Friday, 15 February 2013

Gempar ! Haron Din keluar PAS kerana Kalimah Allah !



Pertelingkahan dalaman PAS berterusan dengan mangsa pemecatan melibatkan kepimpinan tertinggi dalam PAS. PAS telah menjadi seperti sebuah parti komunis berkuku besi akibat daripada terlalu menjaga kepentingan Pakatan Rakyat yang berasas daripada kebencian kepada UMNO semata-mata bukan kerana Islam atau untuk kepentingan rakyat.

Anwar Ibrahim kini berada dalam dilemma kerana kepimpinan tertinggi PAS ada sebahagian yang mula menjadi sangsi kepada agenda PKR  dan DAP. Isu kalimah ALLAH telah backfire dan pada mulanya ianya digunakan untuk mendapat undi Kristian di Sabah dan Sarawak tetapi akhirnya strategi ini telah meletakkan PAS dalam satu kedudukkan yang sangat mendukacitakan kepada golongan ulama bermaruah di dalam PAS seperti AL FAHDIL Ustaz Dato Dr Haron Din.

Bagi Dato Dr Haron Din, barangsiapa yang mempermainkan kalimah Allah untuk tujuan politik maka azab Allah menanti dan inilah yang dinasihatkan kepada seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat. Malangnya saranan beliau tidak mendapat sambutan terutama oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang begitu teguh mempertahankan agenda MEMBENCI UMNO hingga sanggup menjual kalimah ALLAH dengan murahnya untuk digunakan oleh Kristian. 

Walau bagaimanapun, hasil desakan Dr Haron Din, maka Majlis Syura PAS yang kini lebih mudah dikenali sebagai Majlis Buboq Asyura, telah GOSTAN dan menukar pendirian akibat daripada desakan Dr Haron Din dan beberapa pihak yang lain. Namun beberapa persoalan timbul akibat daripada keputusan ini -






1. Mengapa larangan hanya kepada penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim dalam bentuk tulisan atau bercetak? Bagaimana dengan lisan, adakah ianya dibenarkan. Kalau alasan keputusan Syura adalah kerana kalimah ALLAH hanya khusus untuk Muslim, sudah pasti ianya tidak boleh digunapakai oleh non-Muslim dalam semua bentuk samada bertulis, bercetak mahupun lisan!

2. Mengapa Majlis Syura mengambil masa begitu lama untuk berbincang dan membuat keputusan? Setelah LGE - (Lim Guan Eng)  mencetuskan isu ini mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible semasa perayaan krismas 25 Dis 2012, sudah agak lama isu ini berlalu.

Sudah banyak bantahan dan protes dibuat oleh umat Melayu-Islam. Sudah berbuih mulut para ulama', termasuk Majlis Fatwa membuat bantahan terhadap kenyataan LGE itu, malah setelah Presiden PAS sendiri membuat kenyataan bersama DAP-PKR bersetuju kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian, barulah Majlis Syura' nak berbincang dan membuat keputusan?

Adakah keputusan ini sekadar cuba mengalih kemarahan umat Melayu-Islam kepada kepimpinan PAS, atau untuk meraih sokongan dan undi umat Melayu-Islam yang semakin merosot kepada pembangkang termasuk PAS?

3. Mengapa Majlis Syura' tidak menasihatkan dan mengarahkan Presiden PAS supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan yang dibuat bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH?

4. Mengapa Majlis Syura' tidak menegur dan menasihatkan rakan sekutu PAS iaitu Anwar Ibrahim dan Guaneng supaya menghentikan polemik penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian ini? Dan menasihatkan mereka supaya menarik balik dan membatalkan cadangan itu?

5. Adalah jelas keputusan Presiden PAS bersetuju dan membuat kenyataan bersama Anwar dan Kitsiang membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH dibuat tanpa merujuk kepada para ulama' dalam PAS dan Majlis Syura PAS. Sedangkan Majlis Syura' adalah badan tertinggi didalam hiraki kepimpinan PAS yang mempunyai kuasa muktamad dalam hal ehwal dasar dan hala tuju PAS.

Bermakna Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS telah membelakangkan Majlis Syura' dalam isu yang sangat asas, fundamental dan penting ini. Bukankah ini satu penghinaan kepada Majlis Syura' dan bercanggah dengan slogan "Kepimpinan Ulama" yang dilaungkan oleh PAS ?


Apapun, adalah jelas keputusan Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS bersetuju bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH jelas kini bercanggah dengan keputusan dan pendirian Majlis Syura'.Kini retak menunggu belah telah memecah belahkan PAS dari dalam. AL Fadhil Ustaz Dato Dr Haron Din kini sedang hangat diperkatakan dari kalangan inner circle PAS bahwa demi prinsip, beliau akan meninggalkan PAS. Inilah akibat daripada mempermainkan kalimah ALLAH sebagai strategi politik. PAS akan ditalkinkan pada PRU 13 ini.








No comments:

Post a Comment