat berjaya sekali di Serbia (terutama dalam Revolusi Jentolak pada tahun 2000), di Geogia melalui Revolusi Bunga Ros (2003), di Ukraine dengan Revolusi Oren (2004), di Lubnan dinamakan Revolusi Araz (yang paling ganas pernah berlaku), di Krygyzstan dengan Revolusi Tulip (2005), Revolusi Biru di Kuwait (2005), di Iraq ia dikenali sebagai Revolusi Unggu (2005) dan di

Czechoslovakia ia dikenali sebagai Revolusi Baldu (2005). Revolusi Hijau pula telah dimulakan di Iran pada tahun 2009 hingga 2010 tetapi gagal. Revolusi ini akan dimulakan atas dasar menentang keputusan pilihanraya atau meminta pilihanraya diadakan secara adil. Namun jika ditunaikan kehendak penganjur revolusi ini mereka tetap akan melakukan protes sehinggalah kerajaan yang ditentang dijatuhkan dan mereka mengambil alih kepimpinan kerajaan.  Tujuan penentangan mereka sebenarnya adalah topeng kepada hasrat mereka untuk mengambil alih kerajaan walaupun kerajaan semasa mentadbir dengan baik. Agenda mereka disokong pula oleh pergerakkan demokrasi dari negara-negara barat yang memang berniat memerintah negara-negara yang sedang membangun melalui proxy. Revolusi warna adalah hasil usahasama pemimpin-pemimpin pembangkang dengan negara luar yang berusaha untuk menguasai sesebuah negara dan selalunya sokongan kewangan yang besar datang daripada kerajaan negara-negara barat dan NGO-NGO barat yang mensasarkan negara tertentu untuk diambil alih melalui revolusi warna ini.

Revolusi warna adalah satu bentuk penjahahan baru yang telah dicipta oleh negara-negara barat dengan menggunakan kepimpinan tempatan yang merancang utnuk membuat kacau bilau di dalam sesebuah negara. Mereka akan adakan pelabagai tuntutan dan tuduhan kepada kerajaan yang memerintah dan pada masa yang sama cuba tidak akan menerima apa saja pembaharuan yang dibawa walaupun tuntutan-tuntutan mereka telah dipenuhi. Ideologi yang dibawa oleh revolusi warna ini memperdagangkan konsep politik songsang yang sesat malah membawa kesan yang amat buruk kepada sesebuah negara. Rakyat menjadi keliru. Keliru dengan maklumat-maklumat palsu yang disebarkan oleh pihak pembangkang. Pihak kerajaan pula akan diserang tanpa henti dengan tohmahan yang dikeluarkan secara besar-besaran meliputi semua media alternatif, laman sosial dan blog-blog anti kerajaan yang dikawal-selia oleh jentera-jentera milik revolusi warna ini dari dalam dan luar negara. Begitulah adanya dengan perancangan licik revolusi warna ini yang hanya semata-mata berusaha atas dana yang diberikan oleh proxy negara-negara barat bagi menjatuhkan mana negara-negara yang mereka ingin ambil alaih dan inilah bentuk penjajahan alaf baru yang sedang rancak berlaku dan jika kita berwaspada ia akan berlaku kepada negara kita ini.


No comments:

Post a Comment