Monday, 3 December 2012

Perbandingan INISIATIF untuk BELIA - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat

Satu soalan - Dua jawapan / Anda jadi penentunya apabila tiba Pilihan Rakyat ke 13..


Ramai orang bercakap tentang politik dan memberi pelbagai rumusan kepada senario politik Malaysia. Penyokong BN mahupun PR rata-rata memberi pelbagai komen dan pendapat tentang apa yang mereka faham dalam hal politik tanah-air. Namun begitu tidak ramai yang ingin mengambil langkah memahami secara ilmiah keadaan politik negara kita. Kebanyakkan FAKTA yang didapati adalah hasil daripada cakap dengar (hear say) dan ianya melibatkan perasaan marah yang tidak bertempat. Kadang-kadang penyokong BN tidak tahu kenapa mereka menyokong BN. Kadang-kadang penyokong PR tidak tahu kenapa mereka harus menolak BN dan menyokong PR. Persoalan sekarang, melalui usaha politik kita mampu menyuarakan rasa hati kita bagaimana kita mahu kerajaan RAKYAT ditadbir oleh pemimpin yang kita pilih sebagai wakil rakyat.....Soalan mudah yang perlu kita tanya....apakah inisiatif yang telah atau bakal dilaksanakan oleh sama-ada BN atau PR....jika mereka memerintah Malaysia.....Kita ambil contoh - apakah inisiatif kerajaan kepada golongan BELIA jika mereka memerintah ? 

Mari kita ikuti jawapan...BN dan PR...Jawapan BN - 


Inisiatif Kerajaan

Kerajaan telah menyediakan beberapa inisiatif dan program bagi menangani kebimbangan dan memenuhi harapan belia. Inisiatif ini termasuk menyediakan pendidikan secara percuma di peringkat sekolah; latihan vokasional dan kemahiran kepada remaja yang tidak cenderung kepada pendidikan akademik; program keusahawanan untuk melibatkan belia dalam aktiviti keusahawanan; dan program kepimpinan dan pembangunan kendiri untuk mengukuhkan belia di samping menyemai semangat kesukarelawanan. Inisiatif dan program ini bertujuan membentuk belia yang seimbang untuk membantu mereka menyumbang kepada ekonomi negara.Inisiatif terkini bagi melibat dan memperkasakan belia dalam ekonomi dan pembangunan negara, termasuk:

• Melancarkan Genovasi pada Ogos 2012 untuk membentuk belia sebagai “duta inovasi” supaya menjadi pemangkin kepada kemajuan, kualiti hidup yang lebih baik dan penyelesaian masalah negara. Program ini akan melibatkan kerjasama dengan pemimpin inovasi global bagi membangunkan kurikulum latihan dan pembelajaran.

• Melancarkan program 1Malaysia For Youth (1M4U) pada Julai 2012 bagi menerapkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia. Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) berjumlah RM100 juta telah diperuntukkan untuk belia melaksanakan aktiviti sukarelawan. Permohonan untuk DRe1M terbuka kepada individu berkumpulan sekurang-kurangnya 10 orang, NGO yang berdaftar, kelab sukan dan badan beruniform.• Mewujudkan MyCreative Venture Capital dengan peruntukan dana RM200 juta di bawah Bajet 2012 bagi menggalakkan belia memulakan perniagaan berasaskan idea dan inovasi baharu. MyCreative Ventures Sendirian Berhad (MyCreative), sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan telah ditubuhkan untuk menguruskan dana. Dana ini juga akan digunakan untuk menggalakkan perniagaan yang terlibat dalam industri kreatif.

• Memperkenalkan program Strategic Action for Youth 1Malaysia (SAY 1Malaysia) dengan peruntukan RM200 juta di bawah Bajet 2012 untuk menyediakan latihan kemahiran kepada pelajar yang tercicir dari sekolah serta latihan peningkatan kemahiran yang khusus untuk belia. Latihan kemahiran ini dikendalikan oleh pelbagai institusi latihan seperti Kolej Komuniti, Institut Kemahiran MARA, Institut Latihan Perindustrian dan GIATMARA, sementara latihan praktikal akan disediakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.

• Melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada Mac 2011 untuk membantu golongan muda memiliki rumah. Skim tersebut membenarkan mereka memiliki rumah pertama dengan tawaran pinjaman 100% daripada institusi kewangan tanpa perlu membayar wang pendahuluan 10%. Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin 10% wang pendahuluan untuk rumah tersebut. Pada akhir Julai 2012, institusi perbankan telah meluluskan 423 permohonan berjumlah RM64.2 juta.

• Mewujudkan Dana Belia 1Malaysia dengan peruntukan RM20 juta bagi menyediakan geran kewangan kepada belia untuk menjalankan projek kreatif. Dana yang dibiayai oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ini telah dilancarkan pada Januari 2011. Pada akhir Julai 2012, sejumlah RM9.9 juta telah disalurkan kepada 166 penerima yang berjaya. Kerajaan mengiktiraf kepentingan penglibatan rakyat, terutamanya golongan belia melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog. Saluran lain, termasuk Meja Bulat 1Malaysia yang merupakan platform dalam talian untuk rakyat membincangkan pelbagai isu. Perbincangan ini dibimbing oleh pakar bidang bagi memastikan ianya lebih fokus dan berhasil serta membantu Kerajaan mendapatkan maklum balas, idea dan cadangan daripada rakyat dalam pelbagai topik, termasuk bajet tahunan. Himpunan tahunan belia di Putrajaya merupakan satu lagi saluran yang penting untuk memperkasakan dan meningkatkan penglibatan belia. Perhimpunan Jutaan Belia pertama yang diadakan pada tahun 2011 telah menarik lebih 1 juta belia, manakala yang kedua pada Mei 2012 disertai 2.5 juta belia. Kesimpulan Berdasarkan bilangan belia yang besar dan potensi mereka, adalah penting untuk memahami ciri-ciri dan kecenderungan mereka bagi merangka dasar dan program yang selari dengan sifat dan aspirasi belia. Langkah ini adalah bagi memotivasi dan melibatkan belia dalam pembangunan sosioekonomi dan aktiviti yang bermanfaat seperti sukan dan kesukarelawanan, justeru membolehkan mereka memberi sumbangan yang lebih bermakna kepada negara.







Golongan Muda



Hala tuju dan kemakmuran sesebuah negara terletak pada bahu golongan muda sebagai generasi pelapis. Justeru adalah penting agar golongan muda diberikan ruang dan sokongan yang secukupnya agar dapat memenuhi peranan mereka kelak.Pakatan Rakyat akan:

i. Menjamin peluang dan hak sama rata serta adil untuk golongan muda dari seluruh lapisan masyarakat bagi merealisasikan potensi diri.

ii. Memastikan supaya tiada seorang belia akan dibiarkan mengakhiri pendidikannya tanpa peluang memperolehi kelayakan atau latihan yang secukupnya untuk menyumbang terhadap ekonomi kemahiran tinggi negara.

iii. Mengiktiraf kepentingan peranan dan sumbangan oleh golongan muda melalui perkongsian pendapat secara jujur dengan gerakan-gerakan belia, khususnya dalam isu berkepentingan ke atas kehidupan mereka serta hala tuju negara.


Cuba bandingkan INISIATIF untuk Belia / Golongan MUDA BN dan PR secara objektif dan anda akan dapati PR lebih banyak RHETORIKA (cakap sahaja) tetapi BN lebih kepada perlaksanaan...Ada buat pilihan di hari mengundi !





No comments:

Post a Comment