Saturday, 9 February 2013

Nasihat Pak Su Mid kepada Anwar Ibrahim....


Tahun 2011 sekitar bulan October/November, saya telah melawat seorang AHLUL ZIKRI / iaitu seorang ULAMA tersohor Kedah yang selalu berbincang tentang AL QURAN dalam bahasa arab yang beliau fahami. Nama ULAMA ini adalah ABDUL HAMID dan lebih senang dikenali sebagai PAK SU MID. Status ULAMA ini diberikan orang kepada beliau dan beliau sendiri tidak pernah mengaku bahwa beliau seorang ULAMA. PAK SU MID adalah antara ULAMA HARFIAH iaitu Sarjana Tatabahasa (Grammarian) Bahasa Arab yang "tinggai beberapa kerat sahaja" (loghat KEDAH) di Malaysia.

Pak Su Mid (berkepiah) bersama Rafidi (rakan blogger)

PAK SU MID sentiasa menerima kunjungan ziarah dari ramai orang yang menghormati kefahaman PAK SU MID dalam hal-ehwal Islam terutama tentang kefahaman AL-QURAN. Berbalik kepada bicara kita yang asal maka pada sekitar jam 7 petang tahun 2011 bulan October/November (saya tak ingat) saya menziarahi PAK SU MID dengan tujuan berbincang tentang AL-QURAN. Pada biasanya PAK SU MID tidak menerima kunjungan sesiapa pun lepas jam 5 petang tetapi disebabkan hubungan kami yang akrab maka diizinkan saya berbicara sebentar.


Tetapi pada hari tersebut, PAK SU MID telah memaklumkan kepada saya sesuatu yang memeranjatkan. Saya diminta jangan mengajukan pertanyaan untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang telah diminta oleh seorang tetamu yang hadir ke rumah PAK SU MID sebelum saya. Maka saya menjadi hairan dan bertanya siapa tetamu PAK SU MID yang minta nak jadi Perdana Menteri ? Dengan senyum simpul PAK SU MID menjawab, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Panggilan kampung PAK SU pada DSAI adalah Anuwat…

Saya ditunjukkan tulisan tangan dalam tulisan JAWI yang ditulis sendiri oleh Anwar Ibrahim meminta beliau mendoakan agar beliau dijadikan Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13 ini. Saya dimaklumkan oleh PAK SU MID bahwa beliau adalah seorang tua yang duduk bawah pokok dan sapu daun-daun nangka kering sahaja. 

Permintaan Anuwat untuk menjadi Perdana Menteri tidak mampu PAK SU MID tunaikan kerana perkara itu adalah bukan hak PAK SU MID untuk putuskan atau untuk campur tangan. PAK SU MID nasihat Anuwat, biarlah rakyat yang putuskan. Nasihat PAK SU MID kepada Anuwat adalah, SATU KERIH TAK BOLEH MASUK DALAM DUA SARUNG. PAK SU MID menasihati Anuwat untuk meninggalkan dunia politik kerana ianya sudah tidak sesuai dengan dirinya kerana beliau tak mampu untuk menjadi Perdana Menteri.


Maka bertolak daripada peristiwa ini maka saya membuat rumusan Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sangat terdesak untuk menjadi Perdana Menteri. Namun segala kejadian yang berlaku dalam hidupnya pada mulanya dikatakan angkara politik UMNO kini telah berubah arah kerana dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, kepimpinan PAS selain daripada MAT SABU / Husam Musa dan MAHFUZ, yang lain-nya sudah tidak mempercayai dakwaan Anwar bahwa beliau tidak melakukan perkara-perkara IMMORAL yang dikaitkan dengan beliau sama-ada berzina mahupun liwat. Ketidak-percayaan ini diterjemahkan oleh Majlis Syura PAS yang mengadakan perbincangan tertutup yang menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang PRU 13. Malah tidak salah dikatakan cerita insider PAS yang mengatakan Anwar mungkin tidak akan bertanding di Permatang Pauh kerana beliau tidak mendapat sokongan PAS. Harun Din adalah antara kepimpinan PAS yang begitu tidak bersetuju dengan Anwar dicalonkan sebagai Perdana Menteri telah berjaya mempengaruhi sebahagian besar kepimpinan PAS yang lain untuk menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bagaikan retak menunggu belah, isu KALIMAH ALLAH yang akan menjadi punca PAS berbalah dengan DAP dan isu Anwar menjadi PM akan menjadi asas PAS berbalah dengan PKR. Keadaan sangat gawat sekarang ini buat Pakatan Rakyat dan blog ini membuat prediksi PAS akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat sebelum menjelang PRU 13. Jika PAS tidak mengambil tindakan ini maka PAS akan menjadi korban kepada golongan Anwarinas di dalam PAS yang akan menghancurkan PAS dari dalam dengan tersingkirnya Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dari PAS / Majlis Syura.

PAS akan kalah teruk dalam PRU 13 ini kerana DAP telah mengkaldaikan PAS untuk mendapatkan sokongan orang-orang Cina manakala Anwar perlukan PAS untuk imej Islamik beliau tetapi yang akhirnya menyebabkan PAS kehilangan sokongan akar umbi disebabkan terpaksa mengalah dalam banyak perkara demi menjaga kesatuan Pakatan Rakyat.

Impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri pasti terkubur dengan tindakan Majlis Syura yang menentang beliau dari menjadi PM dan benarlah kata-kata PAK SU MID - SATU KERIH TAK BOLEH MASUK DALAM DUA SARUNG.


PAK SU MID memberi pesan kepada Islam/Melayu di Malaysia supaya BERSATU dan memberi amaran tentang PAS yang telah salah tafsirkan Islam bagi tujuan berpolitik.





18 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi - hang pi la sendiri tanya kalau berani..

      Delete
    2. Bodoh hang ni,apa pulak nak tanya Najib dah pun jadi PM,sekurang-kurangnya dah pun 4 tahu.

      Delete
    3. Dulu ok buat masa kini Anwar tak layak kerana dak melalut carca merba, tidak sabar. Hang Jebat tu gopoh .

      Delete
  2. Salam

    Kerja PAk Su Mid bukanlah pilih siapa layak jadi PM. Walau macam manapun, Najib lebih layak jadi Perdana Menteri dan beliau telah buktikan selama lebih 4 tahun menjadi PM, beliau berjaya menjana ekonomi dan menghadapi pelbagai cabaran sebagai Perdana Menteri. Walhal Anwar Ibrahim gagal satukan DAP dan PAS yang masing-masing masih bertelagah atas isu Kalimah Allah dan Hudud.

    ReplyDelete
  3. The answer is yes. Najib was proven.

    ReplyDelete
  4. APa punya sakitlah mamat atas tu..anta lah pi tanya sndiri Pak SU mid boleh tak Najib jd PM? Anta ingt Pak Su Mid tu sapa? Klu nk bebai pun pikiaq lah sikit, Allah SWT dh TAKDIRkan DS Najib dhpun jadi Perdana Menteri Malaysia 4 tahun sudah.. maknanya disisi Allah layak dan terpilih.. Insya Allah PRU13 doakan beliau terus jd PM.. hapuskan kezaliman Anwar atas nama demokrasi.
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  5. layak tak layak najib d mata pak su mid kita tak tahu tapi telah tertulis najib jadi perdana menteri...sekurang2nya 4 tahun kalau bn kalah sekalipun...n kalau pakatan rapuh rakyat menang sekalipun belum tentu anwar jd pm sbb mereka duk kata sape jadi pm akan d tentukan lepas menang pru..maknanya duk bersilat taici tekwando silamban n ape2 je ar yang jenis pergaduhan akan d lalui untuk menetukan siapa layak menjadi pm...

    anwar jadi pm...dap jadi pm sebenar sbb rahsia berada tangan karpal...anwar jadi pm sama dengan dap atau lebih tepat karpal yang jadi pm...ape cite2 pun karpal pegang semuanya...n fikir balik..kenapa kebanyakan x peguam anwar masa kes dengan sukma dulu pergi mitak maaf kat tun...sbb rahsia anwar ada d tangan mereka...sbb tu setiap kali kes, peguam anwar akan berubah...

    fikirlah..

    budakteranung

    ReplyDelete
  6. ANUAR TAK JADI PM LAGI LIGAT DIA BOLEH MELIWAT SANA SINI. DIA NAK JADI PM SEBAB NAK SEKULAR ISLAM DI MALAYSIA. DIA PELOPOR DAN PEJUANG SEKULARISME DIMALAYSIA. JIKA ADA MANDAT SEMUA YG BERTENTANG DGN ISLAM AKAN DIPERSETUJUI DEMI NAFSU SONSANGNYA.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa paksu Mid bkn mcm tu..dya bkn jenis org yg mcm diceritakan oleh blogger..dya xckp hal2 org lain..apa yg ada dimulutnya hanya lah Allah swt shj..lg stu terang2 dya ckp yg hal2 yg ada kene mngena dgn politik mmg dya xkan cmpur walaupun sedikit..kalu nk menipu jgn mengaitkan nama org 'alim..wallahualam

    ReplyDelete
  8. Anon 21 Feb 2014 01:26...Permulaan hujah awak dimulai dengan "saya rasa"......Apabila disebut "saya rasa"...bermakna kamu tidak jelas di dalam pendapat kamu. Bagi saya, rasa awak tu tak betul. Apa yang saya tulis adalah terus dari Pak Su Mid yang memberi nasihat kepada Anwar Ibrahim atas niat - memberi pesan kepada Islam/Melayu di Malaysia supaya BERSATU. Hubungan saya dengan Pak Su Mid tidak sama seperti mana orang lain. Saya dibenarkan masuk kerumah walaupun selepas waktu maghrib. Pak Su Mid ceritakan hal ini kepada saya agar umum mengetahui atas nama politik, apa yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan politik bukan atas nama Allah. Saya tidak menipu dengan lafaz DEMI ALLAH apa yang saya tulis adalah dari Pak Su Mid tanpa was-was. Cuma orang-orang yang menyembah Anwar Ibrahim tidak boleh terima hakikat ini.

    ReplyDelete
  9. Pak Su Mid memang tidak mahu campur urus perihal politik Malaysia dan saya menulis antara lain kata nasihat Pak Su Mid kepada Anwar adalah ; Permintaan Anuwat untuk menjadi Perdana Menteri tidak mampu PAK SU MID tunaikan kerana perkara itu adalah bukan hak PAK SU MID untuk putuskan atau untuk campur tangan. PAK SU MID nasihat Anuwat, biarlah rakyat yang putuskan. Nasihat PAK SU MID kepada Anuwat adalah, SATU KERIH TAK BOLEH MASUK DALAM DUA SARUNG. PAK SU MID menasihati Anuwat untuk meninggalkan dunia politik kerana ianya sudah tidak sesuai dengan dirinya kerana beliau tak mampu untuk menjadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  10. Saya yakin dengan kata-kata orang alim seperti Pak Su Mid apabila beliau berkata - Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana ' satu kerih tak boleh masuk dua sarung '. Sampai bila-bila, Anwar Ibrahim tidak akan boleh jadi Perdana Menteri Malaysia. Kaki liwat dan kaki zina, tak boleh diangkat jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  11. Saya CABAR Anon 21 Feb 2104 untuk pergi ke rumah Pak Su Mid di Wang Tepus, Kuala Nerang dan tanya sendiri kepada Pak Su Mid tentang perkara yang saya maklumkan. Tanya tulisan jawi karangan Anwar Ibrahim yang minta beliau doakan untuk menjadi Perdana Menteri sebagaimana yang saya tulis ; Saya ditunjukkan tulisan tangan dalam tulisan JAWI yang ditulis sendiri oleh Anwar Ibrahim meminta beliau mendoakan agar beliau dijadikan Perdana Menteri Malaysia selepas pilihanraya umum ke 13 ini. Saya dimaklumkan oleh PAK SU MID bahwa beliau adalah seorang tua yang duduk bawah pokok dan sapu daun-daun nangka kering sahaja

    ReplyDelete
  12. subhanallah.. saya follow kes anuwat.. today dia disabitkan kesalahannya adalah benar..dia mmg tak layak jadik pm

    ReplyDelete
  13. anta kata Anwar kaki liwat , kaki zina ya ? Anta tau mana ? Anta ada bukti ka kata macam to ? Kalo kata2 anta tu tak betul , berdosa kata mcm tu :)

    ReplyDelete
  14. Paksu mid tak cakap ke kalau takdak saksi tak boleh tuduh orang zina?

    Cuba bawa tulisan kau ni pada paksu mid, bagitau dia hang tuduh anwar zina dan liwat. Dengaq elok2 paksu mid nak kata apa..

    ReplyDelete
  15. Anon 4 June 2015

    Anwar telah didapati bersalah......sekarang ada di Penjara Sg Buloh. Dalam perbicaraan LIWAT 2....Anwar tak pernah sekali bagi pengakuan dari dalam kandang saksi. Tak ada satupun alibi Anwar yang dipanggil untuk beri keterangan. Yang menuduh Anwar meliwat adalah mangsa yang ayaq Anwar disahkan dok ada dalam lubang pungkok dia. Pak Su Mid kata kat Anwar....satu keris tak boleh masuk dua sarung.....

    ReplyDelete