Tuesday, 4 December 2012

Perbandingan Inisiatif KEMASYARAKATAN - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat


Ramai orang bercakap tentang politik dan memberi pelbagai rumusan kepada senario politik Malaysia. Penyokong BN mahupun PR rata-rata memberi pelbagai komen dan pendapat tentang apa yang mereka faham dalam hal politik tanah-air. Namun begitu tidak ramai yang ingin mengambil langkah memahami secara ilmiah keadaan politik negara kita. Kebanyakkan FAKTA yang didapati adalah hasil daripada cakap dengar (hear say) dan ianya melibatkan perasaan marah yang tidak bertempat. Kadang-kadang penyokong BN tidak tahu kenapa mereka menyokong BN. Kadang-kadang penyokong PR tidak tahu kenapa mereka harus menolak BN dan menyokong PR. Persoalan sekarang, melalui usaha politik kita mampu menyuarakan rasa hati kita bagaimana kita mahu kerajaan RAKYAT ditadbir oleh pemimpin yang kita pilih sebagai wakil rakyat.....Soalan mudah yang perlu kita tanya....apakah inisiatif yang telah atau bakal dilaksanakan oleh sama-ada BN atau PR....jika mereka memerintah Malaysia.....Kita ambil contoh - apakah inisiatif  KEMASYARAKATAN  kerajaan  jika mereka memerintah ? 

Mari kita ikuti jawapan...BN dan PR...

Jawapan BN - 

Program Transformasi Komuniti

Pengenalan

Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat sejak lima dekad yang lalu telah dicapai melalui dasar makroekonomi yang kukuh serta pelaburan dalam infrastruktur dan modal insan. Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan pembandaran yang pesat, transformasi struktur ekonomi dan pembasmian kemiskinan yang ketara. Di sebalik kejayaan ini, terdapat beberapa isu yang perlu ditangani dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat. Di kawasan luar bandar, antara isu utama yang mempengaruhi masyarakat ialah aktiviti nilai tambah yang rendah serta peluang pekerjaan dan perniagaan yang kurang. Di kawasan bandar, penduduk terus bergelut dengan beberapa isu antaranya berkaitan dengan perumahan, pengangkutan, kepadatan penduduk tinggi dan kekurangan akses kepada perkhidmatan berkualiti. Kerajaan mengakui cabaran yang hari ini memerlukan pendekatan yang berbeza dan tumpuan kini adalah untuk menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menarik pelaburan swasta, mewujudkan pekerjaan dan aktiviti ekonomi serta meningkatkan kualiti perkhidmatan di kawasan bandar dan luar bandar.
Kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Komuniti (CTP) yang bertujuan untuk mendekati secara langsung kepada rakyat dan membolehkan semua masyarakat mendapat manfaat sepenuhnya daripada kekayaan negara.

CTP adalah sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional (DTN) yang berhasrat untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. CTP terdiri daripada dua komponen, iaitu Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan Program Transformasi Bandar (UTP).

Program Transformasi Luar Bandar
RTP berhasrat untuk mencergaskan semula kawasan luar bandar menjadi kawasan yang maju, menarik, produktif dan selamat. Keadaan ini seterusnya akan menarik pelaburan swasta, mempergiat aktiviti ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan yang disasarkan. Di samping itu, inisiatif ini akan meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menggalakkan belia untuk tinggal dan bekerja di kawasan luar bandar. Selaras dengan objektif ini, RTP memberi tumpuan kepada beberapa projek utama, termasuk:
       Pembangunan Pangkalan Data Induk RTP yang mengandungi maklumat mengenai isi rumah luar bandar untuk membantu dalam perancangan pembangunan dan pembasmian kemiskinan;
       Penubuhan Majlis Pembangunan Luar Bandar untuk menyelaras dan melaksanakan pelbagai program;
       Penubuhan Kampung Abad ke-21 untuk merancakkan aktiviti ekonomi dengan penglibatan sektor awam dan swasta;
       Pelaksanaan Program Infrastruktur Asas Luar Bandar bagi menyediakan infrastruktur asas yang mencukupi seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air serta perumahan; dan
       Penubuhan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) sebagai pusat perkhidmatan bersepadu dengan kemudahan untuk pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran produk pertanian; penyediaan perkhidmatan yang berkualiti seperti perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, pendidikan, latihan dan kemahiran, klinik kesihatan serta premis perniagaan runcit.
Antara kemajuan RTP pada tahun 2012 adalah penubuhan RTC di Gopeng, Perak dan Kota Bahru, Kelantan. Untuk melanjutkan liputan perkhidmatan serta peluang perniagaan dan pekerjaan kepada rakyat, Kerajaan juga menubuhkan beberapa Mini RTC pada tahun 2012. Berikutan sambutan yang menggalakkan dari orang ramai terhadap inisiatif ini, Kerajaan berusaha untuk melancarkan beberapa RTC dan RTC mini baharu di seluruh negara.

Pusat Transformasi Luar Bandar
RTC ditubuhkan di bawah konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada rakyat. Pada asasnya, RTC adalah pusat sehenti bersepadu yang menyediakan perkhidmatan yang diperlukan melalui pakatan strategik antara agensi kerajaan dan sektor swasta. Antara inisiatif utama di bawah RTC adalah seperti berikut:
  1. Penubuhan kiosk maklumat 1Malaysia;
  2. Penggalakan nilai tambah pertanian;
  3. Pemprosesan makanan agro;
  4. Pengurusan rantaian bekalan hasil pertanian;
  5. Kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi;
  6. Perkhidmatan Kesihatan 1Malaysia; dan
  7. Penyediaan kemudahan pembiayaan.
Berdasarkan konsep tersebut, pada 18 Februari 2012, Kerajaan telah melancarkan RTC pertama di Gopeng, Perak. Manakala, sebuah lagi RTC di Kota Bharu, Kelantan telah dilancarkan pada 4 Mei 2012 dan beberapa RTC akan dibuka di Melaka, Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak. Di samping itu, Kerajaan juga telah menubuhkan empat Mini RTC di Perak dan enam di Kelantan. Pada akhir Ogos 2012, sejumlah 1,537 peserta telah mendapat manfaat daripada 65 sesi latihan kemahiran dan 4,080 peserta mendapat manfaat daripada lapan seminar. Disamping itu, kira-kira 450 petani telah mengambil bahagian dalam program ladang kontrak dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Penambahbaikan juga telah dibuat kepada 225 produk pertanian melalui aktiviti penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan. FAMA juga memberi tumpuan dalam menyediakan peluang kepada masyarakat luar bandar untuk melibatkan diri dalam pengeluaran hasil pertanian khusus seperti produk tenusu, sarang burung walit dan pembiakan arowana.

Pada masa yang sama, Bank Simpanan Nasional (BSN) turut menawarkan kursus dan latihan program perbankan tanpa cawangan secara bulanan. Berikutan inisiatif ini, 1,922 pemilik kedai runcit tempatan diberikan lesen untuk beroperasi sebagai ejen perbankan tanpa cawangan BSN. Selain itu, melalui latihan dan bantuan, kira-kira 280 pengeluar telah berjaya memperoleh pensijilan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). SK1M diperkenalkan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana dalam mematuhi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Di samping itu, klinik perubatan bergerak yang ditempatkan di RTC Gopeng dan RTC Kota Bharu telah menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian kepada lebih daripada 2,500 orang pesakit.

Meringankan Kos Sara Hidup

Bagi mengurangkan kesan inflasi terhadap kesejahteraan rakyat, Kerajaan telah memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kepada isi rumah yang pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Inisiatif yang bernilai RM2.2 bilion telah meringankan beban 4.3 juta keluarga di seluruh negara. Di samping itu, bantuan persekolahan sebanyak RM100 telah diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun satu hingga tingkatan lima. Langkah ini telah memberi manfaat kepada 5.4 juta pelajar melibatkan perbelanjaan sebanyak RM545 juta. Bantuan selanjutnya sebanyak RM200 dalam bentuk baucar buku telah diberikan kepada pelajar di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, matrikulasi serta tingkatan enam. Program ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM244 juta telah membantu 1.2 juta pelajar di seluruh negara.
Meningkatkan Pengeluaran Bekalan Makanan dan Industri Agro
Dasar Agro Makanan Negara (NAFP) 2011 – 2020 telah dilancarkan pada Januari 2012 dengan tujuan menjamin bekalan makanan mencukupi, meningkatkan nilai tambah sektor agromakanan, melengkapkan dan memperkukuh rantaian bekalan serta menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan berpengetahuan. Untuk meningkatkan pencapaian hasil tersebut, sejumlah RM1.1 bilion telah diperuntukkan pada tahun 2012. Daripada jumlah tersebut, RM19.6 juta telah dibelanjakan bagi meningkatkan hasil padi dan pembinaan baraj di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (KETARA) yang telah memberi manfaat kepada 2,700 petani. Sebanyak RM24.9 juta lagi telah diperuntukkan untuk projek pengairan di Sabah dan Sarawak yang melibatkan 3,145 petani. Pada masa yang sama, sejumlah RM552 juta telah diperuntukkan untuk projek di bawah NKEA, termasuk industri herba, burung walit, akuakultur dan ternakan ikan sangkar. Sehingga Julai 2012, sejumlah RM61.4 juta telah dibelanjakan dan telah memberi manfaat kepada lebih 3,500 petani.
Untuk terus memodenkan sektor pertanian, skop pembiayaan di bawah Dana Pertanian Komersial telah diperluaskan kepada projek pertanian berinovasi. Sehingga akhir Mei 2012, Agrobank telah mengeluarkan RM418.2 juta untuk membiayai 42 projek pertanian. Bagi memastikan bekalan makanan mencukupi, Kerajaan telah memperluas program ladang kontrak dengan peruntukan sebanyak RM14 juta. Sehubungan ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) telah membelanjakan RM6.1 juta untuk memasarkan lebih 191,000 tan metrik hasil pertanian yang memberi manfaat kepada 2,453 petani di seluruh negara.

Bantuan Barangan Asas
Kerajaan terus memberikan rebat bil elektrik kepada isi rumah bagi penggunaan bulanan RM20 dan ke bawah. Dalam hal ini, sejak Januari 2012, sejumlah RM46.4 juta telah dibelanjakan yang memberi manfaat kepada kira-kira satu juta isi rumah berpendapatan rendah. Sejumlah RM1.2 bilion juga diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) yang menyediakan bantuan kebajikan kepada golongan miskin, warga emas dan OKU. Sehingga kini, lebih daripada 470,000 individu terus mendapat manfaat daripada program ini.

Langkah lain untuk meringankan beban rakyat, termasuk menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), membuka lebih banyak Agro Bazaar Kedai Rakyat, memperluas bilangan produk 1Malaysia, mengeluarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) serta memperluas dan mempromosi Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M). Pada tahun 2012, sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan untuk program KR1M. Pada masa ini, terdapat 46 KR1M dan 39 kedai lagi dijangka dibuka sehingga akhir tahun. Untuk memasarkan hasil pertanian dan produk jenama 1Malaysia, Kerajaan telah melancarkan 19 Agro Bazaar Kedai Rakyat dalam tempoh tujuh bulan pertama 2012 dan 11 lagi akan dibuka sehingga akhir tahun. Setakat Julai 2012, 19 usahawan telah mendapat manfaat daripada program ini. Seterusnya, pada 2 Julai 2012, Kerajaan telah melancarkan KDS1M yang bertujuan untuk mengurangkan peningkatan kos sara hidup dalam kalangan pelajar universiti.

Kad tersebut menyediakan diskaun sehingga 60% ke atas pembelian barangan tertentu, seperti buku, alat tulis, pakaian serta makanan yang memberi manfaat kepada kira-kira 1.5 juta pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Pada masa yang sama, MR1M yang menawarkan pakej menu makanan popular pada harga berpatutan yang kini boleh didapati di 2,390 kedai makanan dan 610 kedai makanan lagi dijangka akan menyediakan MR1M sehingga akhir tahun.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan pada Januari 2012 merupakan satu skim khas yang dimulakan Kerajaan untuk menggalakkan penjimatan dan meningkatkan pendapatan kumpulan isi rumah 40% terendah. Skim ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang layak untuk memohon pinjaman sebanyak RM5,000 daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk melabur dalam unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia). Walaupun peminjam perlu membayar jumlah prinsipal, namun begitu Kerajaan akan menanggung faedah ke atas pinjaman tersebut. Dalam hal ini, sejumlah 66,560 individu telah menyertai SARA 1Malaysia dengan pelaburan melebihi RM332.8 juta.

Kemudahan Asas Luar Bandar
Sejumlah RM1 bilion telah diperuntukkan pada tahun 2012 di bawah RTP bagi membina dan menaik taraf dewan serbaguna, surau, parit, jambatan kecil dan membaik pulih rumah yang usang. Sebanyak 5,779 projek yang kebanyakannya di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk dimajukan dan lebih daripada 790,000 individu akan mendapat manfaat daripada projek tersebut. Daripada jumlah ini, 3,678 projek sedang dilaksana dan akan siap secara berperingkat menjelang akhir Mac 2015.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion pada tahun 2012 bagi pelaksanaan projek tebatan banjir di Perlis, Sungai Kerian, Perak dan Segamat, Johor. Kerja-kerja pembinaan bagi projek ini bermula Mac 2012 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015. Apabila projek ini siap dilaksanakan, sejumlah lebih daripada 185,000 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan ini akan bebas daripada ancaman banjir.

Perumahan Rakyat Berkualiti
Usaha berterusan telah diambil untuk menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti kepada rakyat, terutamanya mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana. Beberapa langkah di bawah Bajet 2012 sedang dilaksanakan, termasuk meluaskan skop Skim Rumah Pertamaku serta memperuntukkan dana bagi beberapa projek di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan Program Pemulihan Rumah Terbengkalai serta Tabung Khas Perumahan Nelayan. Projek pertama di bawah PR1MA telah dilancarkan di Putrajaya pada Julai 2011, dengan menawarkan rumah berharga antara RM120,000 hingga RM150,000 berbanding dengan harga pasaran antara RM175,000 hingga RM220,000. Projek tersebut dijangka siap menjelang tahun 2014 dan memanfaatkan 560 pembeli rumah. Projek yang sama melibatkan 42,000 unit akan dilancarkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Seterusnya, berkuatkuasa Januari 2012, had pembiayaan bagi rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku telah ditingkatkan daripada RM220,000 kepada RM400,000. Sehingga akhir Julai 2012, kira-kira 420 golongan muda yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 telah mendapat manfaat daripada skim ini. Selain daripada itu, 17,000 unit rumah lagi di bawah PPR sedang dalam pembinaan dan dijangka siap untuk diduduki menjelang tahun 2015.

Program RMR1M yang diperkenalkan bagi membantu isi rumah berpendapatan rendah, termasuk nelayan dan petani untuk memiliki rumah yang selesa telah memberi manfaat kepada 17,479 isi rumah. Sebanyak 10,000 unit lagi akan dibina pada tahun 2012 oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Di bawah Program Pemulihan Rumah Terbengkalai, Kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM63 juta untuk memulihkan 95 projek perumahan. Sehingga akhir Ogos 2012, sejumlah 23 projek terbengkalai telah berjaya dipulihkan, selain itu 62 projek sedang dalam pembinaan. Kerajaan juga menubuhkan Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukan RM300 juta bagi penyediaan infrastruktur asas dan membaik pulih rumah. Sehingga akhir Jun 2012, RM101 juta telah diluluskan kepada 10,319 pemohon.

Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan
Bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM16.8 bilion pada tahun 2012. Antara lain, peruntukan ini akan digunakan untuk pembinaan hospital baharu di Sri Aman, Sarawak, Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Krai, Kelantan serta menaik taraf hospital di Ipoh, Perak, Mersing, Johor dan Putrajaya. Kerja pembinaan hospital tersebut kini berada di pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015. Pada masa yang sama, 81 klinik kesihatan luar bandar akan dinaik taraf manakala 70 Klinik 1Malaysia baharu akan dilancarkan pada tahun 2012. Kerja pembinaan di 13 klinik kesihatan luar bandar telah siap dilaksanakan manakala 18 Klinik 1Malaysia telah ditubuhkan. Bagi memastikan keselesaan kira-kira 3,000 pesakit luar yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap hari dan menaik taraf kemudahan yang sedia ada, Bajet 2012 telah memperuntukkan RM300 juta untuk hospital perdana ini. Daripada jumlah ini, RM50 juta akan digunakan untuk pembinaan blok pesakit baharu yang akan bermula pada tahun 2013 dan siap menjelang tahun 2015.



Program Transformasi Bandar
UTP dilaksanakan untuk menangani isu-isu bandar secara holistik. Antara lain, program ini berhasrat untuk meningkatkan peluang pekerjaan, menyokong pencapaian pendidikan dan latihan kemahiran serta menyediakan pemilikan rumah mampu milik untuk penduduk bandar. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan sambungan pengangkutan di dalam dan luar kawasan bandar serta menyediakan akses yang lebih baik untuk perkhidmatan yang berkualiti. Objektif ini akan dicapai melalui pelbagai inisiatif termasuk:
       Program Pembasmian Kemiskinan Bandar yang memperinci langkah untuk meningkatkan pendapatan kumpulan isi rumah 40% terendah;
       Program Perumahan Bandar yang bertujuan menyediakan perumahan yang mampu dimiliki dan berkualiti melalui beberapa skim perumahan;
       Program Pengangkutan Bandar yang berhasrat untuk memodenkan sistem pengangkutan melalui inisiatif seperti MY Rapid Transit dan lanjutan sambungan transit aliran ringan; dan
       Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang merupakan pusat sehenti bagi pelbagai perkhidmatan awam dan swasta.
Seiring dengan permintaan yang meningkat bagi perkhidmatan yang berkualiti dari penduduk bandar, Kerajaan telah memperkenalkan UTC pada tahun 2012. UTC merupakan satu lagi konsep di bawah NBOS, bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan menyediakan akses lebih luas untuk perkhidmatan awam dan swasta yang berkualiti. Pusat tersebut akan dilengkapi dengan beberapa agensi kerajaan persekutuan dan negeri; sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah satu bumbung. Di samping itu, pusat ini menyediakan peluang bagi usahawan luar bandar untuk menjual produk mereka kepada penduduk bandar dan pelancong.

Pusat Transformasi Bandar
UTC pertama yang telah dilancarkan di Melaka pada 23 Jun 2012 hanya mengambil tempoh masa enam minggu untuk dilaksanakan. Tindakan pantas Kerajaan dalam melaksanakan projek tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan serta selaras dengan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. UTC Melaka juga menetapkan penanda aras baharu bagi semua projek Kerajaan pada masa hadapan. Selaras dengan objektif penubuhannya, UTC Melaka menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah sepuluh kluster. Kini, UTC Melaka beroperasi dari jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam dan menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada kira-kira 500 orang setiap hari.
Memandangkan keberkesanan UTC Melaka dalam memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada rakyat, sebuah lagi UTC ditubuhkan di Kuala Lumpur. UTC Kuala Lumpur di Pudu Sentral telah dilancarkan secara rasmi pada 22 September 2012. Pusat tersebut beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu dari 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

Kesimpulan
Selaras dengan dasar pertumbuhan Kerajaan yang inklusif dan mampan, komuniti bandar dan luar bandar akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan pelbagai program di bawah DTN. Selaras dengan itu, CTP berhasrat untuk memperkasa modal insan, meningkatkan peluang ekonomi, menambahbaik kualiti hidup rakyat serta mengurus tadbir bandar dan luar bandar secara efektif dan efisien. Satu unit khas ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan kesemua RTC dan UTC serta memastikan hubungkait yang kukuh antara pusat-pusat ini bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Jawapan PR

dipetik dari - 

http://anwaribrahimblog.com/2010/12/24/agenda-pakatan-buku-jingga-ubah-sekarang-selamatkan-malaysia/


Dasar Afirmatif Berdasarkan Keperluan


  •  Menjamin bantuan ekonomi dan pengagihan adil kepada semua berdasarkan keperluan.
  •  Membantu golongan terpinggir dari semua kaum.
  •  Memberi bantuan tunai secara terus kepada kumpulan sasar untuk menghapuskan golongan miskin tegar.
  •  Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit.
  •  Menjamin mobiliti sosial dengan memastikan peluang ekonomi yang lebih adil dan sama rata untuk semua.
  • Menggunakan penjimatan dari ketirisan dan pembaziran serta jihad menentang rasuah sebagai sumber tambahan bagi program membasmi kemiskinan

Jika kita membuat perbandingan antara perancangan KEMASYARAKATAN Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat maka kita akan dapati, perancangan Barisan Nasional lebih tertumpu dan menyeluruh dan telah-pun terlaksana manakala perancangan Pakatan Rakyat masih tidak terlaksana dalam semua perancangan yang mereka gariskan dan contoh terdekat adalah Kelantan (isu air, pemilikan tanah orang asli utk Ladang Rakyat oleh MB, isteri MB dan kroni-kroni PAS) / P.Pinang (gerai atau premis perniagaan Melayu) / Selangor (isu gereja, pasir, Talam dan aset PKNS yang dijual) dan Kedah (pembalakan luar kawalan, bantuan banjir)  dimana terdapat pelbagai masaalah pentadbiran negeri yang tidak menepati apa yang PR rancangkan bagi peringkat negeri yang tidak tertunai. Persoalan sekarang jika diperingkat negeri tidak dapat dilaksanakan apa yang mereka (PR) rancangkan maka apa jaminan semua perancangan akan terlaksana di peringkat kebangsaan atau persekutuan ?






No comments:

Post a Comment