Friday, 14 December 2012

PAS dah jadi HAPRAK !


Di sunting daripada artikel asal oleh - YB Zulkifli Noordin...14 Disember 2012


Dominan bermakna mempunyai pengaruh, autoriti atau kawalan yang utama keatas sesuatu. Apabila seseorang menyatakan dia adalah dominan, bermakna dia punya pengaruh, autoriti dan kawalan utama dalam menterjemahkan kehendak dan kemahuannya. Apabila sebuah parti politik menyatakan ia adalah parti dominan, bermakna parti itu mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan untuk menterjemah dan melaksanakan falsafah, dasar dan agenda parti itu; dan ia dihormati oleh parti yang duduk dibawah dominasinya!

Itulah yang berlaku kepada UMNO. Apabila UMNO menjadi parti dominan didalam Barisan Nasional, maka UMNO mempunyai pengaruh, autoriti dan kawalan utama untuk melaksanakan dan menterjemahkan falsafah, dasar dan perjuangan parti UMNO – iaitu membela dan memartbatkan bangsa Melayu dan Islam, disamping menjaga kebajikan dan kepentingan agama dan bangsa lain. Dan ia dihormati komponennya!

Dan UMNO telah membuktikan status dominannya dalam BN dengan melaksanakan dasar dan agenda perjuangan Melayu-Islam sejak penubuhannya pada 11 Mei 1946 sehingga kini.

Daripada mendapatkan kemerdekaan untuk negara secara aman, memastikan Islam menjadi agama negara, meletakkan syariat dan institusi Islam lebih tinggi dalam Perlembagaan dan dasar negara, membela & memartabatkan bangsa Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru, Dasar Transformasi Negara; disamping menjaga kebajikan dan kepentingan kaum dan agama lain didalam Malaysia, UMNO telah berjaya membuktikan ia bukan sahaja parti yang dinamik dan pragmatik, malah ia adalah parti yang dominan dan dihormati kawan, digeruni lawan!

Dan penghormatan parti komponen lain terhadap UMNO sebagai parti dominan sangat jelas.

Sewaktu MCA menghadapi krisis kepimpinan akibat persengkataan antara Tan Koon Swan dan Neo Yee Pan, pemimpin UMNO, Allahyarham  Tun Ghafar diberi mandat oleh MCA untuk menjadi Presiden sementara MCA! Dan Tun Ghafar berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MCA sehingga MCA kembali bersatu!

Sewaktu MIC menghadapi krisis kepimpinan, sekali lagi pemimpin UMNO diberi amanah memimpin dan membimbing MIC keluar daripada kemelut itu. Dan sekali lagi pemimpin UMNO berjaya menyelesaikan masalah kepimpinan MIC.

UMNO tidak mengkhianati rakan komponennya! UMNO tidak mengambil kesempatan daripada masalah dalaman yang dihadapi rakan BN! UMNO tidak menikam parti kawan daripada belakang. Malah UMNO menjadi 'abang' yang begitu setia dan sanggup berkorban untuk 'adik-adiknya' didalam Barisan Nasional!

Dan sewaktu UMNO menghadapi krisis kepimpinan sehingga diharamkan pada tahun 1988, dengan segera rakan komponen MCA, MIC dan lain-lain bermesyuarat mengambil-alih secara sementara kepimpinan BN untuk selama beberapa minit, sebelum membuat keputusan menyerahkan semula kepimpinan BN kepada Presiden UMNO Baru Tun Dr. Mahathir Mohamed!

Itu maknanya UMNO parti dominan! Itu maknanya UMNO parti tunggak! Itu maknanya UMNO parti tunjang! Parti yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!

Sekarang PAS mendakwa ia sebagai parti dominan didalam pakatan pembangkang! PAS mendabik dada sebagai parti tunggak! PAS mengaku sebagai parti tunjang dalam pakatan pembangkang! Sehingga PAS sanggup membuat usul untuk memamak-bendaharakan presidennya Datuk Seri Hadi Awang menggantikan Anwar Ibrahim!

Persoalannya, benarkah dakwaan PAS itu? Benarkah PAS boleh menjadi parti alternatif untuk umat Melayu-Islam menggantikan UMNO? Benarkah umat Islam-Melayu wajib membantu PAS dengan mengundi mereka didalam PRU-13 nanti!

Mari kita kupas dan huraikan persoalan ini secara fakta dan bukti!

Keputusan Exco Kerajaan PAS Kelantan untuk menggantung, menilai dan mengkaji semula undang-undang PBT berkaitan pengharaman lelaki bercampur wanita setelah tercetusnya isu salon non-Muslim yang disaman kerana membenarkan tukang gunting wanita menggunting rambut pelanggan lelaki menimbulkan satu polemik yang lebih besar!

Saya menjangka undang-undang pengasingan jantina tersebut yang sudah ujud sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1991 itu akhirnya akan ditalkinkan tidak lama lagi setelah dikritik hebat baru-baru ini.

Saya cukup yakin Kerajaan Datuk Nik Aziz TIDAK membuat keputusan tersebut akibat teguran UMNO; almaklumlah UMNO bukan sahaja parti yang telah dikafirkan, malah dimurtadkan baru-baru ini. Takkan Nik Aziz nak dengar nasihat orang yang dikafir-murtadkan?

Saya juga cukup yakin keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu BUKAN kerana tekanan daripada Chua Soi Lek mahupun Palanivel, apatah lagi Koh Tsu Koon! Mereka bukan rakan-kapir yang sekatil-sebantal dengan PAS! Malah kerana bersepakat dengan merekalah UMNO diisytihar dan dipatwakan kafir dan tak layak masuk sorga!

Keputusan Kerajaan Datuk Nik Aziz tersebut dibuat setelah menerima kritikan, tekanan dan desakan daripada rakan sekatil dan sebantal mereka iaitu kepimpinan parti cauvinis rasis DAP! Rata-rata pemimpin cauvinis DAP ini menempelak tindakan Kerajaan Datuk Nik Aziz itu. Dan tekanan bertambah berat apabila Dewan Himpunan Penyokong Non-Muslim PAS Pusat turut membantah dan menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan!

Apakah maksud ini semua? Maknanya PAS bukan parti dominan! Maknanya PAS bukan parti tunggak! Maknanya PAS hanya sekadar 'khadam pak turut' kepada kehendak DAP! Itulah maksudnya!

Jangan kata undang-undang yang dah berumur lebih 20 tahun boleh ranap, perjuangan Negara Islam yang menjadi modal politik PAS pun akhirnya bungkus! Semuanya demi mengejar undi non-Malay, non-Muslim! Dan PAS beriman dengan keyakinan bahawa DAP boleh membantu mereka mendapat undi non-Malay & non-Muslim! PAS berakidah bahawa melukakan hati DAP bermakna sayonara kepada undi non-Malay & non-Muslim! Maka bagi PAS, demi mahligai Putrajaya, mereka tiada pilihan, wajib tunduk, sami' na wa ato'na kepada kehendak DAP!

Saya melihat isu mutakhir ini sebagai bukti jelas betapa laungan pimpinan PAS bahawa mereka adalah parti dominan didalam pakatan pembangkang adalah sekadar retorik politik sahaja! Malah angan-angan PAS sebagai kononnya parti dominan sehingga menyebabkan mereka membuat usul untuk memperdana-menterikan Datuk Seri Hadi Awang, yang ternyata syiok dengan tawaran jawatan mahkota Putrajaya tersebut hanyalah sekadar fantasi dan ilusi semata-mata!

Bertambah sedih para pelakon sitkom Lawak Senario apabila PAS mengumumkan bahawa mereka kini adalah parti alternatif bagi orang Melayu-Islam menggantikan UMNO! Konon skrip lawak mereka menyatakan PAS adalah tunjang kepada pakatan pembangkang masakini sebagaimana UMNO didalam Barisan Nasional! Malah dilawakkan lagi bahawa orang Melayu-Islam wajib membantu dengan mengundi PAS dalam PRU-13 sebagai sandaran dan harapan baru menggantikan UMNO!

Persoalan besarnya - betulkah PAS dominan?

Dan jawapannya jelas BIG NO! TIDAK!!!

Buktinya ?

1. Kita tengok apa jadi kepada Kerajaan PAS Kedah. Kerajaan yang dominan ialah PAS, kerana ADUN PAS paling ramai, dan ADUN DAP hanya seorang sahaja. Dalam keadaan itu, Kerajaan PAS Kedah sepatutnya tidak ada masalah untuk melaksanakan segala dasar dan agenda PAS.

Sebaliknya, lain yang berlaku! Contohnya, apabila Kerajaan PAS Kedah mengumumkan akan merobohkan sebuah pusat penyembelihan babi di Kota Setar, ADUN DAP tersebut telah membantah dan memberi katadua kepada Kerajaan PAS Kedah - tarik balik arahan tersebut atau beliau akan bawa DAP Kedah keluar! Akhirnya, Kerajaan PAS Kedah membatalkan arahan tersebut. Hanya seorang ADUN DAP boleh meletakkan Kerajaan PAS Kedah atas lutut dengan satu gertakan sahaja!

Dominan ke namanya tu ?

2. Kita tengok pulak apa jadi bila Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan wajib ditutup sepanjang bulan Ramadhan! Hanya dengan satu bantahan daripada DAP, arahan tersebut dibatalkan! Maka berpestalah pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadhan!

Dominan ke namanya tu ?

3. Mutakhir, Kerajaan PAS Kedah mengeluarkan arahan supaya semua papan-tanda iklan yang mengandungi gambar wanita yang tidak berpakaian sopan hendaklah diturunkan! Yup, belum sempat Karpal Singh batuk, arahan itu segera ditarik balik bila ada suara membantah daripada DAP!

Dominan ke namanya tu ?

4. Mari kita beralih ke Pulau Pinang. Teman tak bercadang nak bariskan segala peristiwa yang berlaku untuk membuktikan betapa hinanya PAS pada pandangan mata Guaneng dan juak-juak DAPnya. Cukup sekadar kita tengok bagaimana cara mereka melayan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang! Yup, PAS hanya ada satu sahaja ADUN di Pulau Pinang. YB Ustaz Saleh Man, ADUN Permatang Pasir yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri.

Sepatutnya dalam ertikata perkongsian yang telus dan harmoni serta saling hormat menghormati sebagaimana yang diamalkan dalm BN yang ditunjangi UMNO, Kerajaan DAP Pulau Pinang wajib memberikan tempat kepada satu-satunya ADUN PAS! Sebagaimana yang dibuat oleh UMNO, masih mengambil pimpinan MIC, MCA dan Gerakan yang tewas dalam pilihanraya; diberikan tempat didalam Kerajaan bertaraf Menteri! Itu namanya dominan! Bukan sahaja dominan, tetapi menghormati rakankongsi dalam persefahaman yang ikhlas!

Tetapi tidak dalam pakatan songsang DAP-PKR-PAS ini! Satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang, langsung tidak diberi muka dalam barisan Exco Kerajaan DAP! Sepatutnya PAS yang dilabelkan sebagai parti Islam, paling koman mangkuk pun ADUN nya patut diberi jawatan Exco menjaga portfolio hal-ehwal Islam! Malah itulah bahan kempen semasa PRK Permatang Pasir! Tetapi tidak! ADUN PAS yang juga bos PAS Pulau Pinang langsung tak diberi muka oleh Kerajaan Guaneng!

Sebaliknya Malek Kasim, ADUN PKR Batu Maung yang dilantik memegang jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam! Malek Kasim? ADUN PKR yang bukan lulusan daripada jurusan agama Islam pun. Yang bukan datang daripada Al Azhar. Yang datang daripada parti PKR, parti yang ketuanya berfahaman pluralisma dan liberal. Parti yang nak beri kebebasan kepada orang Melayu pilih agama lain selain Islam!

Ini bukan sahaja membuktikan PAS bukan parti dominan, malah PAS hanyalah di anggap sebagai parti keldai tunggangan sahaja! Ini adalah satu penghinaan besar kepada PAS! Bak kata pepatah Melayu, PAS ini adalah parti yang dia ujud pun tak menambah, dia tiada pun tak mengurang! Mungkin doa dan impian presiden PAS untuk menjadi khadam sudah pun tertunai!

Jadi, dominan ke namanya tu ?

5. Kalau kita tukar angin tengok ke Selangor, bertambah lagi gerun kita ! PAS ada 8 ADUN dalam negeri Selangor. Bermakna PAS adalah parti 'king-maker'. Kerana jika PAS menarik diri daripada pakatan songsang ini, Kerajaan pakatan luar tabi'e ni akan tumbang dan hancur ! Yup..Kerajaan PKR-DAP Selangor boleh ditumbangkan oleh ADUN-ADUN PAS jika mereka bersatu!

Dalam keadaan itu, sudah tentu kita mahu melihat PAS boleh memainkan peranan dominan, sekurang-kurangnya dalam memastikan kepentingan dan kebajikan umat Melayu-Islam terbela dan dipertahankan! Dengan kedudukan sebagai 'king-maker' itu, kita sepatutnya boleh meletakakan harapan PAS boleh 'tunjuk taring' dan 'bersuara lantang' melaksanakan agenda dan dasar perjuangan PAS yang kononnya mahu menjadi parti alternatif umat Melayu-Islam menggantikan UMNO!

Tapi apa yang terjadi sebaliknya! YB Datuk Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Hal-Ehwal Agama Islam Selangor mendapati bukan sahaja beliau berdepan dengan kekangan dan kesukaran oleh rakan komponen DAP-PKR didalam melaksanakan dasar dan agenda Islam-Melayu, malah beliau turut berdepan dengan sabotaj dan khianat daripada parti dia sendiri!

Cubaan Datuk Hasan Ali membersihkan Bandaraya Shah Alam, Bandar Anggerik kebanggaan Melayu-Islam Selangor daripada unsur arak dan maksiat yang makin bercambah sejak pakatan pembangkang memerintah ternyata kecundang! Menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai Exco Agama, dan berbekalkan kedudukan PAS sebagai 'king-maker' di Selangor, Hasan Ali dengan kerjasama PBT Majlis Bandaraya Shah Alam menjalankan operasi pembersihan dengan merampas arak yang dijual secara bebas di kedai-kedai serbanika di Shah Alam.

Kita ingatkan ahli dan penyokong PAS akan bertakbir sakan! Al maklumlah pernah ada antara mereka yang membuat kenyataan, 'hari ni memerintah Selangor, esok kilang arak tutup'! Maka orang Melayu-Islam Selangor, khususnya di Shah Alam tumpang kagum dengan keberanian Hasan Ali mempertahankan 'kesucian' bumi Shah Alam.

Tapi apa jadi? Tak sampai beberapa hari, kaum cauvinis dan rasis DAP mula melalak dan memekak! Mereka menuntut arahan Hasan Ali dibatalkan, dan arak itu dipulangkan kembali kepada kedai-kedai serbanika itu. Umat Melayu-Islam ingatkan tentu para mujahidin dan para demonstran PAS akan turun berlarak di Shah Alam, mungkin juga sampai membaringkan badan diatas jalan untuk menghalang kereta Ronnie Liu daripada berjalan!

Tak, sebaliknya umat Melayu-Islam menjadi kecewa dan hampa. MBSA diarah memulangkan semula arak tersebut. Bayangkan betapa hina dan aibnya kita umat Melayu-Islam bila melihat lori MBSA terpaksa memulangkan semula arak-arak yang dirampas itu ke kedai-kedai serbanika! PAS muncul sebagai parti yang hanya sekadar boleh ber'take-beer' sahaja sekarang !

Dominan ke namanya tu ?

6. Kemudian kita tengok pula isu serangan terhadap aqidah umat Melayu-Islam. Hasan Ali, selaku Exco Agama Islam Selangor menerima maklumat bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) melakukan dakyah dan cuba memurtadkan beberapa orang Melayu-Islam. Berdasarkan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang duduk dibawah portfolio Hasan Ali telah melakukan siasatan di DUMC. JAIS mendapati aduan itu betul, dan menemui beberapa dokumen dan individu yang terlibat. Maka JAIS pun bertindak!

Apa jadi ? Sekali lagi umat Malayu-Islam mengharapkan PAS akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan isu aqidah! Apa lagi yang lebih besar selain masalah aqidah! Serangan terhadap aqidah umat Islam sama saperti mengisytiharkan perang terhadap Islam! Umat Islam-Melayu mengharapkan PAS tidak akan berkompromi!

Sebagaimana umat Melayu-Islam melihat PAS & UMNO bersama melakukan bantahan besar-besaran semasa isu IFC, isu murtadnya Noraishah Bukhori, murtadnya Hartini Kamarudin, murtadnya Azlina Jailani @ Lina Joy! Umat Melayu-Islam tidak sabar mendengar pengumuman jihad oleh PAS!

Pheewwww..sebaliknya pula yang berlaku! Hasan Ali dimaki-hamun! Hasan Ali dicerca! Hasan Ali dihina! Hasan Ali ditohmah tidak pandai berpolitik! Hasan Ali difitnah tidak tahu menghormati hak gereja dakyah! Hasan Ali dikutuk tidak memahami parasaan DAP! Hasan Ali didakwa akan menyebabkan PAS hilang undi, hilang kerusi! Hasan Ali dikatakan mengidap penyakit 'undersiege mentality'! Hasan Ali menjadi kucing kuranp didalam PAS dan pakatan songsang!

Akhirnya Hasan Ali dipecat! Tanpa notis, tanpa tunjuk-sebab, tanpa boleh bela diri, tanpa dipanggil mesyuarat! Hasan Ali dihalau daripada PAS macam anjing kurap!

Apa dosa Hasan Ali? Adakah Hasan Ali meliwat mana-mana jambu? Adakah Hasan Ali main kondang kondi dengan ChinaDOLL? Adakah Hasan Ali bagi kaunselling kat bini kawan sendiri jam 3 pagi? Adakah Hasan Ali makan eskrim dalam jamban? Adakah Hasan Ali main enjut-enjut dalam keretapi? Adakah Hasan Ali menderhaka kepada makbapak dia? Apa dosa Hasan Ali sehingga diperlakukan seperti 'pembawa sial' tu ?

Dosa Hasan Ali kerana nak menyelamatkan aqidah umat! Dosa Hasan Ali kerana nak melaksanakan nilai Islam! Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah kemungkaran! Dosa Hasan Ali kerana nak mempraktikkan dasar yang dilaungkan oleh PAS selama ini! Atas dosa itu, Hasan Ali dipecat tanpa menurut hukum dan syariat Islam, oleh parti yang melabel dirinya sebagai Islam! Betapa ironisnya!

Dominan ke namanya tu ?

7. Dan yang paling mengaibkan, sebaik sahaja Hasan Ali dipecat, portfolio Hal Ehwal Islam diambil-alih oleh PKR! PAS parti yang melabelkan diri sebagai Islam, yang menjanjikan pahala kepada orang mengundinya, yang menjamin syurga orang yang menyokongnya, yang mendoakan kehancuran umat Islam lain, yang memurtadkan saudara satu aqidah; kali ini dihancurkan dan dihina apabila portfolio Hal Ehwal Islam Selangor diambil alih oleh Tan Sri Khalid Ibrahim!

Yup, Khalid Ibrahim! Yang bukan lulusan syariah, yang bukan lulusan usuluddin, yang bukan graduan Al Azhar, yang tak pernah mengaji kat pondok atau ma'ahad; Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio menjaga hal ehwal Islam! PAS diberi apa? Portfolio menjaga Sukan & Adat Resam Melayu!

Dominan lagi ke kalau macam ni  ?

Rumusan

Jadi apa rumusan kepada semua fakta dan hakikat yang  dihuraikan diatas? Rumusannya jelas. PAS bukan parti dominan. PAS bukan parti tonggak! PAS bukan parti tunjang! PAS dah jadi PARTI HAPRAK.....

Sebaliknya PAS adalah parti sampingan! PAS adalah parti serpihan! PAS adalah parti tunggangan! PAS adalah parti yang diperkeldaikan! PAS adalah parti yang menjadi lembu tunggangan! PAS sekadar menjadi balaci dan penghalal kepada semua tindak tanduk Anwar & parti cauvinis rasis DAP! PAS dah jadi BARUA DAP...

Samada PAS sebagai parti berkuasa penuh saperti di Kelantan! Samada PAS sebagai sebuah parti dominan seperti di Kedah! Samada PAS sebagai sebuah parti picisan seperti di Pulau Pinang! Samada PAS sebagai sebuah parti 'king-maker' di Selangor. Samada PAS sebagai parti komponen kedua terbesar pembangkang seperti di Parlimen!

Dalam apa kedudukan pun, PAS telah membuktikan kepada umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja parti yang tidak boleh diharapkan untuk membela dan mempertahankan kepentingan dan kebajikan umat Islam-Melayu, malah ia boleh menjadi parti yang bisa mengkhianati dan menikam belakang umat Islam-Melayu demi survival dan kepentingan politiknya.

Jangan kata umat Islam-Melayu, anak isteri pun mereka rela perkeldaikan dan politikkan! Contohnya ada antara mereka yang sanggup membuat bai'ah talak tiga semata-mata untuk memastikan kerusi parti mereka kekal! Mereka sanggup berbaiah untuk menceraikan isteri mereka dengan talak tiga ba'in qubro hanya kerana poltitik sempit yang mereka amalkan! Sanggup menceraikan bini sendiri semata-mata kerana politiking yang melampau!

Sebab itu umat Islam-Melayu janganlah terpedaya dengan mainan dan dakyah politik PAS dan pakatan songsang ini. Bagaimana mungkin sebuah parti yang hanya akan bertanding 60 kerusi Parlimen daripada 222 kerusi mau menjadi parti dominan? Bagaimana parti yang hanya boleh memenangi tak lebih 30 kerusi Parlimen nak menjadi parti pembela umat Islam-Melayu?

Sebenarnya, apa yang terjadi di Kelantan itu hanya sebagai satu lagi siri bukti dan keterangan yang memperjelaskan lagi kepada kita umat Islam-Melayu bahawa PAS bukanlah satu agama! Masuk PAS bukan makna masuk syurga! Undi PAS bukan bermakna sokong Islam!

Sebaliknya, PAS membuktikan kepada kita umat Islam-Melayu bahawa ia bukan sahaja bersedia membuang peraturan yang dia buat sendiri selama 20 tahun, PAS bukan sahaja sanggup memecat ahlinya sendiri demi kepentingan politiknya, PAS bukan sahaja sanggup menggadai institusi perkahwinan dan anak isteri, malah PAS membuktikan ia parti politik yang sanggup membuang dasar perjuangan negara Islamnya semata-mata untuk meraih undi!

PAS adalah contoh klasik falsafah politik Machiavelli - matlamat menghalalkan cara! The end justify the means!

Jangan kata nak jadi parti dominan, jangan kata nak jadi parti tunggak, jangan kata nak jadi parti alternatif bagi umat Melayu-Islam, malah PAS sudah muncul menjadi Parti Al-Sikitol! Parti yang boleh mengkhianati umat Islam-Melayu!

Undi PAS maknanya undi DAP!

Undi PAS maknanya undi pluralisma!

Undi PAS maknanya undi liberalisma!

Undi PAS maknanya undi LGBT!

Say NO to PAS! Say NO to Anwar!

1 comment: