Sunday, 4 November 2012

BN Menang PRU 13 - Insya Allah


Ini adalah satu analisa umum dan prediksi terhadap keputusan PRU ke 13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Beberapa perkara akan diberi perhatian bagi analisa ini tetapi yang paling penting adalah memberi sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang penting untuk dipertimbangkan oleh seluruh rakyat Malaysia agar jangan tersilap memilih kerana jika kita hanya menang sorak, negara akan tergadai !

Keputusan PRU 12 - 2008




Ini adalah antara keputusan terbaik yang pernah dicapai oleh pakatan pembangkang, (Pakatan Rakyat) yang mana mereka sendiri tidak sedar bagaimana mereka boleh mendapat kemenangan yang begitu besar dalam PRU ke 12 yang lalu. 

Namun begitu, dalam keadaan yang tergugat dan antara keputusan paling buruk pernah diterima oleh Barisan Nasional, tetap tercatat Barisan Nasional masih memegang 63% kerusi Dewan Rakyat. Ini menunjukkan satu realiti bahawa Barisan Nasional masih merupakan sebuah gabungan politik yang mantap dan kuat walaupun selepas diancam hebat oleh Pakatan Rakyat pada PRU ke 12. Maka dengan kekuatan ini, Barisan Nasional telah masuk kembali ke medan pilihan rakyat bagi menghadapi PRU ke 13. 


Kesilapan BN pada PRU ke 12

Secara sepintas lalu berikut adalah (antara lain) kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan oleh BN pada PRU ke 12..

  • Kepimpinan BN bertelagah sesama sendiri selepas daripada PRU 11. Boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja isu-isu yang tidak dipersetujui dan kepimpinan Tun Abdullah Hj Ahmad  Badawi selaku PM ketika itu telah membenarkan perbalahan terbuka antara pemimpin-pemimpin BN peringkat negeri mahupun persekutuan. Perbalahan terbuka di dalam media telah membuka pekung BN di mata rakyat dan buat pertama kalinya BN telah kelihatan hilang kawalan ke atas sebuah kesatuan yang berpaksikan penyatuan sebagai teras kekuatan. 
  • Perbalahan antara Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi telah menyebabkan serangan rhetorika dan pelbagai kritikan ke atas kepimpinan serta keputusan Tun Abdullah Badawi berkaitan pelbagai isu-isu dilancarkan secara terbuka yang mana telah menyebabkan kewibawaan Tun Abdullah Badawi selaku PM ketika itu telah dipersoalkan.
  • Kepimpinan Tun Abdullah Badawi yang tidak menampakkan ketegasan dalam membuat keputusan telah menyebabkan ramai di kalangan kepimpinan BN berpecah-pecah menjadi pelbagai puak dan masing-masing hanya memberi tumpuan bagaimana mendapat habuan kepada kumpulan masing-masing dengan cara mempergunakan kedudukan yang ada bagi memperkayakan diri serta kumpulan-kumpulan yang menyokong mereka.
  • Kepimpinan PM tidak turun padang bagi mendengar keluhan serta rintihan rakyat. Keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil diikuti dengan harga barangan yang naik mendadak serta kenaikkan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan beberapa kali telah menampakkan keadaan menjadi semakin bercelaru dibawah kepimpinan Tun Abdullah Badawi.
  • Campurtangan pihak ketiga dalam urusan pentadbiran Tun Abdullah Badawi telah secara langsung memberi isyarat bahwa kuasa mentadbir tidak terletak pada tangan Perdana Menteri tetapi PM di dapati mentadbir melalui proxy. 
  • PRU 12 diadakan secara tergesa-gesa tanpa meniliti keadaan iklim politik semasa yang tidak meihak kepada BN.
  • Tiada strategi menyeluruh di dalam menghadapi PRU 12 dan campur-tangan pihak ketiga di dalam menggugurkan calon-calon "WINNABLES" candidates seluruh negara telah menyebabkan network sokongan parti-parti BN menjadi tidak tentu arah menjelang PRU 12.
  • Banyak isu-isu politik negeri, kepartian dan persekutuan yang tidak dijawab dengan kemas oleh kepimpinan Tun Abdullah Badawi dan banyak perkara dibiarkan tidak terbalas dan tidak terjawab.
  • Jentera pilihanraya BN dalam menghadapi PRU 12 telah meremehkan kekuatan media sosial yang telah dieksploitasikan sepenuhnya oleh pakatan pembangkang dengan jayanya.
  • UMNO telah menunjukkan sikap ektremis dalam Mesyuarat Perwakilan sebelum PRU ke 12 yang telah menakutkan pengundi-pengundi Cina. 


Penipuan Pakatan Rakyat selepas PRU 12

Semenjak 2008, Pakatan Rakyat telah diberi peluang untuk mentadbir beberapa negeri di Semenanjung. Setelah 3 tahun memerintah, P.Pinang, Kedah dan Selangor, apakah yang telah dilakukan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat ? Kesan pentadbiran dapat dilihat dan dijadikan kayu ukur sama-ada PR mampu mentadbir negeri-negeri ini dengan baik ;

Malang sekali, apa yang berlaku adalah satu senarai penipuan yang dilakukan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat ;

P.Pinang

Lim Guan Eng, Ketua Menteri Bangsat menipu orang-orang Islam bahwasanya tiada ada pertemuan paderi-paderi di P.Pinang untuk berbincang menjadikan Malaysia tapak penyebaran agama Kristian. Apabila Razali, ahli DAP yang hadir buat laporan polis, maka temberang Lim Guan Eng terserlah. Mohamed Razali Bin Abd Rahman adalah Bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP. Beliau mengaku pernah tinggal di gereja selama 2 minggu. Paderi Marine, warga USA telah berada di Malaysia selama 5 tahun untuk mengkristiankan orang Islam di Malaysia. Setiap minggu sekurang-kurangnya 2 orang Melayu telah dimurtadkan. Beliau telah keluar dari menjadi ahli DAP diatas kesedarannya sendiri kerana mendapati bahawa DAP paling benci kepada bangs Melayu beragama Islam dan Raja2 Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.

Seorang pemimpin kanan DAP pernah didalam ucapannya menyatakan"we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian."

Razali pernah ke Balai Polis untuk membuat laporan polis tentang kristian agama rasmi. Mat Sabu mengarahkannya supaya ditarik balik.

Guan Eng menawarkan RM 1Juta dan bercuti di Melbourne dan minta dia menarik balik laporan polis. Paderi di tempat kerja isterinya juga membuat tawaran yang lumayan untuk menarik balik laporan polis.

Senarai rancangan besar DAP yang diberitahu oleh Mohamed Razali adalah seperti berikut:
1. Kristian Agama Rasmi.
2. Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.
3. YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
4. Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan, Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang.
5. Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.
6. Pertandinagn tilawah Al Quran akan dihapuskan.
7. NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.
8. Perkahwinan campur akan digalakkan, Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu).
9. Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.
10. Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
11. Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
12. MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.
13. GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
14. Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.
15. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
16. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
17. Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.
18. KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
19. Kedutaan Israel akan dibuka.
20. Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
21. Majlis antara agama akan menggantikan Majlis Agama Islam
22. Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam. Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah mintak untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.
23. DEB akan dimansuhkan
24. Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. Mat Sabu pernah kata "Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib daam satu majlis tertutup." PAS telah berjaya diliberalkan.
25. Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP.
Selain daripada isu-isu di atas, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DMMPP) membidas kerajaan negeri DAP kerana berbohong mengenai tindakan DAP menindas peniaga Melayu Pulau Pinang.

Rizal Faris Mohideeen Abdul Kader berkata statistik darpada majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun lalu (2009) rampasan jualan penjaja tanpa lesen melibatkan 152 gerai milik peniaga Melayu, Cina 84 Gerai dan India 17 gerai. Manakala pada tahun 2008 tindakan sama mengikut kaum, 132 Melayu, 110 Cina dan 17 India.

Perbandingan ketara rampasan dibuat kepada kaum Melayu dan Cina. Melayu daripada 132 pada tahun 2008 meningkat kepada 152 gerai iaitu sebanyak 20 kes, manakala Cina pula berkurangan sebanyak 26 kes iaitu daripada 110 berkurang kepada 84 kes.

Beliau mempersoalkan tindakan negeri yang masih menipu Melayu kenapa fakta ini disembunyikan.

Manakala bagi lot perniagaan pula, terdapat 3,077 lot perniagaan. Di pasar sebanyak 1,726 disi oleh kaum Cina, 423 kaum Melayu dan 128 kaum India.

Manakala 2,762 tapak penjaja sejumlah 1,792 diberi kepada kaum Cina, Melayu (419) dan India (97).


Kedah

PAS yang dah kena kerat teloq oleh DAP menjadikan Menteri Besar YB Azizan macam berok makyeh. Begitulah tidak bermaruahnya PAS telah diperlakukan oleh DAP. YB Azizan mengeluarkan arahan bahwa dalam bulan Ramadhan lalu , premis hiburan harus ditutup. PAS Pusat telah mengubah arahan ini atas desakan DAP. Apabila pemberita bertanya pada YB Azizan, beliau menipu mengatakan bahwa perubahan arahan bukan kerana DAP. Kerajaan Kedah membuat keputusan larangan itu Mei lalu tetapi mendapat bantahan daripada operator pusat hiburan serta parti dalam Pakatan Rakyat, yang bimbang ia akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam. Pegawai negeri itu berkata, kontroversi berkenaan selesai selepas Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu wakil pusat hiburan, semalam dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

Mengapa DAP melalui akhbar-akhbar Cina menghentam PAS atau pun menghentam dasar-dasar Islam di Kedah? Mengapa kita perlu mengalah? Apakah PAS atau Melayu PKR pernah mempersoal tindakan Lim Guan Eng menukar nama jalan kepada tulisan Cina di Pulau Pinang? Maka mengapa tulisan Jawi masih dipersoalkan. Ini menunjukkan DAP tidak pernah ikhlas dan tidak pernah menghormati PAS dan umat Islam. Orang Melayu kata, manis hanya di bibir sahaja, tetapi di dalam hati mereka sahaja yang tahu.

Perhatikan komen mereka ini,"...Sebab itu perlaksanaan polisi-polisi yang lain juga mengganggu rakyat di negeri itu, contohnya polisi  50 peratus kuota perumahan  bumiputera, polisi industri hiburan dan industri minuman arak, bergelora tidak tenteram, berkali-kali timbul masalah.

Kemudian DAP melalui akhbar Cina memperlekehkan dasar-dasar Islam, baca lagi di sini, "...Polisi itu bukan sahaja telah menjejaskan penyokong dari kalangan bukan Islam, ia juga boleh mengganggu penyokong-penyokong Pas yang bukan dari kalangan orang Islam, dan juga orang-orang Melayu moden di kawasan-kawasan bandar..."

Selangor

Apabila pegwai JAIS menyerbu Gereja Damansara kerana berdakwah kepada Melayu Muslim yang hadir, Menteri Besar Khalid Cap Ayam, telah mengeluarkan arahan agar jgn ada sesiapa keluarkan kenyataan. Arahan ini tidak diendahkan lantas PAS Pusat telah menyoal Hassan Ali dan memberi komen atas isu ini. PAS Pusat telah memanggil Hassan Ali dan telah melangkau authoriti Hassan Ali dengan menyoal pegawai-pegawai JAIS. PAS membuat kenyataan Membangun Bersama Islam di Selangor. Tetapi apabila pegawai-pegawai menguatkuasa undang-undang Islam , PAS jadi seperti biawak pasir kerana takut penyokong Kristian DAP. Sial punya PAS. Menipu atas nama Islam.


Skim Tabung Anak Wawasan Selangor (TAWAS) yang digembar-gemburkan tanpa henti akhirnya mati begitu sahaja apabila Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan bahawa skim ini tidak mendapat pembiayaan yang sepatutnya dan telah gagal menepati janji-janjinya. Janji untuk memberikan RM100 dalam bentuk simpanan tetap kepada setiap bayi baru lahir di negeri Selangor hanya kekal menjadi sebuah janji kosong.



Sejak penubuhannya pada tahun 2008, 19.4% (60,972) daripada 313,706 anak kelahiran Selangor telah memohon mendapatkan skim ini. Daripada 60,972 permohonan, hanya sebanyak 21,918 permohonan telah diluluskan.



Selangor telah memperuntukkan RM13.5 juta untuk TAWAS. Namun daripada jumlah ini, kira-kira RM4.5 juta adalah untuk kos operasi, manakala baki RM8 juta pula adalah jumlah sebenar untuk program ini.



Dalam sektor pendidikan, pihak kerajaan Selangor telah mengalami kerugian berjumlah RM39.69 juta dalam tahun 2010, dan RM13.56 juta melalui Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) iaitu syarikat yang menjalankan operasi UNISEL.

Kelantan

Salah urus yang besar dalam Program Ladang Rakyat oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Program ini bukanlah sebuah program yang kecil. Ia melibatkan sejumlah 19 buah projek kesemuanya, dan meliputi kawasan seluas 81,095 ekar (satu setengah kali keluasan Kuala Lumpur sebenarnya!).



Projek ini pada mulanya telah dirancang untuk membantu golongan miskin negeri Kelantan dengan menjanjikan dividen dan gaji bulanan sebanyak RM200 dan RM700. Selain daripada itu, projek ini mensasar untuk menyediakan tempat tinggal percuma dan merangsang kadar guna tenaga tempatan. Namun pastinya, janji-janji ini tidak ditepati. Golongan miskin yang meletakkan harapan yang tinggi ke atas program ini masih lagi hidup dalam status quo.

Apabila dua buah projek di bawah program ini gagal mencapai sasaran, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat (PPLRK) telah memajak 17 buah projek yang selebihnya (keluasan tanah terlibat adalah 76,780 ekar) kepada 16 buah syarikat yang terpilih.

Namun seperti yang telah dijelaskan secara terperinci dalam Laporan Ketua Audit Negara, tiada jawatankuasa khusus telah ditubuhkan untuk menilai kebolehan atau prestasi silam 16 buah syarikat tersebut. Apa yang lebih teruk lagi adalah apabila kesemua 16 buah syarikat tersebut telah dicadangkan oleh tidak lain tidak bukan CEO PPLRK sendiri.


Untuk mengeruhkan lagi masalah, analisa audit terhadap perjanjian bersama syarikat-syarikat ini telah menunjukkan bahawa syarat perjanjian terbukti berat sebelah dan tidak menyebelahi kepentingan-kepentingan kerajaan negeri.



Sebagai contoh, dalam tempoh pajakan selama 20 tahun itu, syarikat-syarikat tersebut dikatakan bakal memperolehi keuntungan bersih berjumlah RM1.6 bilion. Walaubagaimanapun, mereka hanya perlu membayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan sejumlah RM421 juta dalam bentuk bayaran pajakan. Anggaran keuntungan bersih 16 buah syarikat ini adalah setinggi RM59 juta setahun untuk tempoh 20 tahun yang akan datang!



Dan siapa pula pemegang-pemegang kepentingan dalam Liziz Standaco Sdn Bhd? Dalam satu lagi kontroversi tanah di Kelantan, Laporan Ketua Audit Negara mempersoalkan langkah Kerajaan Negeri Kelantan menawarkan 1,000 ekar tanah kepada Liziz Standaco pada tahun 2003. Ini sepatutnya untuk sebuah projek pembangunan dan pengindahan tebing sungai selama 12 tahun.



Berlandaskan tawaran itu, Liziz Standaco harus membayar semula RM389.09 juta kepada Kerajaan Negeri. Namun di dalam Laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan Negeri Kelantan telah hanya menerima sejumlah kecil pembayaran RM45.7 juta sehingga ke hari ini. Baki berjumlah RM343.4 juta masih lagi belum dibayar.
 ------------------------------------

Ini pula Penipuan lain Kepimpinan Pakatan Rakyat

1. Anwar menipu tentang jam Omega......

2. Wan Azizah menipu tentang jam Omega....

3. Anwar menipu tentang samada beliau kenal Eskay...

4. Anwar menipu tentang Video Seks Dato T..

5. Mat Sabu menipu tentang hubungan sulit dengan Normah..

6. Lim Guan Eng menipu tentang Open Tender - Red Zone Wifi...

7. Nik Aziz menipu tentang tahap jenayah di Kelantan. Rogol Sumbang Muhrim No. 1 di Kelantan

8. Haji Hadi menipu orang-orang Islam Malaysia dengan menukar Negara Islam kepada Negara Kebajikan..

9. Anwar Ibrahim menipu tentang Altantuya..

10. Anwar Ibrahim menipu tentang RPK...

11. Chegu Bard menipu tentang cincin Rosmah...



Kenapa kita perlu sokong Barisan Nasional ?

Kelebihan utama BN adalah pengalaman selama lebih 53 tahun menerajui kepimpinan Negara memberikan satu pengalaman yang cukup serta matang di dalam menarajui kerajaan. Kerajaan perlu kepada menteri-menteri yang cekap serta berkebolehan untuk menerajui kementerian-kementerian secara efektif bagi membolehkan penumbuhan ekonomi serta pembangunan yang membawa kemakmuran kepada rakyat. Secara kesuluruhan BN telah memimpin Negara dengan jayanya dan meletakkan Malaysia di mata dunia. Sehinggakan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengaku bahawa Malaysia merupakan suatu ancaman kepada Singapura. BN telah berjaya mengagihkan kekayaan kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga di dalam senarai orang-orang terkaya di Malaysia 8 di antara 10 adalah orang-orang Cina. BN tidak pernah menindas mana-mana kaum di dalam sejarah pemerintahan selama 53tahun dan sentiasa bertolak ansur bagi mendapatkan muafakat antara kaum-kaum bagi menjamin kemakmuran dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Berikut adalah dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional semenjak tahun 1957 sehinggalah sekarang ;

Pradasar Ekonomi Baru  (1956-1970)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)
Dasar Wawasan Negara (2001-2010)
Wawasan 2020
Model Ekonomi Baru (2010-2020)

Model Ekonomi Baru – MEB

Latarbelakang

1.       Model Ekonomi Baru (MEB) peringkat pertama diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pada 30hb Mac 2010.
2.      MEB melibatkan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong transformasi dan untuk menggerakkan Malaysia ke arah menjadi negara maju.
3.       Bagi mencapai matlamat MEB , sistem lama haruslah digantikan dengan sistem baharu dalam pentadbiran kerajaan.

EMPAT TONGGAK TRANSFORMASI NEGARA

Pertama
1Malaysia
Slogan - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Matlamat - Pemeliharaan dan penigkatan perpaduan dalam kepelbagaian

Kedua
Program Transformasi Kerajaan (PTK) / GTP – Government Transformation Programme
Pelaksanaan - Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Matlamat – Penyampaian berkesan dalam perkhidmatan kerajaan

Ketiga
Program Transformasi Ekonomi (PTE) / ETP – Economic Transformation Programme
Pelaksanaan – Insisiatif Pembahruan Strategi
Matlamat – Berpendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan

Ke-empat
Rancangan Malaysia Kesepuluh    
Pelaksanaan – Sasaran Pertumbuhan makro ekonomi dan peruntukkan perbelanjaan
Matlamat – Kelancaran pelaksanaan program pembangunan kerajaan


Matlamat Model Ekonomi Baru
MEB yang berasaskan pendekatan holistik bagi menjamin kualiti hidup rakyat dan mencapai pembangunan ekonomi secara terus dalam jangka masa panjang melibatkan matlamat-matlamat seperti yang berikut ;

·         Berpendapatan tinggi
Sasaran – Mencapai USD 15’000-20’000 per.kapita
·         Keterangkuman
Sasaran – membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya
Kemampanan
Sasaran – Memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang

Ciri-Ciri Teras MEB

·         Berpandukan pasaran
Mengalakkan pertumbuhan ekonomi melalui produktiviti , berpandukan sektor swasta, berasaskan kelompok, industry dan firma yang berkemampuan teknologi tinggi
·         Tadbir urus yang rapi
Kerajaan akan menjadi fasilitator yang cekap menerusi rangka kerja kawal selia yang rapi, seimbang, fokus pasaran dan membantu pasaran. Memiliki kakitangan yang berkelayakan tinggi seperti dinamik, fleksibel dan sebagainya.
·         Berintegrasi serantau
Meluaskan pasaran melalui serantau dalam bidang perdagangan dan perkhidmatan serta melalui pembentukkan rantaian penawaran dan rangkaian pengeluaran rentas sempadan
·         Keushawanan
MEB akan menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keushawanan bagi memanfaatkan sebaik-baiknya pertumbuhan daripada pembiayaan yang sedia ada.
·         Inovatif
Memanfaatkan inovasi dan teknologi terkini bagi menjana produk, perkhidmatan dan proses kreatif yang memiliki nilai tambah yang tinggi dalam arena teknikal, sosial dan institusi.

lihat sini -




Adakah Pakatan Rakyat - alternatif kepada Barisan Nasional ?

Persoalan ini haruslah dijawab dengan jujur dan ikhlas. Persoalan kepimpinan negara bukanlah satu persoalan yang boleh dibincangkan dengan sambil lewa sahaja sambil mengopi secawan dua. Ini persoalan serius dan memerlukan pemikiran yang dalam dan bernas. Formula Pakatan Rakyat menggabungkan PKR , DAP dan PAS.

 PKR adalah sebuah parti pelbagai kaum ber-ideologi Keadilan Sosial dan Demokrasi Liberal yang Progressif. Tapi pada masa yang sama ia hanya memperjuangkan secara konsisten nasib Ketua Umumnya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ideologi Sosialis Keadilan adalah satu konsep politik yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman sebenarnya. Ideologi sosialis ini memperjuangkan konsep sama-rata. PKR adalah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa Melayu kerana memperjuangkan supaya hak-hak majority Melayu dan Bumiputera diketepikan dan diberikan bahagian sama rata dengan kumpulan minority Cina dan India. Sudah tentu DAP akan menjadi amat senang dengan ideologi ini. PKR menolak bulat-bulat Hak Istimewa Melayu, Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Baru. Bercita-cita mewujudkan Malaysia sebagai sebuah negara republic dengan sistem dua parti. Sistem dua parti ini jika tidak mendapat mandat rakyat sepenuhnya akan menyebabkan urusan  pentadbiran kerajaan menjadi terbantut kerana sistem undian tidak mengira parti kerajaan atau pembangkang.  Difahamkan PKR mendapat perhatian dan sokongan daripada negara luar seperti Amerika Syarikat. PKR sebenarnya berjuang atas niat dendam kesumat terhadap kepimpinan UMNO. Kisah Anwar Ibrahim samalah seperti kisah Iblis tatkala diseru menyembah Nabi Adam a.s lantas melenting dan takbur dengan kedudukan dirinya. Anwar Ibrahim sanggup memperjudikan bangsa dan agama demi kepentingan sempit peribadi. PKR telah menolak cirri-ciri penting budaya politik Melayu seperti Ketuanan Melayu , menyeru orang-orang Melayu  menderhaka kepada kepimpinan Melayu dan tidak taat setia kepada pemimpin dan parti Melayu terbesar. PKR tidak menganggap UMNO sebagai mewakili budaya politik Melayu dan wadah perjuangan bangsa sebaliknya menganggap UMNO sebagai alat perkakas orang-orang politik Melayu kelas atasan. PKR sangat bergantung harap kepada karisma Anwar Ibrahim dan jika Anwar terkubur maka PKR akan turut terkubur sama. Tidak ada barisan pemimpin yang berwibawa dalam PKR yang mampu menjadi pemimpin alternatif kepada kepimpinan Barisan Nasional. Barisan pemimpin muda PKR juga tidak matang dalam menguruskan isu-isu perkauman kerana tidak ada pengalaman Public Relations dalam menguruskan hal ehwal keadaan rakyat. Pendek kata, PKR merupakan parti jelmaan PRM atau PRSM yang memperjuangkan ideology sosialis yang menganggap bahwa Malaysia adalah kepunyaan semua kaum tanpa mengira bahawa orang Melayu adalah teras politik negara ini. PKR cuba sedaya upaya menjual konsep ini kepada orang-orang Melayu.

PAS pulak adalah sebuah parti yang ideologinya adalah memperjuangkan Islam semata-mata. Konsep Hudud PAS yang tidak mampu dijelaskan kepada orang-orang bukan Islam yang mencapur aduk-kan sistem perundangan Arab lama dengan din-nul Islam yang terkandung dalam Al-Quran serta dalam himpunan hadis-hadis sahih telah mengelirukan umat islam di Malaysia. Kod-kod perundangan hudud ciptaan PAS tidak sealiran dengan kehendak piawai perundangan zaman moden. Ini perlu kepada penelitian dan kemas-kini kepada satu sistem perundangan yang tidak lagi berkembang semenjak Perang Dunia Pertama jelas menampak-kan bahwa PAS tidak mempunyai pendekatan ilmiah kepada isu hudud tetapi menggunakan hudud sebagai alasan politik untuk menjatuhkan UMNO. Apabila DAP menolak perlaksanaan Hudud PAS, maka pemimpin PAS menjadi dayus lalu Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahwa Hudud boleh ditangguh hingga satu masa kelak yang dijangka sesuai. Inilah dakyah PAS selaku parti politik yang menipu rakyat bulat-bulat kerana bukan takut kepada Allah , tetapi takut kepada pemimpin-pemimpin DAP. PAS sebenarnya beriman kepada Lim Kit Siang , Karpal Singh dan Lim Guan Eng. Pemimpin-pemimpin PAS seperti hilang taring apabila berhadapan dengan barisan kepimpinan DAP. Kalau dengan lantang PAS boleh mengkritik UMNO tetapi apabila DAP menyelar Islam, PAS jadi seperti tikus tengok besi , menjadi kaku dan tidak mampu membuat satu pegangan yang kejap disebabkan hasutan Anwar Ibrahim. PAS adalah barua DAP dan semua keputusan PAS adalah mencerminkan kepentingan DAP. Maka benarlah jika dikatakan jika kita mengundi PAS samalah seperti memangkah DAP. PAS sebenarnya bercita-cita mewujudkan sistem politik Islam ala khalifah atau cara politik Iran. Malangnya, orang-orang bukan Islam masih ramai lagi di Malaysia ini. PAS sepatutnya meninggalkan arena politik dan fokus pada kerja-kerja dakwah Islamiah bagi mengIslamkan Malaysia seluruhnya. Jika PAS berkata ini adalah mustahil maka PAS telah menolak Sunnah Nabi iaitu Tabligh yang bermakna menyampaikan ajaran Islam. Pada suatu tahap permulaan perjuanngan PAS ia menolak untuk bekerjasama dengan bukan Melayu dalam soal pemerintahan negara. Namun selepas tahun 1999 prinsip PAS sudah mula moderat dan lembut lalu dibawah pengaruh PKR, PAS bersetuju bekerjasama dengan DAP malah lebih dari itu PAS sanggup bekerjasama dengan Syaitan sekalipun.

DAP adalah sebuah parti politik yang seakan-akan PKR yang berideologi Sosialis yang memperjuangkan Malaysian Malaysia namun hakikatnya DAP adalah sebuah parti Ultra Cina tidak lebih dari itu. DAP menolak hak istimewa orang-orang Melayu, Ketuanan Melayu dan Dasar Ekonomi Melayu. DAP juga menolak bahwa orang-orang Melayu adalah Bumiputera di negara ini.

Pengakuan Tunku Aziz tentang DAP ;

TUNKU AZIZ: Ia adalah satu kesilapan besar saya untuk menyertai politik sebenarnya. Saya bukan seorang ahli politik. Jiwa saya bukan jiwa orang politik. Saya menyertai DAP kerana mereka mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum namun sebenarnya jauh tersasar. Pada pendapat saya, sebagai rakyat di negara ini, kita tidak boleh hidup sebagai satu kaum sahaja. Kita harus hidup dalam berbilang kaum dan belajar menerima setiap kaum yang berbeza dengan seadanya. Integrasi nasional adalah sangat penting. Kita tidak akan sesekali dapat hidup di bawah satu bumbung tanpa bertolak ansur dengan setiap kaum di negara ini. Ketika itu, saya merasakan DAP lebih sesuai dengan jiwa saya. Apatah lagi mereka telah berjanji untuk memberikan saya platform untuk memerangi rasuah.
Itulah kerjaya saya seumur hidup iaitu memerangi rasuah. Tawaran tersebut membuatkan saya menyertai mereka. Tetapi biasalah, mereka cakap lain tapi lain yang mereka buat. Apabila hampir dua bulan saya masuk, saya sudah sedar ini bukan tempat saya iaitu politik mahupun DAP. Saya mengambil keputusan untuk keluar parti pada tahun 2009 selepas dua bulan bersama mereka. Tetapi tindakan ini tidak disenangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau telah memujuk saya supaya jangan keluar. Demi seorang sahabat, Kit Siang pada saya merupakan seorang pejuang yang telah berjuang bermati-matian selama berpuluh tahun. Saya kenal Kit Siang sudah berpuluh tahun juga. Saya tidak kembali kepada DAP kerana saya telah dijanjikan sebarang habuan oleh mereka. Saya masuk kembali kerana pujukan seorang kawan lama yang saya hormati.

Mengapa Tunku meninggalkan DAP?

TUNKU AZIZ: Mereka telah memberi gambaran jelas kepada saya bahawa mereka bukan demokratik. Pada awalnya, saya fikir mereka adalah sebuah parti demokratik tetapi itu bukanlah satu kebenaran. Kononnya mereka mengamalkan budaya kebebasan bersuara. Macam-macamlah mereka kata seolah-olah mereka juara dalam semua perkara. Semua yang dikatakan hanyalah retorik semata-mata. Apabila berhadapan dengan realiti, mereka tidak lakukan apa yang mereka cakap sebelum ini. Itulah parti DAP. Lihat sahaja contoh Datuk Mansor, kononnya kebebasan bersuara adalah dibenarkan dalam DAP. Betulkah? Sehingga paksa untuk menafikan apa yang diperkatakan. Mungkin Mansor juga mula sedar realiti tersebut. Saya tinggalkan DAP kerana kenyataan saya telah menyusahkan dan mengundang rasa tidak gembira di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat. Tetapi seingat saya, saya bukan pemimpin atau ahli PKR atau Pas.

Sekarang ini mereka kata pula Tunku pengkhianat dan sudah dibeli kerana dilihat menyokong transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri? 
Apa yang telah menggores hati mereka? Kit Siang datang ke rumah saya selepas kejadian tersebut, beliau mengadu kepada saya bahawa kenyataan itu telah membuatkan saya dalam bahaya. Tetapi saya telah ingatkan beliau, apa yang telah saya katakan kepadanya beberapa tahun dahulu tentang parti tersebut yang kononnya demokratik dan mengamalkan kebebasan bersuara. Tetapi apabila saya meluahkan apa yang rasa betul, Kit Siang tidak sesekali membela saya. Katanya mereka memperjuangkan kebenaran dan kebebasan. Apa wujud kebebasan bersuara di situ? Saya tidak nampak. Beliau telah mengecewakan saya sebenarnya. Melalui kejadian ini juga saya membuat keputusan, pemimpin-pemimpin dalam parti ini tidak boleh dipercayai. Itu adalah sebab mengapa saya membuat keputusan muktamad untuk keluar.
TUNKU AZIZ: Kini terdapat segelintir manusia yang tidak tahu hujung pangkal bertindak mengkritik saya selepas keluar DAP. Kata mereka, saya keluar kerana tidak mendapat habuan seperti yang dijanjikan oleh mereka sehingga menjadi orang UMNO. Apa sebenarnya yang saya minta dari DAP hingga tidak dapat? Jika benar saya berminat dengan sebarang habuan, ketika masih muda lagi saya akan menyertai UMNO. Mereka yang memerintah. Kenapa pula selepas saya sudah berumur dan mencapai pelbagai kejayaan barulah saya berminat dengan UMNO. Kononnya Tunku Aziz sudah dibeli mereka. Jawatan Senator ini pun, bukan saya minta dan ia diberi kepada saya. Selepas penggal pertama, Kit Siang dan anaknya, Guan Eng yang memperbaharui penggal baru jawatan tersebut. Saya tidak pernah mengemis jawatan kepada mereka. Saya tidak pernah mengemis atau dalam erti kata lain, tidak ada sesiapa yang boleh ‘membeli’ saya. Sebenarnya, saya hanya mempunyai masalah dengan cara parti tersebut dipimpin oleh beberapa orang. Prinsip parti itu telus tetapi kepimpinan itu yang salah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120930/re_01/Jangan-tertipu-dengan-DAP---Tunku-Aziz#ixzz2BHIGNBEf
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Berdasarkan kepada kupasan diatas, jelas sekali gabungan rapuh Pakatan Rakyat tidak mampu menjadi Barisan Alternatif kepada Barisan Nasional.   


BN Menang PRU 13 - Insya Allah - Rumusan dalam Bahasa Inggeris


Overall, here are an analysis of Malaysian current political scenarios. We look at the standings of all the political parties in Malaysia based upon 2008 General Election on the parliamentary seats.





  

The % for the Parliament seats between BN and PR is = BN 63% and PR 37%.......


2008 can be considered as a bad year for Barisan Nasional. Even in a bad year , UMNO still held 36% of  parliament seats. To start with 63% since 2008, is  actually a very strong number for BN. The changes done by UMNO for the last 3 years were tremendous. UMNO went through a re branding process. With the recent support from Sarawak shows that  PR could not make a dent in Sarawak. Sabah and Sarawak will deliver the 17% or more for BN. 36 + 17 =  53%....UMNO , Gerakan, MCA and MIC need to work for only 24%  more to get above 70% for the 2/3 majority.

PR on the other hand will have to start with 37%. There is no way, PKR can double its Malay based support. Anwar Ibrahim has more than one  sexual allegations against him. Sarawak Election showed that , PKR is loosing ground. DAP cant deliver more than 12%. That is their max. PKR will loose 10% of its support from the Malays. Some Malays in PKR  will swing back to UMNO. Looking at the popularity of BN in Sarawak, the Semenanjung Chinese will open up their eyes about the real strength of PKR. They will have to support BN or else another five years of no progress with DAP. Gerakan / MCA and MIC must repositioned them-selves to get that 14% votes for their respective parties. They need 4.5% votes each...That is not impossible.

PAS will somehow maintain their 11%. Currently there are efforts being made to rob Kelantan and Kedah away from PAS. If UMNO can get 5% of what PAS has, that will be good enough.

Overall, Barisan Nasional Will Definitely Win the 13th General Election ! 

BN Menang PRU 13 - Insya Allah....



1 comment:

  1. jika umno masih mengamalkan kronism dan memperkayakan diri dan kumpulan masing masing tunggulah kehancurannya

    ReplyDelete