Monday, 3 December 2012

Perbandingan INISIATIF WANITA - Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat


Satu soalan - Dua jawapan / Anda jadi penentunya apabila tiba Pilihan Rakyat ke 13..



Ramai orang bercakap tentang politik dan memberi pelbagai rumusan kepada senario politik Malaysia. Penyokong BN mahupun PR rata-rata memberi pelbagai komen dan pendapat tentang apa yang mereka faham dalam hal politik tanah-air. Namun begitu tidak ramai yang ingin mengambil langkah memahami secara ilmiah keadaan politik negara kita. Kebanyakkan FAKTA yang didapati adalah hasil daripada cakap dengar (hear say) dan ianya melibatkan perasaan marah yang tidak bertempat. Kadang-kadang penyokong BN tidak tahu kenapa mereka menyokong BN. Kadang-kadang penyokong PR tidak tahu kenapa mereka harus menolak BN dan menyokong PR. Persoalan sekarang, melalui usaha politik kita mampu menyuarakan rasa hati kita bagaimana kita mahu kerajaan RAKYAT ditadbir oleh pemimpin yang kita pilih sebagai wakil rakyat.....Soalan mudah yang perlu kita tanya....apakah inisiatif yang telah atau bakal dilaksanakan oleh sama-ada BN atau PR....jika mereka memerintah Malaysia.....Kita ambil contoh - apakah inisiatif kerajaan kepada golongan WANITA jika mereka memerintah ? 

Mari kita ikuti jawapan...BN dan PR...

Jawapan BN - 


Mengiktiraf Keupayaan Wanita


Wanita yang mewakili 48.2% daripada penduduk umur bekerja hanya menyumbang 36% daripada keseluruhan tenaga buruh. Beberapa langkah, termasuk penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja telah diperkenalkan bagi menarik golongan wanita kembali ke pasaran pekerjaan. 


Bagi memberi galakan kepada wanita untuk bekerja, Kerajaan telah memperkenalkan dasar sekurang kurangnya 30% wanita terlibat di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. 

Dalam hal ini, satu program yang melibatkan empat modul iaitu Boardroom Assessment, Board Coaching, Onboard Training dan Boardroom Soft Skill telah diadakan bagi pengarah wanita pada Jun 2012. Sehingga akhir Ogos 2012, lebih daripada 100 pengarah telah mengambil bahagian dalam program ini. Seterusnya, untuk membantu usahawan kecil-kecilan terutamanya wanita, Kerajaan telah memperuntukkan RM120 juta kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan sebanyak RM2.1 bilion kepada AIM bagi menyediakan pembiayaan mikro. Daripada jumlah ini, setiap RM100 juta telah diberikan kepada usahawan India dan Cina melalui satu unit khas di bawah AIM. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 317,877 usahawan, termasuk usahawan India sebanyak 5,368 dan Cina sebanyak 993.



Kanser serviks merupakan kanser ketiga yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita Malaysia selepas kanser payudara dan kanser usus. Dalam hal ini, program imunisasi Human Papilloma Virus (HPV) telah dilancarkan pada Julai 2012 sebagai sebahagian daripada strategi Kerajaan dalam mencegah dan mengawal kanser serviks. Untuk tujuan ini, RM50 juta telah diperuntukkan dan sehingga akhir Julai 2012 lebih 160 wanita telah diberi imunisasi di bawah program ini. Di samping itu, sebanyak RM700 juta telah diperuntukan bagi pembinaan sebuah hospital khusus untuk wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur. Kerja pembinaan projek PPP ini dijangka bermula pada 2013 dan dijadualkan siap dilaksanakan pada tahun 2015. Hospital ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 170,000 pesakit setahun apabila siap sepenuhnya.



Jawapan PR

dipetik dari - 

http://anwaribrahimblog.com/2010/12/24/agenda-pakatan-buku-jingga-ubah-sekarang-selamatkan-malaysia/


Wanita Dan Institusi Keluarga

Pakatan Rakyat meyakini bahawa dasar-dasar yang mencerminkan penghormatan, pengiktirafan dan pemahaman terhadap status dan potensi wanita dapat menjamin kesejahteraan masa hadapan negara. Hakikat ini kerana wanita mewakili separuh dari penduduk negara, justeru penyertaan mereka dalam proses pembangunan negara tidak boleh diabaikan.
Pakatan Rakyat akan:

i. Menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan dan yang adil dalam segala bidang.

ii. Memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu.

iii. Memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

iv. Menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan keberkesanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

v. Memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.

vi. Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan.

vii. Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.
Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.
Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Cuba bandingkan INISIATIF untuk WANITA BN dan PR secara objektif dan anda akan dapati PR lebih banyak RHETORIKA (cakap sahaja) tetapi BN lebih kepada perlaksanaan...Ada buat pilihan di hari mengundi !










No comments:

Post a Comment