Saturday, 20 October 2012

Seni Kritik dalam Politik

Satu budaya yang kian menular dalam Barisan Nasional dan UMNO adalah trend "BERSETUJU dan PATUH" yang bakal melumpuhkan pembangunan politik Malaysia. Sikap menerima apa sahaja polisi, keputusan, sikap, perbuatan kepimpinan politik berdasarkan parti bukan sahaja ketara dalam parti-parti politik kerajaan namun ianya juga satu fenomena yang meruntuhkan parti-parti pembangkang. Seni dalam urusan bercanggah pendapat memang satu skill yang sangat lemah di kalangan ahli-ahli politik Malaysia. Rata-rata kita bangkang atau menerima satu-satu usul, semata-mata berdasarkan siapa yang mengutarakan usul tersebut. Penyokong BN akan bersetuju apa sahaja yang diucapkan kepimpinan politik BN dan penyokong PR akan bersetuju apa sahaja yang diucapkan kepimpinan politik PR. Ini satu trend yang tidak sihat jika sebagai sebuah negara yang ingin membangun seni kritik dalam politik tidak diberi perhatian.

Dalam UMNO, orang luar yang memandang ke dalam akan berasakan bahwa "these are group of people who agreed to agree with everybody within the group" Jarang-jarang sekali kita dapati ahli-ahli UMNO mengkritik sesama sendiri kerana takut untuk bertelagah sesama sendiri. Seni mengkritik ini perlu-lah ada disiplin. Sebelum seseorang itu boleh mengkritik, perlu ada prinsip yang dipersetujui. Bertolak dari prinsip ini maka barulah boleh kita mengkritik sesuatu isu berdasarkan fakta bagi tujuan menghalusi perkara yang akhirnya dapat membawa kebaikan kepada semua orang.

Jika kita pandang Pakatan Rakyat, kita dapati masaalah yang lebih serius. UMNO membenarkan ahli-ahli mengkritik kepimpinan parti tersebut dan adakalanya kritikan tersebut akan berakhir dengan pemecatan pemimpin. Ini bukanlah norma tetapi berlaku dalam UMNO walaupun majoriti ahli-ahli UMNO adalah YES MAN. Dalam Pakatan Rakyat, sama-ada DAP, PKR atau PAS, budaya mengkritik sesama sendiri tidak diizinkan sama sekali. Jika ada kritikan maka tindakan disiplin akan diambil dan ahli-ahli akar umbi lazimnya akan dipecat. Terdapat juga pemimpin-pemimpin yang dipecat semata-mata kerana berbeza pendapat dengan kepimpinin tertinggi Pakatan Rakyat. 

Budaya mengkritik haruslah dijadikan inti pati kepada pendidikan am di negara ini kerana rata-rata rakyat Malaysia "do not know how to disagree in a civilised manner". Jika kita kritik UMNO tidak bermakna kita bukan ahli UMNO. Kita kritik kerana ingin memperbetulkan perkara-perkara yang tidak betul. Bagi BN dan UMNO, survival jangka masa panjang terletak kepada kebolehan untuk menampilkan satu budaya baru yang membangkang dari dalam segala keputusan dan pendekatan secara agresif bagi memastikan pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan. Jika menang PRU 13, maka ini perlu dilakukan dengan segera.

Bagi memastikan kritikan menjadi efektif, maka usaha untuk berkata-kata dan memperjuangkan KEBENARAN haruslah menjadi konsep utama sesebuah badan siasah politik yang ingin menjadi pilihan rakyat. Ahli-ahli UMNO perlu berani kritik dan kondem jika ada barisan kepimpinan UMNO yang menyalahguna kedudukan untuk kepentingan peribadi. Masyarakat di luar sebahagian besar hilang hormat kepada BN dan UMNO disebabkan gejala pemimpin yang menggunakan kedudukan sebagai pemimpin bagi memperkayakan diri serta keluarga. Inilah yang membuatkan rakyat berasa tertipu. Ahli-ahli UMNO dan BN memainkan peranan menjadi suara rakyat dalam parti mereka dan mengkritik kepimpinan parti yang menyeleweng.

Atas konsep landasan kebenaran inilah kita dapati Pakatan Rakyat, satu gabungan parti-parti politik yang langsung tidak memperjuangkan kebenaran dan tidak mengkritik langsung salah-laku mana-mana pemimpin-pemimpin mereka walaupun terdapat bukti-bukti yang sahih berkenaan perbuatan salah-laku tersebut. Penyokong Pakatan Rakyat seolah-olah memberikan blank cheque kepada barisan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk melakukan apa sahaja yang mereka kehendaki hatta hinggakan PKR dilihat sebagai sebuah parti yang dipelopori sebuah keluarga dan kawan-kawan keluarga tersebut. Tidak ada keberanian dalam PKR atau PAS mahupun DAP mengkritik perkara-perkara tidak berprinsip dalam parti tersebut. 


Kenapa DAP membenarkan Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau-Pinang sedangkan beliau bukan rakyat Pulau-Pinang ? Ini semata-mata kerana beliau anak Lim Kit Siang. Kenapa PAS tidak membantah apabila DAP menolak hudud ? Ini adalah kerana saranan Anwar Ibrahim agar mereka fokus dalam menjatuhkan BN walaupun secara prinsip mereka bercanggah pendapat. Beberapa contoh ini mendedahkan betapa lemahnya seni kritik dalam politik Pakatan Rakyat yang berlakon di hadapan rakyat yang mereka memperjuangkan kebenaran demi rakyat. Sebenarnya , agenda Pakatan Rakyat telah diselewengkan dan mereka nampak bersatu kerana mereka mempunyai musuh yang sama iaitu BN dan UMNO. Tetapi sebagai satu barisan politik baru, semua gesaan mereka adalah lakonan semata-mata dan kepimpinan DAP dan PAS telah ditipu oleh Anwar Ibrahim yang gila dalam usaha menjadi Perdana Menteri Malaysia atas alasan menutup segala salah-laku yang telah beliau lakukan. 

Jika kita tidak cermat, apa yang akan terjadi bila budaya BERSETUJU dan PATUH  ini menular dalam barisan kepimpinan kita maka kuasa untuk mentadbir negara ini sudah tidak lagi berada dalam tangan-tangan pemimpin yang berprinsip. Apabila pemimpin-pemimpin yang tidak berprinsip dipilih rakyat memimpin mereka, maka tunggulah saat-saat kehancuran melanda negara tersebut. Seni kritik dalam politik haruslah diberi kepentingan agar kita saling tegur menegur dalam kesabaran, tegur menegur dalam kebenaran. Jika tidak,maka demi masa, manusia akan berada dalam kerugian yang amat besar.