Kesedaran adalah
suatu perkara yang pada lazimnya tidak akan berlaku melainkan berlaku sesuatu
peristiwa yang mencengkam jiwa dan perasaan seseorang. Apabila berlaku
kematian, musibah atau kejadian yang sangat mengejutkan maka pada kebiasaan
akan berlaku kesedaran yang akhirnya membawa kepada perubahan. Begitulah
lumrahnya kehidupan ini yang mempunyai cara semulajadi di dalam memperbetulkan
sesuatu keadaan, bangsa mahupun individu.
Perbincangan ini bertolak daripada sepotong ayat daripada Surah Ar-Raad (Q13:11) bahwasanya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum hingga kaum tersebut
mengubah apa yang ada di dalam mereka. Bangsa Melayu sekarang tidak sama dengan
bangsa Melayu 50 tahun yang dulu. Jika disandarkan kepada ayat Quran tadi, maka
dapatlah kita rumuskan, pencapaian bangsa Melayu hari ini adalah hasil daripada
iltizam generasi bangsa Melayu terdahulu yang telah sanggup berkorban, berkerja
keras, mengubah apa yang ada dalam diri mereka sehingga Melayu hari ini mampu
berdiri sama tinggi dengan bangsa Cina dan India dengan bangganya seraya
berkata, hidup anak-anak bangsa ini telah berubah.
Tetapi adakah kita akan alpa
dengan segala pencapaian yang dicapai hari ini atau perlukah Melayu sedar
bahwasanya apa saja yang dicapai hari ini, boleh lenyap dengan sekelip mata. Jika
bangsa Melayu leka dan tidak kenal mana satu kawan dan mana satu lawan maka
akhirnya bangsa Melayu akan memusnahkan nasib bangsa hasil perbuatan
tangan-tangan mereka sendiri ?
Bangsa Melayu
ketika ini berhadapan dengan satu bentuk ancaman yang bakal mengubah destini
bangsa ini jika mereka tidak cermat menguruskan kehendak serta matlamat hala
tuju seluruh bangsa Melayu dan ia akan mendatangkan kesan yang sangat buruk
kepada generasi baru 50 tahun akan datang. Lipatan sejarah berulang-ulang kali
cuba memberi pelajaran kepada bangsa Melayu bahwa jika mereka tidak bangun,
sedar dan berubah maka sentiasa nasib bangsa ini akan menjadi seperti mana
tercatat dalam sejarah bangsa Melayu dan lipatan sejarah ini tidak pernah
sekalipun tersilap dimana jika Melayu berpecah, maka mereka akan ditindas.
Dengan situasi politik yang memperlihatkan
drama kepimpinan yang sangat membimbangkan, cerdik pandai Melayu dan
orang-orang tua (the elders) perlu segera tampil ke hadapan dan memberikan
kesedaran kepada bangsa Melayu bahwa tanda-tanda kehancuran bangsa ini sudah
memperlihatkan ekornya pada hari ini. Apabila orang-orang bukan Melayu diajar
oleh orang-orang Melayu untuk mempertikaikan kewibawaan ketuanan Melayu, institusi
Raja-Raja Melayu, mempertikai serta mempersendakan anutan serta agama bangsa
Melayu iaitu agama Islam, maka inilah tanda-tanda kehancuran bangsa Melayu
sekali lagi tampil mengancam survival orang-orang Melayu di masa hadapan.
Politik bangsa
Melayu kini berada di satu persimpangan yang sangat bahaya. Kita ada kepimpinan
Melayu yang mengetuai pakatan pembangkang yang begitu kuat keinginan untuk
menjadi Perdana Menteri. Pemimpin sebenarnya dipilih oleh rakyat tetapi
kepimpinan pembangkang sekarang ini bukan sahaja menawarkan diri untuk menjadi
pemimpin malah mengugut rakyat supaya memilih mereka menjadi pemimpin dan
hingga sanggup menggadai bangsa dan agama semata-mata untuk menjayakan impian
menjadi Perdana Menteri.
Disebabkan kerakusan kepimpinan pembangkang yang
bukannya berjuang untuk membela nasib
rakyat terutama bangsa Melayu, kini mereka telah bersedia menjual bangsa,
ketuanan dan kalimah Allah semata-mata mendapat sokongan orang-orang bukan
Melayu demi untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional. Bangsa Melayu
telah dipertaruhkan oleh orang-orang Melayu dalam pakatan pembangkang
semata-mata kerana rasa benci terhadap UMNO yang bukanlah tiada kelemahan tetapi
digambarkan sebagai zalim dan menindas rakyat.
Politik kebencian yang diamalkan
puak-puak pembangkang telah menyebabkan bangsa Melayu berpecah belah. Malahan
kepimpinan Melayu dalam parti-parti pembangkang turut berpecah belah apabila
kepimpinan pembangkang tidak dapat mengawal percaturan politik yang
memperjudikan bangsa dan agama semata-mata untuk mendapatkan semua sokongan
politik dari semua pihak yang mereka rasa dapat membantu mereka merampas
Putrajaya.
Apabila bangsa Melayu berpecah maka anasir –anasir
luar akan berjaya merampas kuasa dan bangsa Melayu akan sekali lagi tertindas
dan menjadi orang suruhan di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu dalam
pakatan pembangkang kini mengajar puak-puak bukan Melayu agar mempertikaikan
segala hak-hak milik Melayu demi meruntuhkan formula muafakat Barisan Nasional.
Politik songsang ini jika dibiarkan berleluasa maka akan ada anasir-anasir luar
yang dengan berani mempertikaikan hak-hak ketuanan Melayu, institusi Raja-Raja,
bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan akhirnya Islam sebagai agama
rasmi.
Semua ini akan menjurus kepada rusuhan kaum dan rusuhan agama yang bakal
memporak-porandakan negara kita yang sekian lama berada dalam keadaan rukun
aman dan damai. Bangsa Melayu harus sedar dengan jelas mana intan dan mana
permata. Jangan kerana idealism politik romantika yang berasaskan fitnah dan
kebencian dijadikan asas, maka segala bakti dan budi UMNO yang telah banyak
membantu ramai orang-orang Melayu untuk bangun dan berjaya dalam hidup dipersiakan
begitu sahaja dan dibalas dengan usaha untuk menggulingkan kerajaan Melayu
Islam yang dengan jayanya memartabatkan bangsa Melayu di bumi Allah yang penuh
barkah ini.
Marilah sama-sama kita renung lirik lagu warisan, anak kecil main
api. Ramalan lirik lagu warisan bakal menjadi kenyataan dan bangsa Melayu akan
sekali lagi ditindas dan menjadi kuli kepada bangsa bukan Melayu di bumi mereka
sendiri. Bangun dan sedarlah wahai bangsaku.
Percaturan
politik terkini perlu difahami oleh semua orang-orang Melayu di Tanah Melayu
ini dimana survival bangsa Melayu itu sendiri bergantung kepada keputusan
pilihanraya ke 13 ini. Kenapa perlu seluruh anak bangsa Melayu memberi sokongan
kepada perjuangan Anwar Ibrahim semata-mata untuk menjadikan beliau seorang
Perdana Menteri ? Anwar Ibrahim telah pun diberi peluang oleh UMNO tetapi
akibat terlampau tamak kepada kuasa beliau sudah tidak dapat bersabar maka
takdir Allah yang menentukan beliau tidak menjadi Perdana Menteri.
Kenapa
bangsa Melayu perlu digadaikan kepada DAP hatta hingga kalimah ALLAH turut
digadaikan semata-mata bagi mendapatkan “political mileage” buat satu pakatan
yang tidak menguntungkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu menjadi begitu tidak
bermaruah di dalam Pakatan Rakyat hinggakan PAS sanggup menukar agenda
perjuangan semata-mata mentaati agenda perjuangan Pakatan Rakyat.
Bangsa Melayu
menjadi begitu tidak bermaruah di dalam Pakatan Rakyat hinggakan sanggup
menjadi barua kepada DAP yang berhajat menjadikan Kristian sebagai agama rasmi
Malaysia. Politik DAP adalah sebenarnya bagi mendapatkan sokongan orang-orang
Cina yang sudah berubah haluan menyokong pakatan pembangkang kerana mereka nampak peluang di dalam perpecahan Melayu maka peluang untuk mereka berkongsi
kuasa bersama-sama bangsa Melayu menjadi semakin jelas.
DAP tidak pedulikan
nasib bangsa Melayu di Malaysia. Mereka hanya dahagakan sokongan bangsa Cina
dan ingin menjadikan Pulau-Pinang sebagai Singapura kedua untuk orang-orang
Cina. Bangsa Melayu akan kehilangan Pulau-Pinang jika mereka tidak bersatu dan
kembali kepada perjuangan yang berasaskan maruah bangsa dan agama yang sudah
terancam dan tercabar disebabkan dakyah Anwar Ibrahim yang sanggup menjual
bangsa dan agama semata-mata bagi merebut kuasa di Putrajaya. Percaturan
politik kali ini adalah berkenaan survival bangsa Melayu.
Kita dapat lihat
bagaimana DAP tanpa segan silu menunjukkan belang bagaimana mereka akan layan
bangsa Melayu ketika masih belum diberi mandat untuk berkuasa. Orang-orang Cina
yang ekstremis mahu melihat Melayu hilang kuasa ketuanan di Tanah Melayu ini.
DAP sahajalah parti politik harapan mereka yang mahu melihat bangsa Melayu
menjadi sama taraf dengan mereka dan hilang kuasa majoriti di bumi bertuah ini.
Penganut agama Kristian mahu mencabar kewibawaan Islam di negara ini dan telah
mendapat sokongan daripada pakatan pembangkang untuk melaksanakan agenda mereka
bagi menggugat Islam sebagai agama rasmi dan menghina umat Islam di Tanah
Melayu.
Sokongan bangsa Melayu kepada pakatan pembangkang sekarang ini adalah
satu sokongan yang bakal menyaksikan bangsa Melayu dipinggirkan dan dihina di
tanah tumpah darah mereka. Tidakkah ada sedikit perasaan cintakan bangsa dan
agama di dalam diri bangsa Melayu hingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan
agama semata-mata kebencian PAS terhadap UMNO dan keinginan Anwar Ibrahim
menjadi Perdana Menteri. Jika benar atas dua landasan ini orang-orang Melayu menjatuhkan kerajaan Islam Melayu UMNO maka bangsa Melayu akan menjadi antara bangsa yang paling bodoh di dunia ini kerana sanggup menggadai
maruah bangsa dan agama dan ditukar ganti dengan habuan yang tidak mempunyai
makna langsung. Orang-orang Melayu mesti belajar daripada sejarah.
Orang-orang
Melayu mesti belajar mengambil iktibar daripada sejarah bahwa persengketaan
diantara bangsa Melayu yang menyebabkan Portugis, Belanda dan British menjajah Tanah
Melayu. Bangsa Melayu perlu bangun, sedar dan berubah. Hak bangsa Melayu adalah
untuk mempertahankan maruah bangsa dan agama di tanah air mereka apabila kita
dicabar.
Bangun , sedar dan berubahlah wahai anak bangsaku, bangun dan
pertahankan maruah bangsa dan agama apabila bangsa dan agama kita dihina dan
dicabar sebegitu rupa. PRU 13 adalah gelanggang dimana kita mempertahankan
maruah bangsa dan agama. Undi Bangsa Melayu kali ini adalah bagi memastikan
survival orang-orang Melayu terjamin dan Anak Kecil Main Api tidak menitis Air
Mata Darah apabila Bumi yang Dipijak Menjadi Milik Orang.
Adakah Bangsa Melayu
akan hanya sedar apabila mereka menjatuhkan kerajaan Melayu Islam UMNO dan
tiba-tiba mendapati mereka sudah tersilap langkah. Adakah Bangsa Melayu akan
sedar hanya apabila semua hak-hak orang-orang Melayu dicabar dan dipertikaikan
dan orang-orang Melayu PAS dan PKR tidak mampu berhadapan dengan kehendak dan
keinginan DAP yang begitu kuat di dalam penentangan mereka terhadap hak-hak
orang-orang Melayu ?
Adakah Bangsa Melayu hanya akan sedar apabila disebabkan
ajaran pluralisma dan LGBT, berbondong-bondong anak-anak muda Melayu
meninggalkan Islam dan menjadi murtad dan mengamalkan cara hidup songsang
akibat daripada salah percaturan politik yang merugikan bangsa dan agama
orang-orang Melayu. Lagu warisan bukan sengaja dicipta bagi menakutkan
orang-orang Melayu. Lagu tersebut akan dinyanyikan dengan linangan air mata
oleh anak-anak bangsa Melayu generasi akan datang apabila bumi dipijak milik
orang dan nenek moyang yang kaya raya, tergadai seluruh harta, maruah , bangsa
dan agama hanya semata-mata disebabkan persengketaan sesama kita.
















No comments:
Post a Comment