Saturday, 17 November 2012

PAS berpegang kepada ajaran SYIAH - Perjuangkan Agenda BENCI Sesama Islam !

Ucapan balas kepada DOA hancurkan UMNO BN oleh Nik Radzi Nik Mat (adik kepada Nik Aziz)  apabila kita rujuk kepada AL-QURAN hanyalah dengan menyebut SALAAM......Sejahtera atas kamu....Nik Aziz sendiri telah membelakangkan ayat ini....apabila ADIKNYA berdoa untuk kehancuran UMNO BN..


وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَاماً
“Dan hamba-hamba Allah yang rahman, iaitu mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun. Dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka berkata; “Salaam” (al-Furqan 25, ayat 63).


Hari ini BLOG telah berkesempatan temuramah dengan seorang rakyat Malaysia yang begitu dikenali dalam dunia Timur Tengah. Saudara ini adalah orang yang bertanggung-jawab membawa Sony (kilang Jepun yang ternama ) melabur di Malaysia. Kini beliau telah bersara dan kami bertukar-tukar pendapat tentang politik. 

Atas sebab-sebab tertentu maka nama beliau tidak dapat didedahkan. Dalam kami berbincang beliau telah memberitahu saya bahwa dalang kepada ideologi Islam PAS adalah golongan SYIAH. Beliau telah diberitahu oleh ulamak-ulamak tersohor dari Arab Saudi bahawa PAS Malaysia adalah dibawah pengaruh SYIAH Iran. 

Jadi berdasarkan maklumat ini saya amati kelaku para pemimpin PAS dan saya dapati banyak persamaan dengan golongan SYIAH. Apa yang saya dapat kesan adalah faktor kebencian. Asas kepada perjuangan SYIAH adalah kebencian kepada sesiapa yang menentang aqidah mereka. Saya tidak menghukum SYIAH tetapi pada masa yang sama ingin menarik perhatian kepada isu kebencian ini. 

Apa yang dapat diamati adalah KEBENCIAN PAS terhadap UMNO sangatlah meluap-luap dan atas faktor kebencian inilah perjuangan ISLAM PAS diasaskan sama seperti SYIAH. Perjuangan PAS adalah semata-mata dengan menghasut rakyat supaya membenci UMNO walhal puak-puak PAS ini sedar antara sebab parti mereka maju adalah kerana pentadbiran UMNO dan BN telah melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang sangat selesa bahkan apabila PAS dapat mengambil alih negeri Kedah, sedikit sebanyak mereka mendapat habuan daripada kekayaan negeri Kedah. Bersama-sama PKR mereka mendapat habuan dari negeri Selangor. Maka bertolak dari situ PAS telah sekian lama turut merasai nikmat hasil daripada kecekapan pentadbiran UMNO /BN. 

Namun begitu, PAS makin lama nampak makin bercelaru. Muktamar mereka kali ini telah menampakkan kecelaruan yang amat nyata. Hasil daripada kerjasama mereka dengan DAP dan dihasut oleh Anwar Ibrahim maka kepimpinan tertinggi PAS telah menggugurkan agenda HUDUD daripada manifesto PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 12 tanpa disedari rakyat. Selepas 4 tahun barulah rakyat sedar bahwa PAS telah mengubah agenda perjuangan mereka sendiri kerana bersekongkol dengan DAP. Kini Pemuda PAS sendiri telah membuka pekung didada dengan mengatakan bahwa kepimpinan PAS telah mengubah dasar perjuangan. Inilah kecelaruan yang telah menimpa PAS.

Kepimpinan PAS sedar akan dilema ini maka satu diversion telah dilakukan dengan mengadakan solat hajat kebangkitan rakyat antara lain mereka mendoakan kehancuran untuk UMNO dan BN. Inikah contoh Islam yang diwariskan oleh Nabi Muhammad s.a.w ? 

Kita merasa hairan dengan PAS kerana di satu pihak PAS telah mendoakan untuk kehancuran UMNO yang telah memberi tangan untuk bersatu demi Islam, mendukung tentangan terhadap penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian dan menentang isu LGBT dan murtad , walhal Anwar Ibrahim yang telah terang-terang membuat kenyataan untuk menyokong memberi keselamatan kepada Israel yang dikala ini membunuh ribuan umat Islam di Gaza tidak ada sepatah kata teguran kepada Anwar Ibrahim. DAP dengan Karpal Singh yang sehingga kini menentang HUDUD PAS tidak pula didoakan kehancuran beliau. Nuruk Izzah dengan kenyataan yang menganjurkan diberi kebebasan untuk Melayu pilih agama tidak dipersoalkan sama sekali kerana ini bagi PAS, soal aqidah adalah perkara kecil. Soal Kristian murtadkan Melayu di Gereja tidak menjadi agenda perjuangan PAS tetapi pemimpin mereka dipecat dari jawatan. Soal perpaduan yang UMNO cadangkan tidak sama sekali disambut oleh PAS demi ukhuwah tetapi UMNO telah didoakan untuk dihancurkan di bumi Malaysia. PAS sendiri telah mengubah dasar perjuangan kepada negara kebajikan kerana ingin mengambil hati DAP yang anti Islam.

Ada bermacam-macam doa dalam Al-Quran tetapi tidak ada yang digunakan oleh PAS dalam solat hajat Kebangkitan Rakyat mereka tetapi mereka karang doa mereka sendiri dan meminta kehancuran sesama ISLAM dan ini adalah satu perbuatan yang tidak beradab kerana ianya berasaskan perasaan benci dan benci itu adalah daripada syaitan.

Sepatutnya inilah doa yang harus dibaca oleh PAS - tetapi kerana DAP, doa ini diabaikan..

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami, serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir".
(Al-Quran - Surah Al Baqarah 2 : 250)

PAS sudah tidak ada lagi sabar.....Tapak pendirian telah berubah dari Hudud kepada Negara Kebajikan dan mereka telah menerima puak KAFIR DAP sebagai sekutu mereka yang pro Kristian dan anti Islam maka TALKIN UNTUK PAS di PRU 13 ini...Insya Allah..

Nasihat Al Quran untuk seluruh jemaah PAS yang telah terlencong jauh dari ajaran Islam yang penuh kasih sayang...

Dan juga orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah , mereka memaafkannya.
(Al-Quran - Surah Asy-Sura 42 : 37)

Sikap pemimpin UMNO kepada pimpinan PAS..



lihat dibawah....

Sikap PAS terhadap UMNO...???
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2012/11/beri-kami-putrajaya-beri-kami-ko.html



" Situasi ini tepat sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Imam Hassan Al-Banna: 










1 comment:

  1. Allah melalui Quran melarang muslim mendoakan kehancuran orang lain hatta terhadap orang kafir. Allah mahu kita berdoa mencapai kemenangan tapi bukan berdoa semata2 mahu orang lain hancur. Menghancurkan manusia yang menentang Allah adalah bidangkuasa Allah. Semoga orang2 PAS tersedar.

    ReplyDelete