Thursday, 14 February 2013

Gempar ! Pengakuan Shamsidar Taharin 18 Feb 2013



18hb Februari 2013 adalah tarikh keramat buat Anwar Ibrahim. Beliau sekali lagi akan ke mahkamah atas saman yang beliau kenakan ke atas Nallakarupan, rakan tennis yang dikenali lebih 30tahun. Ini adalah masaalah peribadi antara beliau dan rakan-nya yang tidak ada kena mengena dengan rakyat dan PRU 13. Ini bukan isu politik. Ini isu peribadi yang Anwar perlu selesaikan dengan rakan SEPERMAINAN-NYA yang banyak menyimpan rahsia-rahsia peribadi Anwar Ibrahim. 

Dari proseding kes saman ini maka rakyat dapat meneliti dengan sendirinya apa yang berlaku di sebalik tabir antara Anwar dan Nallakarupan yang amat menjijik-kan bagaimana seorang tokoh ulama boleh berkawan selama lebih 30 tahun dengan seorang tauke judi.


Antara perkara menarik yang bakal berlaku adalah berkenaan Shamsidar Taharin, isteri kepada Azmin Ali yang merupakan orang kanan Anwar yang lebih mesra dikenali sebagai Mr Ice Cream. Sama-samalah kita ikuti proseding yang sangat menarik tetapi apa yang menngemparkan adalah JANJI NALLAKARUPAN yang akan mendedahkan beberapa VIDEO sulit yang dirakam beliau tentang apa yang berlaku antara Anwar dan Shamsidar di sebalik tabir. Video tersebut telah-pun diserahkan kepada Peguam Nallakarupan iaitu Datuk Seri Shafie Abdullah.

Berikut adalah kenyataan Nallakarupan semasa beliau mengadakan sidang akhbar tahun lepas (2012) setelah menerima saman RM 100juta daripada Anwar Ibrahim.


Ramai ingin tahu apa cerita video ‘panas’ babitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Shamsidar Taharin. Senator Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini menyerahkan pita rakaman kepada peguamnya Datuk Seri Shafie Abdullah untuk dijadikan bahan bukti di mahkamah nanti.

Bekas sahabat karib Anwar itu cuba tutup mulut untuk menyimpan rahsia Anwar dan isteri timbalan Presiden PKR, Azmin Ali itu walaupun diasak macam-macam soalan oleh wartawan dalam sidang media di pejabatnya di Segambut, Selasa.

Tujuan beliau memanggil sidang akhbar berkenaan adalah mengenai soal lain namun wartawan yang hadir rata-rata lebih berminat nak korek lebih lanjut isu pita video berkenaan.

Nalla jenuh bersilat menepisnya.Katanya beliau kena simpan semua jawapan itu termasuk apa kandungan video selama 1 jam 20 minit itu untuk perbicaraan mahkamah kelak.

Soalnya sekarang apakah motifnya sebagai rakan karib selama puluhan tahun, Nalla sanggup merakam aksi tidak bermoral Anwar.?

Menjawab soalan itu, beliau mendedahkan rakaman tersebut dibuat semata-mata untuk tujuan keselamatan kerana Anwar waktu itu adalah Timbalan Perdana Menteri.
“Saya jaga safety dia takut apa-apa berlaku pada dia,” tegas Nalla.
“Kalau saya mahu (saya sudah serah dulu lagi) , masa polis tangkap saya pada 1998, saya tidak serah (pada polis) saya tidak tunding jari pada Anwar, kalau tidak Anwar masih dalam penjara,” katanya.

Nalla menegaskan beliau tidak berniat jahat mendedahkan video tersebut sekarang.

“Sekarang saya bikin untuk negara. Kaki liwat tidak boleh (jadi) Perdana Menteri untuk negara ini. Itulah tujuan saya,” katanya.


No comments:

Post a Comment